Friday, August 12, 2022

200 Penderma Darah Hadir Ketika Program Derma Darah Anjuran McDonald's Malaysia dan Pusat Derma Darah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk temankan kawan aku menderma darah bersempena Hari Derma Darah tahunan pada 30 Jun yang lalu. Program derma darah ini dianjurkan oleh pihak McDonald's Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia telah berlangsung di ibu pejabat McDonald's Malaysia di Bangunan TH, Damansara Utama. Ikuti butirannya !




Program derma darah ini terbuka kepada orang ramai. Cukup bagus pihak McDonald's Malaysia mengadakan program sebegini bagi menyokong seruan kerajaan untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk menderma darah dengan lebih kerap. Selain itu dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan menderma darah demi membantu pesakit yang dalam memerlukan. Kerjasama ini McDonald's Malaysia dan PDN ini adalah untuk memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah stabil.



Sekiranya penderma lepas kriteria-krieteria menderma darah, penderma boleh terus ke stesen menderma dengan dibekalkan alatan-alatan yang disediakan. Antara kriteria-kriteria tersebut ialah :
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur 17 tahun sehingga 70 tahun
  • Berat badan 45kg dan ke atas
  • Tidur minimum 5 jam
  • Tiada masalah kesihatan
  • Tidak mengambil ubat-ubatan
  • Makan dalam masa 4 jam sebelum menderma darah
  • Tidak terlibat dengan sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti mengambil dadah
  • Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan yang lepas
  • Penderma wanita tidak mengandung, tidak menyusukan anak dan tiada haid (boleh menderma selepas haid hari ketiga)




Sangat sistematik sekali program derma darah ini. Dimulakan dengan mendaftarkan diri dan mengisi borang, menimbang berat badan, cek darah penderma, konsultasi bersama doktor dan juga jururawat dan seterusnya menunggu giliran untuk menderma darah. Proses yang sungguh cantik dan lancar laluannya. Tak sampai 30 minit dah selesai. Malah sebagai penghargaan buat para penderma, McDonald's Malaysia menyediakan hidangan set McChicken dan Sundae Cone kepada mereka. Gembira betul semuanya dapat set McDonald's percuma ya.



Mencatat seramai 200 orang penderma pada tahun ini sepanjang program itu berlangsung. Penderma itu terdiri daripada kakitangan McDonald's Malaysia itu sendiri, rakan-rakan niaga, pelanggan-pelanggan McDonald's serta wakil media yang hadir. Semenjak program derma darah kerjasama McDonald's Malaysia dan PDN ini diperkenalkan pada tahun 2017, ia telah menyaksikan lebih 1300 penderma. Semoga banyak lagi program seperti ini dianjurkan supaya dapat menstabilkan bank darah negara kita. 



Seronok dapat menyaksikan program sebegini secara langsung. Sedikit sebanyak menampakkan bahawa ramai juga rakyat Malaysia yang cakna akan kepentingan menderma darah. Semoga amalan ini dapat diteruskan secara berterusan.


No comments:

Post a Comment