Thursday, July 7, 2022

SUKE TV Bukan Sekadar Siaran Hiburan Semata

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah 3 bulan SUKE TV bersiaran di kaca tv. Aku pasti, bilangan penonton untuk rangkaian siaran SUKE TV ini semakin bertambah hari demi hari. Mana tidaknya, terdapat banyak siaran dan rancangan menarik yang dipertontonkan. Malah siap ada yang tular di media-media sosial lagi. Ikuti butirannya !


Buat mereka di luar sana yang tidak tahu akan kewujudan siaran SUKE TV, anda duduk di planet mana ya ? Tibahhh. Buat yang tak tahu, SUKE TV merupakan saturangkaian media dan hiburan terbaru di Malaysia. Siaran ini diperkenalkan bagi menghasilkan dan menyiarkan rancangan dan platform yang sesuai dengan citarasa dan keperluan penonton di Malaysia. 


Orang kuat di belakang tadbir penghasilan siaran SUKE TV ini ialah Dato' AC Mizal dan isterinya Datin Emylia Rosnaida. Mereka berdua merupakan pasangan selebriti Malaysia pertama yang memiliki stesen televisyen. Apa yang orang dapat saksikan sekarang kejayaan siaran SUKE TV ini dipertontonkan. Tapi disebalik nak menjadikan siaran ini realiti, banyak yang ditempuh oleh beliau dan isteri. 5 tahun lamanya untuk ia jadi kenyataan.


Berbekalkan pengalaman yang beliau ada di dalam industri baik di depan mahupun belakang tadbir, Dato' AC Mizal cukup memahami apa yang industri dan rakan selebriti perlukan. Beliau berharap dengan wujudnya siaran SUKE TV ini dapat membantu rakan-rakan selebriti tanah air memperluaskan perniagaan mereka dan mengetengahkan bakat-bakat baru. Hal ini seiring dengan misi dan visi SUKE TV. 


MISI

Untuk membawa kembali kegembiraan dan menyampaikan detik-detik yang indah kepada rakyat Malaysia dengan hiburan berkualiti yang didorong oleh pemerkasaan perniagaan tempatan melalui sebuah platform media yang berfikiran hadapan.

VISI

Untuk menjadi komponen utama dan pemain penting dalam ekosistem industri Media & Hiburan Malaysia yang sentiasa berkembang melalui tiga nilai teras iaitu Harapan, Nilai & Hati.



Tahniah buat SUKE TV kerana akhirnya perancangan selama 5 tahun kini berjaya menjadi kenyataan. Tahu-tahu sudah mempunyai lebih 80 kakitangan bagi menjayakan siaran ini. Memang banyak program-program yang disiarkan mempuyai idea yang original dan belum pernah ada lagi siaran tv lain mempunyai program yang sama. Ia boleh disaksikan secara 24 jam sehari setiap minggu tanpa henti walaupun cuti umum.



Buat mereka yang gemar membeli-belah online, boleh saksikan siaran di SUKE TV iaitu rancangan SUKE Shop di mana mereka menjual barangan secara langsung. Terdapat pelbagai jenis barangan dijual, baik makanan, pakaian, alatan rumah dan macam-macam lagi. Yang pasti, pembeli bertuah boleh memenangi hadiah motor setiap bulan. Pembelian serendah RM50 dah boleh melayakkan pembeli masuk dalam cabutan bertuah mereka. Sangat menarik tawaran ini.


Kalau korang ada produk dan perlukan platform untuk mengiklankan barang-barang dan produk kalian, bolehlah mengiklankannya di siaran SUKE TV dengan menghubungi nombor di bawah :

Putra Zharif Rhazlan Adril Bin Abdul Jalil 
zharif@suketv.com
018 - 770 1003

Andrew
andrew.cww@gmail.com
012 - 722 8756


Seronok dapat meluangkan beberapa jam bersama Dato' AC Mizal dan Datin Emylia di ibu pejabat SUKE TV. Sempat jugalah kami buat office tour ketika itu. Semoga SUKE TV terus sukses dan dapat menarik lebih ramai lagi penonton di masa akan datang. Dengar cerita sekarang dah 30 juta tontonan. Hebat ! Untuk sebuah siaran yang baru beroperasi selama 3 bulan, angka ini memang cukup membanggakan. Selamat maju jaya SUKE TV.

1 comment:

  1. Ok nice... LeYa nak try contact untuk servis jual produk tu la.. Tq Zharif

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...