Sunday, June 19, 2022

Kolaborasi La Boheme dan Nestle Kitkat - Nikmati Kitkat Cara Baharu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan pergi ke sebuah cawangan pasaraya AEON di Sunway Pyramid dan ternampaklah satu sudut di La Boheme, menjual roti-roti yang terdapat Kitkat di dalamnya. Memang menarik dan rasa nak cuba semua rangkaian roti-roti tu. Rupanya itu merupakan kolaborasi baharu pihak AEON CO. (M) SDN bersama Nestle Kitkat.


Pelancaran untuk kolaborasi ini telah berlangsung di AEON BiG Jaya One, Petaling Jaya pada 17 Jun yang lalu. Aku berpeluang menghadiri majlis pelancaran kolaborasi tersebut untuk menyaksikan sendiri rangkaian La Boheme x Kitkat yang dijual di keseluruh cawangan AEON.


Majlis tersebut telah dihadiri oleh Sunny Setiawan, Ketua Pegawai Operasi, AEON CO., Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, Ketua AEON BiG (M) SDN. BHD, Azidah Alimuddin, Ketua AEON Delicatessen dan Ketua Pusat Pemprosesan Makanan AEON dan Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Professional. AEON sangat berbangga dapat bekerjasama dengan sebuah jenama gergasi iaitu Kitkat yang cukup terkenal dengan tagline "Take a break" dan keenakan coklatnya.


Dengan kerjasama ini, La Boheme dapat mempelbagaikan lagi variasi pilihan roti, donat, pastri serta ban untuk memenuhi citarasa pelanggan. Kerjasama ini menyaksikan 5 tambahan baharu kepada variasi roti dan pastri yang dijual di La Boheme. Antara tambahan tersebut ialah Nutty Donut, Polkadot Donut, Matcha Croissant, Supreme Muffin dan Cheesy Loaf. Kelima-lima produk ini boleh didapati di semua cawangan AEON CO. dan AEON BiG.




Pihak Nestle juga cukup berbesar hati untuk kolaborasi ini kerana ini akan memberi peluang kepada peminat Kitkat untuk menikmati produk tersebut dalam bentuk yang berbeza. Kolaborasi ini juga dapat memperkenalkan jenama La Boheme kepada pengguna secara umum, khususnya kepada peminat setia Kitkat. La Boheme yang diperakui halal di AEON menawarkan pelbagai jenis roti segar dan produk berkaitan bakeri termasuk pastri dan puding. Terdapat pelbagai produk yang lazat dan berkualiti disajikan setiap hari dalam suasana yang selesa.


Kolaborasi ini adalah sejajar dengan usaha AEON yang memperjuangkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu kerjaya yang baik dan pertumbuhan ekonomi. Melalui kolaborasi dengan pelbagai jenama akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang inklusif dan mampan, pekerjaan yang menyeluruh, baik lagi produktif kepada semua. Semoga kolaborasi ini sukses dan membuahkan kejayaan untuk AEON dan juga Nestle Kitkat. 

Korang jangan lupa cuba tau dengan dapatkannya di La Boheme di pasaraya AEON atau AEON BiG.

No comments:

Post a Comment