Thursday, June 23, 2022

Tayangan Perdana Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berksempatan untuk menghadiri tayangan perdana filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan yang diadakan pada 16 Jun 2022 di GSC Starling Mall. Sangat menyentuh hati dan meremang bulu roma tatkala menyaksikan filem ini. Penuh dengan aksi dan semangat patriotisme. Sekaligus membuatkan diri kita lebih bersyukur hidup dan lahir di negara yang sudah mencapai kemerdekaan.


Tuan Haji Abdul Rahman Mt Dali selaku Pengarah Urusan dan Penerbit Studio Kembara merakamkan jutaan terima kasih dan rasa bersyukur di atas sambutan yang diberikan kepada filem terbitan Studio Kembara ini. Setelah sekian lama berusaha gigih untuk menghasilkan filem yang membangunkan kecintaan tanahair ini, ia telah disambut dengan begitu baik daripada penonton-penonton yang hadir.


Malah kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad ke acara tersebut turut menunjukkan bahawa hasil kerja anak tempatan mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Juga turut hadir, Pengerusi Finas, YB Senator Datuk Seri Hajah Zurainah bt. Musa dan Ketua Eksekutif Finas, YBRS Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim terus membuktikan komitmen pihak Finas untuk membantu memajukan industry perfileman negara.



Filem berjudul Mat Kilau – Kebangkitan Pahlawan yang akan ditayangkan mulai 23 Jun ini diharap dan dijangka akan mendapat sambutan hangat serta menjadi penerobos psikologi yang mencetus keyakinan baru kepada pemain industri hiburan tempatan dan seterusnya melangkah lebih maju ke depan.


Studio Kembara memilih untuk menghasilkan filem inspirasi dari kisah benar ini untuk menonjolkan ketokohan watak yang dicatatkan oleh sejarah. Terdapat banyak catatan sejarah kebijaksanaan dan keberanian beliau. Terdapat juga catatan-catatan pihak British yang ditemui mengakui pengaruh besar beliau kepada masyarakat zaman itu dalam membangkitkan semangat mempertahankan maruah bangsa melayu dan kedaulatan bumi Pahang.



Ramai yang tidak mengetahui ada rekod pihak British yang merakamkan gerakan besar yang dipimpin Mat Kilau telah menyebabkan kemusnahan dan kerugian besar kepada British. Mat Kilau menampil contoh sifat kelelakian yang sentiasa diperlukan pada setiap zaman. Seorang pemimpin yang kuat berpegang kepada agama, budaya Melayu, matang, berakhlak baik, cinta tanahair, berani dan sedia berkorban untuk mempertahankan watannya dari sebarang bentuk pencerobohan. Beliau juga diiktiraf sebagai tokoh negara.


Aku percaya,sepanjang filem ini berlangsung, korang pasti akan meremang bulu roma dan rasa bangga, terharu dan tinggi semangat nasionalisma. Memang satu filem yang memberikan kita kesedaran dan perlunya kita bersyukur hidup dalam sebuah negara yang sudah lama mencapai kemerdekaan.


Perjuangan orang dulu-dulu memang sangat besar. Tanpa pengorbanan mereka,siapalah kita hari ini.Entah-entah,negara masih lagi dalam penjajahan. Syabas buat para pelakaon dan krew produksi kerana berjaya membawakan watak dan mesej di dalam filem Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan ini. Semoga di masa akan datang,akan ada lebih banyak filem-filemsebegini terhasil mengangkat nama pahlawan-pahlawan Melayu yang gagah mendepani musuh utuk membebaskan tanah air tercinta.



Jom tonton file Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan di pawagam hari ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...