Saturday, June 4, 2022

Perlantikan Maizurah Hamzah Sebagai Duta Evenchise Ebook Store

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat peminat buku di luar sana, aku percaya pasti ramai mengetahui platform ebook iaitu Evenchise Ebook Store yang dikelolai syarikat MSGA. Untuk mereka yang kurang maklum, Evenchise Ebook Store merupakan sebuah platform jualan buku elektronik yang dibangunkan hasil kerjasama dan kepakaran syarikat MSGA Sdn Bhd dan Global Surf Sdn Bhd. Ikuti butirannya !


Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri satu majlis perlantikan secara rasmi duta Evenchise Ebook Store. Duta yang dilantik adalah Maizurah Hamzah. Anak kelahiran Singapura ini merupakan nama yang cukup tidak asing lagi dalam industri hiburan tanahair pada era 90an. Kalau tanya ibu ayah kita, pasti mereka kenal dengan sosok kecil molek manis bernama Maizurah Hamzah ini.


Perlantikan Maizurah Hamzah sebagai duta Evenchise Ebook Store bukan sahaja disebabkan beliau sebagai figura atau selebriti terkenal, malah beliau dipilih kerana beliau juga merupakan seorang penulis dan individu yang suka membaca hasil karya penulis-penulis lain. 



Majlis perlantikan Maizurah Hamzah sebagai duta Evenchise Ebook Store itu telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSGA Sdn. Bhd., Mejar Hasrul Taufek Roslan TUDM yang telah bersara dan kini lebih dikenali sebagai Master Shiro. Majlis tersebut telah diadakan di Sudirman Lounge, Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur. Dapat disaksikan sekali upacara menandatangani Jalinan Persefahaman Hasrat diantara CEO MSGA Sdn Bhd dengan CEO Mindtalks Sdn Bhd.



Sungguh bagus Master Shiro mengusahakan platform ebook ini. Ia telah dibangunkan sejak tahun 2017 dan telah membantu lebih 5000 orang daripada pelbagai golongan untuk memulakan perniagaan ebook pada kos mampu milik. Semenjak pandemik Covid-19 melanda, industri pencetakan fizikal memang sangat terjejas di mana pembelian buku-buku jatuh merundum. Masyarakat kini sudah beralih kepada lebih kepada penggunaan digital. Oleh itu, impak ini telah membuka peluang kepada penulis buku fizikal untuk beralih kepada penerbitan buku elektronik yang mana ia dapat diakses dengan lebih meluas keseluruh dunia.



Melalui platform seperti Evenchise Ebook Store ini juga, para penulis dapat menjana pendapatan secara tidak langsung dengan lumayan sama ada dengan menjual buku hasil karya ebook sendiri mahupun menjual karya ebook penulis lain. Para penulis yang menjual di platform ini diberi kursus dan latihan bagi memahami selok-belok keusahawanan ebook termasuk penggunaan sistem teknikal, penjenamaan pelan pemasaran dan aplikasi telegram. 




Di majlis pelantikan itu juga turut menyaksikan pelancaran ebook karya terbaru Maizurah Hamzah berjudul Diari Si Puteri Pop 1 - Suatu Permulaan. Turut hadir pada majlis ini adalah para Certified Advisor Ebook MSGA Sdn Bhd, penulis, editor dan, tetamu jemputan. Majlis berkonsepkan sambutan hari raya aidilfitri juga diserikan dengan persembahan daripada Touching Busker, gimik pelancaran oleh kumpulan kebudayaan dan nyanyian khas daripada Maizurah Hamzah sendiri selaku Duta Evenchise Ebook Store.


Sekiranya kalian berhasrat untuk melihat karya-karya ebook yang dijual melalui platform ini, bolehlah menghubungi mereka di talian berikut : 011-2561 8098.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini