Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okay, kali nie aku nak cerita mengenai trip aku sekeluarga ke Kelantan untuk meraikan hari graduasi ibu aku. Alhamdulillah, at the age of 55, dia dapat sijil diploma. It's never too late untuk sambung belajar dan aku cukup bangga dengan ibu aku di atas pencapaian ini. Ikuti butirannya !
Asalnya aku tak dapat join hari graduasi ibu aku nie sebab ada media trip di Perak. Tapi tiba-tiba last minute cancel trip tu. Cuti aku dah approved dah. So memang rezekilah dapat pergi ke majlis konvo ibu aku nie. Maka bertolaklah kitorang sekeluarga ke negeri Kelantan dengan menaiki dua buah kereta.
Dalam masa yang sama, masanie sepupu aku sebelah rumah bertunang. Dan kebetulan dapat orang Kelantan. Makanya kitorang pergi ke majlis tunang tu dahulu sebelum check in ke penginapan kami. Tak jauh pon dari lokasi majlis tu dengan tempat penginapan kami.
Kitorang tempah penginapan nie pon kira last minute juga. Ingatnya dekatlah dengan bandar dan lokasi untuk majlis graduasi ibu aku tu, sekali jauh daaa. Dahlah ada rehearsal bagai semua, makanya kenalah ulang-alik dari lokasi majlis dan juga tempat penginapan kami nie. Mulanya rasa macam menyesal tempah hotel nie, tapi lama-lama rasa suka pula sebabnya jauh dari kesibukkan kota. Gituhhh.
Selesalah tempat penginapan kami nie. Muat untuk kitorang berenam. Adik lelaki aku tak dapat ikut masa nie. Even 7 orang pon muat je dalam nie. Sangat luas. Yang penting, murah gila. Semalam dalam seratus something je. Cuma lokasi dia agak jauh dari bandar lah.
Malam tu tak buat apa, sekadar cari tempat makan je dan jalan-jalan sekitar Kota Bharu nie. Suasana malamdekat sini agak mati ya. Awal kedai-kedai banyak tutup. Even tempat makan pon, banyak benda habis. Walhal, belum jam 12 lagi. Singgah restoran Ang Mee Celup tu sebab lampu-lampu dia sangat meriah ya. Tapi amat kecewa sekali sebab banyak betul makanan dah habis. Dan rasa dia pon secara jujurnya agak mengecewakan juga. Kbai.
Keesokkan harinya, kami sekeluarga dah plan nak jalan-jalan kawasan pelancongan yang terdekat untuk ambil-ambil gambar.
Lokasi pertama, kami singgah ke Pantai Senok a.k.a Pulau Nami Malaysia. Banyak kali nampak orang ambil gambar dekat sini, cantik sangat-sangat ! Sangat instagrammable. Agak mencabar sedikit sebabnya ramai yang datang ke sini. Jadinya, nak kena pastikan tak ada orang interframe dalam gambar tu memang sedikit mencabarlah.
Seterusnya, kami pergi ke Jeram Mengaji.
Singgah makan sekejap dan tak sedap. Servis lembab gila. Pilihan makanan pon terhad. Masa nie langit agak mendung dan hujan renyai-renyai. Mujur sempatlah kami bergambar semua baru hujan turun agak lebat.
Cantik Jeram Mengaji nie. Suasana dia macam ala-ala berada dekat Kundasang gituhhh. Boleh tahan sejuk juga, tambah-tambah masa nie langit dah mula mendung. Agak sejuk jugalah. Boleh nampak lembu-lembu bercorak hitam putih macam ala-ala lembu New Zealand.
Seterusnya, kitorang patah balik ke tempat penginapan. Tapi sebelum tu,sempat singgah dekat sebuah kedai roti tradisional untuk beli roti-roti yang dibakar segar. Ramai sarankan suruh datang. Memang fresh ya roti dorang. Baru keluar oven. Banyak juga borong masa tu. Makan macam tu je pon dah sedap dah.
Maaflah korang, aku memang betul-betul lupa lokasi kedai roti nie dekat mana. Maklumlah, dah lama sangat. Bulan March haritu aku pergi, baru hari nie terkial-kial nak update. Makanya banyak info aku dah lupa. Malam tu, kitorang makan seafood dekat mana ntah. Lantaklah dekat mana pon, yang pasti sedap !
Hari ketiga kami di Kelantan, tak dapat nak menapak jauh sangat sebab ibu aku ada rehearsal untuk majlis graduasi dia. Pagi tu lepassarapan, kitorang singgah dekat Pasar Besar Siti Khadijah. Borong barang sikit dekat sini.
Lepastu hantar ibu pergi rehearsal. Melangutlah kami semua mereput dekat hotel tu tunggu dia selesai. Selesai je, kitorang pergi minum petang dekat Kopi Mesin Wakaf Che Yeh. Banyak gila ya cawangan Kopi Mesin nie di sekitar Kelantan. Hampir di setiap tempat ada cawangan dia. Bersepah-sepah.Dah macam Seven Eleven pon ada banyaknya.
Tastewise, sedaplah. Harga standard kedai hispter. Pavlova tu serius sedap sangat. Rugi pula beli satu je masa tu.
Keesokkan harinya, merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh ibu aku iaitu majlis graduasi beliau. Seawal pagi ibu dan ayah aku dah bertolak menuju ke lokasi majlis tersebut. Kami adik-beradik pergi kemudian sebab awal sangat nak pergi pagi-pagi. Bukan boleh masuk pon dalam dewan tu ramai-ramai. Kami siap-siap terus check out sekali sebab lepas majlis terus balik ke Selangor.
Sangat bangga dengan ibu aku dapat habiskan belajar pada usia sebegitu. Bukan satu benda yang mudah ya sebab my mom bukan tech savvy jadinya banyak tugasan-tugasan beliau kita kena tunjuk ajar. Akhirnya, dapat genggam segulung diploma. Tahniah ibu !
Seusai majlis,kami semua bertolak balik ke Selangor. Tapi sebelum tu, wajib singgah ke McDonalds. Kat Kelantan je tau tulisan McDonalds dalam tulisan jawi. Makanya wajiblah abadikan kenangan dekat sini. Nak datang lagi ke sini tu entah bila. Ada peluang nie, kita gunakan sebaiknya.
Tapi kami sebenarnya tak terus balik. Kami singgah Terengganu untuk makan sotong celup tepung dekat Pantai Penarek. Eh ye ke tu nama tempatnya ? Aku pon tak pasti.
Lepastu kami singgah dekat Drawbridge Kuala Terengganu. Akhirnya sampai juga dekat sini. Selama hari nie nampak orang singgah ke sini. Cantik jambatannya. Ada kisah kelakar lah masa nak on the way ke sini. Aku sebenarnya masa nie tak tahan nak terkencing. Ingatkan dekat sekitar kawasan Drawbridge tu ada kedai-kedai ke atau stesen minyak. Sekali tak ada daaa. Dah sampai sini, nak keluar balik cari stesen minyak atau kedai-kedai, agak jauh. Plus, matahari dah nak terbenam. Nak ambil gambar nanti tak cantik. Aku memang dah tak boleh tahan lagi. Kena buang juga sebab dah tak tahan sangat.
Makanya aku kencing dekat pokok. Selama aku hidup nak dekat umur 30 nie, ini rasanya kali pertama aku kencing dekat pokok di tempat awam. Dahlah pokoknya pon bukanlah dekat hujung, hujung. Bahagian tengah pulak tu. Aku dah tak fikir apa masa nie. Fikir nak keluarkan je. Lantaklah kalau ada orang nampak sekalipun. Kira rezeki orang tulah kalau nampak. Tibehhh rezeki. Hahaha.
Selesai melawat Drawbridge, pergi singgah makan. Then barulah kami semua bertolak balik ke Selangor. Cipta rekod ya aku drive tanpa tukar pemandu dari Kelantan ke Selangor. Ngantuk dia tu memang tak boleh bawa bincang.Tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Seram ya guna LPT lalu malam-malam. Gelap betul lebuhraya tu.
Itu sahajalah trip aku dan keluarga ke negeri Kelantan dan sedikit di Terengganu pada bulan March yang lalu.Terima kasih kerana membaca. Jumpa lagi di lain entri. Bye bye.
Tahniah buat Ibu Zharif... Jalan2 ke pantai timur ni memang best. LeYa pun lama tak ke sana.
ReplyDelete