Friday, June 10, 2022

AEON Bekerjasama Dengan KLOTH CARES Untuk Kitar Semula Fabrik

Assalamualaikum dan salam sejahtera

AEON mengadakan kerjasama bersama dengan KLOTH CARES untuk menyediakan tong kitar semula di cawangan AEON Mall dan AEON BiG terpilih. Inisiatif kitar semula yang dilancarkan di AEON Alpha Angle di Wangsa Maju, Kuala Lumpur adalah salah satu usaha AEON dalam melindungi alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem.



Baru-baru ini aku berkesempatan hadir ke AEON Alpha Angle yang terletak di Wangsa Maju untuk menyaksikan sendiri pelancaran tong kitar semula di AEON cawangan tersebut. Majlis yang dihadiri dengan pelbagai tetamu penting dan tak lupa juga orang ramai yang hadir untuk drop kan baju-baju mereka yang terpakai.


Menurut Azli Mohamed, Ketua Pegawai Usahasama dan Kelestarian AEON, AEON komited untuk berinovasi dalam produk yang mampu membawa impak positif kepada komuniti. Kekal komited untuk mempertingkatkan amalan yang telah selaras dengan prinsip teras kepada Manusia, Keamanan dan Komuniti. AEON berdedikasi untuk memenuhi kewajipan menjadi warga korporat yang baik.



AEON juga berusaha untuk memupuk penglibatan dan kerjasama yang lebih baik dengan komuniti sambil terus berusaha untuk menyokong dalam mencapai aspirasi mereka. Dalam melaksanakan inisiatif pada hari ini, AEON bersyukur kerana dapat bekerjasama dengan Kloth Cares dan rakan pengasas mereka, Selangor Youth Community (SAY) dan Life Line Clothing Malaysia (LLCM) untuk membantu menguruskan tong kitar semula untuk ditempatkan di pusat beli-belah pilihan .


Sebanyak 38 tong kitar semula akan diguna pakai dan ditempatkan di cawangan AEON Mall dan AEON BiG di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Menerusi inisiatif ini, AEON menyasarkan sejumlah 380,000 kg fabrik kitar semula akan dikumpul dalam tempoh setahun. Jadi sekiranya anda mempunyai baju-baju atau apa sahaja yang mempunyai fabrik dan tidak dipakai lagi, bolehlah drop kan di tong-tong yang disediakan di cawangan AEON terpilih berdekatan anda.


Majlis yang diadakan bersempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2022 itu diserikan oleh Ummi Kalthum Shuib, Pengarah Wilayah Persekutuan (Wilayah Persekutuan), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam (SWCorp)-Kuala Lumpur & Putrajaya, dan penampilan istimewa oleh adik Kumika Kufaizul yang menyampaikan pantun GoGreen.


Inisiatif ini adalah selaras dengan usaha AEON dalam memperjuangkan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) - 12 dan 17 yang menumpukan pada memastikan corak penggunaan dan pengeluaran yang mampan, serta mengukuhkan cara pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan mampan.

No comments:

Post a Comment