Saturday, July 23, 2022

Kerjasama Eksklusif Antara SUKE TV dan iQIYI Buat Penonton Antarabangsa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahniah buat rangkaian siaran tempatan, SUKE TV kerana telah menjalinkan kerjasama bersama iQIYI, sebuah penyedia khidmat penstriman hiburan inovatif dalam talian. Melalui jalinan ini, kandungan SUKE TV disiarkan secara eksklusif di platform iQIYI. Ikuti butirannya !


Sidang media dan majlis menandatangani perjanjian telah disempurnakan oleh Dato' AC Mizal, pengerusi SUKE TV dan Dinesh Ratnam, pengurus besar iQIYI Malaysia Singapura dan Brunei. Turut menjadi saksi termetrai perjanjian ini ialah Datin Emylia Rosnaida, pengarah SUKE TV dan juga para selebriti tempatan yang hadir menyokong. 


Termeterainya perjanjian ini, kini mereka-mereka di Malaysia dan juga Singapura dapat menyaksikan secara eksklusif siaran SUKE TV di platform iQIYI yang mana penstriman ini adalah secara percuma dan eksklusif untuk pengguna iQIYI.


Banyak program-program menarik yang telah disediakan khas di SUKE TV. Antaranya ialah drama bersiri Polkadot, Berita Latah, Tanya Je, Tomey Tomey, DAC PM YOU, Durian Kimchi, Makan Tepi Lori, Pin Pin Siapa Tu ?, Listen Up dan Odah Billionaire. Memang cukup menarik program-program yang disiarkan dalam rangkai SUKE TV.


Satu langkah yang cukup bijak kerana perjanjian ini sekaligus dapat mengukuhkan kedudukan SUKE TV di Singapura yang mana ia akan mencapai capaian penonton yang lebih meluas dan meperkembangkan popularitinya merentasi sempadan.

Walaupun cuma baru beberapa bulan rasminya tertubuhnya SUKE TV, namun hari ini kita dapat menyaksikan banyak program-program dan langkah yang digubal oleh Dato' AC dan Datin Emilya untuk menaikkan dan mengukuhkan kedudukan SUKE TV sebagai satu rangkaian siaran tempatan pertama yang dimiliki oleh pasangan selebriti. 


Usaha ini juga tidak akan berhasil tanpa program-program yang berkualiti dan mesra penonton. Berita Latah yang kini cukup hangat diperkatakan telah menjadi tular di mana-mana paltform social media dan menjadi antara klip terpantas mencapai view yang tinggi.


Kenapa memilih iQIYI kerana aplikasi iQIYI penstriman video paling banyak dimuat turun di Malaysia pada tahun 2021 denganlebih 10 juta muat turun. Ia juga menjadi perkhidmatan penstriman yang paling pesat berkembang di negara ini dengan pertumbuhan asas pengguna sebanyak 15 kli ganda dalam tempoh dua tahun.


Tahniah sekali lagi buat SUKE TV dan iQIYI di atas kerjasama eksklusif ini. Semoga terus maju jaya dan menyedikan lebih banyak content yang berfaedah dan mencuti penonton. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...