Friday, June 10, 2022

Meat Cartel Rai Ulangtahun Pembukaannya Yang Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan untuk menghadiri majlis ulangtahun Meat Cartel yang pertama di cawangan Meat Carte yang terletak di TTDI. Majlis cukup meriah dihadiri ramai tetamu jemputan. Dan sudah semestinya dijamu dengan hidangan yang cukup lazat. Ikuti butirannya !


Untuk pengetahuan semua, Meat Cartel Holding Sdn Bhd sudah berada dalam industri makanan sejak tahun 2017 lagi. Bermula sebagai sebuah jenama yang menyediakan hidangan daging BBQ secara kecil-kecilan di rumah yang bercita-cita untuk membawa rasa unik daging yang disalai ala-ala Texas di seluruh Malaysia. Kini Meat Cartel mempunyai 13 cawangan di seluruh Malaysia. Antaranya ialah di sekita Lembah Klang, Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh dan Putrajaya. Akan datang, Meat Cartel akan membuka cawangan di bahagian utara dan timur Malaysia.



Cara BBQ gaya Texas mempunyai cara dan rasa yang unik kerana ia menggunkan cara yang perlahan dengan api yang rendah untuk memasak. Daging-daging ini dimasak menggunakan pembakaran kayu supaya aroma yang terhasil dari pembakaran itu akan melekat pada daging-daging yang disalai. Oleh sebab itu, cara BBQ gaya Texas cukup unik dan digemari ramai terutama buat pencinta daging di luar sana.




Terdapat banyak potongan daging yang menjadi pilihan, antaranya ialah beef brisket, beef short ribs dan juga lamb shoulder. Potongan daging-daging ini perlu disalai pada suhu api yang rendah dengan masa yang lama lebih kurang 12 ke 14 jam bagi menghasilkan daging yang lembut dan beraroma. Dagingnya sangat juicy dan rapuh di mulut.


Meat Cartel mula-mula dibuka pada November 2020 ketika PKP berkuatkuasa. Idea ini diasaskan sendiri oleh Encik Rozhan Bin Rahmat yang asalnya berada dalam industri automotif dan kini mengorak langkah dalam industri pemakanan. Industri Food & Beverages ini merupakan minat beliau kerana rasa cinta beliau terhadap makanan menjadikan titik mula untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang pemkanan. Tidak ramai peniaga yang membuka restoran kedai makan yang khusus dalam menyediakan hidangan BBQ. Terutama sekali dengan gaya Texas. 


Memang cukup berisiko membuka sebuah perniagaan tatkala dunia sedang mengalami pandemik dan rata-rata perniagaan banyak tutup disebabkan larangan PKP dan sebagainya. Namun berkat kesabaran dan kualiti yang dihasilkan melalui hidangan yang diketengahkan, Meat Cartel dapat bertahan sehingga kini. Sekiranya korang rasa teringin makana hidangan BBQ yang disalai ala-ala gaya Texas, bolehlah singgah ke Meat Cartel cawangan berdekatan anda. Memang sumpah sedap sangat !




No comments:

Post a Comment