Tuesday, June 7, 2022

Butik AS Hijab Pertama di Malaysia Dibuka di Giant Damansara

Assalamualaikum dan salam sejahtera

4 Jun yang lalu telah berlangsungnya satu majlis perasmian pembukaan Butik AS Hijab & D'Herbs oleh Dato' Sri Aliff Syukri & Datin Shahida. Butik ini merupakan butik pertama AS Hijab di Malaysia. Tudung-tudung dari AS Hijab mendapat sambutan yang luar biasa tiap kali pelancaran koleksinya yang baharu. Ikuti butirannya !


Majlis perasmian yang disambut dengan penuh gilang-gemilang itu telah disempurnakan dengan tarian singa sebaik sahaja Dato' Aliff dan keluarga tiba di lokasi. Cukup meriah ketika itu dan dapat disaksikan begitu ramai sungguh peminat dan pengguna setia tudung AS Hijab telah beratur dan menunggu di dalam mahupun di luar kedai.



Untuk pengetahuan semua, Butik AS Hijab pertama ini merupakan milik kepada Puan Zahirah Soo dan juga abangnya Encik Zaim Soo. Mereka sangat berbangga dan terharu melihat tetamu dan peminat yang datang hadir dari jauh untuk lihat sendiri majlis perasmian ini dan untuk berjumpa dengan Dato' Aliff sendiri.



Difahamkan, Puan Zahirah Soo dan Encik Zaim Soo mempunyai perniagaan yang lain juga dalam industri oil & gas. Namun atas kepercayaan dan komitmen yang diberikan oleh AS Legacy dan aura tudung-tudung koleksi AS Hijab itu sendiri telah meyakinkan mereka berdua untuk teruskan dan menjadikan ini salah satu punca pendapatan mereka.




Pada masa akan datang pihak AS Legasi juga merancang untuk membuka 20 cawangan lagi di seluruh Malaysia. Untuk masa terdekat dijangkakan 3 lagi cawangan baru lagi akan dibuka. Ini termasuklah di kawasan pantai timur. Begitu juga dengan perancangan untuk menembusi pasaran luar negara seperti Singapura dan Thailand.



Pihak AS Legacy juga sedang mencari 18 orang rakan niaga baru untuk kumpulan (batch) August 2022 dalam sasaran untuk meluaskan empayar perniagaan ini di seluruh Malaysia. Segala pertanyaan mengenai perniagaan boleh menghubungi Puan Zahirah di talian 016-3616289




No comments:

Post a Comment