Sunday, July 24, 2022

Lebaran 2022 - Raya Mengejut

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah bulan Syawal sudah pun melaburkan tirainya. Raya tahun nie cukup bermakna buat kita semua sebab dapat pulang menyambut hari raya bersama keluarga setelah dua tahun disekat untuk ziarah-menziarahi. Syawal paling ditunggu-tunggu buat kita semua umat Islam di Malaysia.


Bagi aku, Alhamdulillah. Walaupun berada dalam pandemik, hari raya aku tetap berjalan seperti biasa. Ahli keluarga aku cukup semuanya sepanjang beraya dalam pandemik. Malah siap bertambah ahli lagi. Hahahaha. Bab kunjung-mengunjung pula, aku bersyukur sebab rumah sanak saudara keliling rumah je. Jadi, raya tetap raya.




Tahun nie ekstra sedikit sebab dapat beraya rumah sepupu sepapat yang jauh sedikit. Dan tahun ini juga, dapatlah kami sekeluarga pulang beraya di kampung ayah iaitu di Pahang. Dan yang paling kelakar hari raya tahun nie ialah, raya tiba-tiba. Aku pasti ramai yang tidak sangka benda nie berlaku. Jarang-jarang sekali terjadi hari raya muncul awal sehari.




Pengalaman aku untuk hari raya yang munculnya awal sehari, memang kelam-kabut. Sebabnya tahun nie persediaan dari segi baju raya memang sangat last minute untuk kami yang lelaki. Yang perempuan semua memang dah beli lama dah baju raya. Kami yang lelaki nie, masih lagi tercari-cari baju yang sesuai. Masih keliru nak tempah atau nak beli yang dah siap. Sampailah 4 hari sebelum hari raya, baru jumpa baju raya yang betul-betul berkenan dengan hati. Penat ya tawaf merata-rata tempat cari baju yang berkenan. Akhirnya jumpa juga masa aku berjalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India, ke Jalan TAR ? Entahlah, tak ingat dah.


Itu baru baju raya yang selesai. Sampin raya tak jumpa lagi. Alhamdulillah aku dapat cari semua yang aku imaginasikan pada malam tersebut. Cuma tulah, sampin adik aku tak beli lagi sebab sampin aku tu tinggal satu je. Bila je pengumuman raya dibuat, aku terus start kereta carikan sampin adik aku. Masa tu memang merata tempat aku pergi untuk cari sampin dia. End up beli je apa yang ada, sebab memang dah tak sempat nak cari lagi. Kedai pon nak tutup dah masa tu.


Lengkap sepersalinan hari raya aku, cuma selipar raya je tak sempat sampai order dari Shopee. Mujur beli selipar back up. Yang pasti, aku cukup berpuas hati dengan pakaian hari raya aku tahun ini. Simple tapi tetap unik. Gituhhh. 


Banyak rumah kami beraya masa hari pertama tu. Qada' raya punya pasal, semua rumah sedara yang pertaliannya jauh yang tinggal berdekatan dengan rumah kami terjah hari raya pertama tu. Dah lama tak singgah beraya, jumpa selalu hari raya je. Sejak covid, memang tak jumpalah sedara-sedara yang taliannya jauh nie. Yang taliannya dekat, selalu sangat dah jumpa. Even raya dalm covid pon jumpa. Opssss !





Hari raya kedua, kami singgah beraya terlebih dahulu di rumah sedara kami di Sijangkang. Dia ada buat makan-makan sikit haritu, alang-alang tu sebelum bertolak,kita singgah makan dulu dekat situ. Then barulah kami sekeluarga bertolak balik ke kampung ayah di Pahang. Penat sangat hari raya pertama tu, jadi semua tak larat nak drive balik ke kampung. Alhamdulillah perjalanan balik ke kampung smooth je. Tak jammed pon. Mungkin rata-rata semua dah sampai kampung, kami je sekeluarga yang lewat balik.



Kami sampai Pahang lewat malam. Perut lapar gila, nasib baiklah dekat kampung pon Achik kami ada masak-masak sikit dan ada lebih. Dapatlah makan malam tu walaupun dah lewat malam gila. 


Besok paginya, pergi beraya rumah kawan ayah dekat Mentakab. Eh entahlah dekat mana, tak ingat dah. Beraya satu rumah je. Tak plan pon nak beraya sebenarnya, jadinya aku tak adalah bawa baju raya ekstra. Yang lain semua memang stand by baju dah, aku je yang tak bawa. Sudahnya aku pakai baju raya adik aku yang semalam. Kah !



Eh silap,petang tu kitorang ada beraya satu rumah lagi.Rumah sedara kami punya mertua. Satu kampung je dengan kitorang. Pergi rumah kawan ayah aku tu makanan apo pon tak hidang. Dah lah agak jauh nak menuju ke situ. At least bihun goreng ke, apa-apalah yang ringan. Hatta cekodok pon okay je. Kuih dia pon sedih dikk nonn. Dapat beraya rumah mertua sedara kitorang nie, rasa macam kebulur makan. Habis licin ya. Awass.

Hari raya keempat,masa untuk pulang semula ke negeri Selangor. Bye bye Tokki dan Wek =)


Sebelum balik tu, kitorang sembelih sekor ayam dulu sebab ada tetamu nak datang rumah Wek. Tolong sembelih je sebab Achik kitorang nak masak nasi tomato. Tapi kitorang tak sempat nak merasa pon sebab lepas zohor je terus bertolak balik.



Tak sempat nak makan tengahari, tapi sempat singgah sawah bendang untuk bergambar. Ko ghase ? Dahlah panas lit-lit masa nie. Demi sekeping gambar, gigih ya semua turun berposing tengah bendang bawah panas terik matahari.



Lepastu singgah beraya dekat Negeri Sembilan sekejap then terus singgah ke Masjid Seri Sendayan yang cantik itu. Kitorang singgah solat dekat sini dan ambil-ambil gambar. Hihi.


Lepastu kitorang hiatus selama sehari tak pergi kemana-mana. Aku pon tak ingat sangat sebenarnya. Aku bercerita mengikut turutan gambar yang ada dalam folder aku je nie. Raya kelima tak ada gambar langsung, jadi aku consider sebagai tak terjadi apa-apalah. Tapi rasanya waktu nie, sedara-mara aku keliling rumah datang beraya rumah aku. Cuma tak ambil gambar je.

Raya keenam, kami pergi ke majlis perkahwinan kawan kepada adik perempuan dan kakak aku. Gigih semua pakai baju raya sebab masih dalam mood beraya masa nie. Plus, nak OOTD katanya. 


Habis kenduri kitorang singgah ambil gambar dekat entahlah apa nama tempat nie. Yang banyak-banyak cermin tu. Hah kat situlah. Pandai-pandailah fikir sendiri. Hahahaha


Raya kelapan, ada tetamu datang ke rumah aku dari Negeri Sembilan. Dua tahun dah keluarga angkat aku nie tak datang ke rumah aku sebab covid. Akhirnya tahun nie sampai juga ke sini.




Bila tetamu dah balik, kami semua terus pergi ke rumah sedara belah ibu di Bukit Kapar, Meru Klang. Lepastu terus pergi ke Negeri Sembilan untuk ke rumah sedara belah ayah. Yang Negeri Sembilan nie sepatutnya kami datang semalam, tapi entah macam mana, tiba-tiba tuan rumah tak dapat dihubungi. Rasa macam kena game tapi rupanya phone dia tertinggal dekat office. Rumah sedara ayah aku nie merupakan kali pertama kami nak datang beraya. Tak pernah kenal pon tapi sedara ayah aku.

Menu-menu yang disajikan malam tu memang sedap. Puas hati !



Raya kesepuluh,ada buat makan-makan sedikit kami sesama sedara mara untuk sambut birthday mereka-mereka yang lahir di bulan Mei. Tak tahulah macam mana budaya sambut birthday nie hidup semula dalam keluarga besar aku, sebab baru-baru nie pon baru je buat makan-makan pot luck untuk sambut birthday bulan Julai. Seingat aku, budaya sambut birthday nie mati bersama pemergian arwah Nyai aku tahun 2008. Sejak dia meninggal, budaya sambut birthday nie pon terkubur sekali. Tahun 2022 muncul semula. Pelik.



Apa-apapun, yang baik kita rai. Seronoklah ada makan-makan setiap bulan sesama kami sedara mara. Seronoklah bila budaya nie dihidupkan semula. Tak adalah jumpa time raya je. At least hari biasa pon kita boleh berkumpul ramai-ramai makan sama-sama. Wahhh semangat persaudaraan pula kedengaran. 

Okay seterusnya aku attach peristiwa-peristiwa yang berlaku sewaktu di bulan Syawal. Tak ingatlah nie raya keberapa. Yang pasti dalam bulan raya juga.


Rakan sekerja sewaktu bekerja di Pizza Hut dulu tahun 2019 datang beraya. Nie tetamu wajib setiap kali hari raya. Even musim raya waktu covid pon datang beraya. EH !


Beraya rumah mak sedara belah ayah di Batu Caves. Agak kelakar sebab adik-beradik aku yang tua-tua je dapat join raya nie, yang muda-muda semua tak ada. Aku rasa ini kali pertama aku jejakkan kaki dekat rumah sedara aku nie. 


Dan gambar yang mencetuskan huru-hara di social media aku ketika bulan Syawal haritu apabila aku post gambar atas "pelamin" berbaju sedondon. Ramai yang mengira aku bertunang. Namun, maaf sekali kerana mengecewakan/menggembirakan kalian semua kerana pertunangan ini bukanlah hari pertunangan aku. Pertunangan sedara aku sebelah rumah. Kah !



Harap dengan wujudnya penulisan ini, dapat menjawab segala desas desus yang tular di bulan raya haritu. Gituhhhhh. Macam ada orang kesah pulak kan. So lepas nie, jangan tanya lagi okay pasal hal nie. Kbai. 


Pada bulan Syawal itu juga, aku ada satu event rumah terbuka nie di sekitar Putrajaya. Tak nak mention event rumah terbuka mana. Tapi yang kelakarnya tu, tak perlu buat coverage. Aku macam pelik bila PR bagi tahu, tak perlu post atau ambil gambar apa-apa, just enjoy the food and claim the payment later. I was like, wahhh banyak mudah ini job. Seronoklah event macam nie. Nak lagi please !

Itu sahajalah cerita hari raya tahun 2022 aku tahun ini. Amacam semua, raya korang pon mengejut juga ke ? Nak sangat raya kan, ambik kau, raya awal sehari. Next year, kena sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Semoga kita dipanjangkan umur untuk berjumpa Syawal  lagi di tahun hadapan. Terima kasih sudi membaca. Selamat hari raya buat semua pembaca Jejakakaula !

2 comments:

  1. Memang meriah raya tahun ni kan... Best sangat... Tapi LeYa pun tak semadikan kenangan dalam blog lagi... hehe..

    ReplyDelete