Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie aku nak berkongsi dengan pembaca blog Jejakakaula akan satu restoran Arab yang aku singgah pada minggu lalu sewaktu kunjungan aku dan kawan-kawan ke negeri Johor baru-baru ini. Lama betul tak datang ke sini. Seingat aku kali terakhir aku jejakkan kaki ke negeri Johor adalah pada bulan November tahun lalu. Hampir setahun jugalah.
Sebelum datang ke sini, ramailah yang sarankan beberapa restoran yang sedap di Johor nie, terutama sekali di daerah yang kami pergi iaitu di Johor Bahru. Ramai sarankan untuk cuba makanan-makanan Arab di Restoran Zaituna. Oleh kerana restoran nie memang betul-betul dekat dengan kawasan lawatan kami, maka kaki singgahlah makan malam di situ sebelum pulang ke Selangor.
Masuk-masuk je, penuh satu restoran dengan manusia. Ramai betul yang datang makan dekat sini. Itu maksudnya restoran nie memang betul-betul sedaplah macam yang digembar-gemburkan. Alhamdulillah walaupun ramai orang, tapi oleh kerana kami dah tempah meja untuk makan di sini, jadinya tak perlu menunggu.
Suasana Restoran Zaituna rasa macam betul-betul dekat negara Arab. Vibe dan hiasan dalaman restoran sangat memberi suasana dan gambaran restoran-restoran di negeri Arab. Tambah pula sepanjang kami di sana, muzik yang dimainkan pon lagu-lagu dari timur tengah. Memang rasa macam nak bergeleklah dalam tu. Hahahaha.
Banyak menu kami order sebab nak rasa semua menu-menu yang orang-orang sarankan. Alang-alang dah sampai ke sini, bila lagi ye dakk ? Kita order je apa yang nak. Okay mari aku tunjukkan kesemua menu yang aku sempat cuba sewaktu kunjungan aku ke Restoran Zaituna ini. Awas ya jangan terliur pulak.
Nasi Arab - Set Dulang (RM65)
Tak lengkap kalau datang ke restoran Arab tidak makan nasi arab. Oleh itu, kami ambil set dulang nasi Arab ini yang dihidangkan dengan 2 ketul ayam dan juga 2 ketul daging kambing. Untuk pemilihan nasi pual didatangkan dalam 3 jenis iaitu nasi mandi, nasi maklouba dan nasi kabsa. Set ini sesuai untuk 4 orang makan. Pilihan daging pula boleh pilih, sama ada nak kambing dan ayam atau salah satu sahaja.
Shawarma Daging (RM14) & Shawarma Ayam (RM12)
Juga antara menu wajib kena order ialah Shawarma. Didatangkan dengan dua jenis protein iaitu ayam dan juga daging. Boleh pilih ikut tekak masing-masing. Untuk aku, sudah tentunya Shawarma Daging menjadi pilihan. Memang sedap betul Shawarma dekat sini. Saiznya setanding dengan harga yang ditawarkan.
Zaituna Mixed Grill (RM38)
Didatangkan dengan daging kambing mahupun ayam. Dipadankan dengan roti Kebab Halabi dan kentang goreng bersama 3 jenis sos. Satu kombinasi yang cukup sempurna dan sangat mengenyangkan. Suka betul aku dengan skewer daging kambing yang kami order nie. Rasanya memang cukup sedap walaupun makan begitu sahaja.
Hummus (RM11) dan Tabouleh Salad (RM12)
Dua hidangan pembuka selera yang cukup menyegarkan. Dan silap-silap haribulan boleh kenyang dengan makan Hummus tu je. Hummus tu macam biasa didatangkan dengan roti arab. Sementara tunggu menu lain sampai, memang roti nie kena bedal dulu. Tu pasal kalau tak kawal, boleh kenyang walaupun menu utama tak sampai lagi.
Pizza
Ya, jangan terkejut. Walaupun di restoran arab tapi menu pizza juga turut disajikan di sini.Pelbagai jenis pizza terdapat di Zaituna Restaurant. Pilih je nak mana satu. Oleh kerana ini merupakan kunjungan pertama kami ke sini, jadi kami minta pelayan mereka suggestkan dua pizza yang menjadi pilihan dan kegemaran pengunjung di sini. Pizza tersebut ialah Pizza Cheese (RM16) dan juga Pizza Salami (RM18). Pizza Salami tu serius sangat sedap. Satu kombinasi rasa yang cukup sempurna.
Pencuci Mulut
Terdapat banyak pilihan pencuci mulut di sini. Satu yang paling tak boleh tertinggal sudah semestinya Kunafa (RM9). Satu menu pencuci mulut yang cukup popular dalam kalangan masyarakat Arab. Wajib cuba kalau singgah ke sini. Kat Kuala Lumpur tu selalu kena beratur sebab viral. Walhal rasa sama je. Kat Zaituna Restaurant, tak perlu beratur, order je nak makan berapa keping. Sedap !
Selain itu juga manisan Baklawa. Terdapat banyak jenis manisan Baklawa di sini. Masuk-masuk je Zaituna Restaurant nie, korang akan nampak satu sudut Baklawa. Boleh pilih Baklawa jenis mana yang korang suka dan berkenan. Harga berbeza mengikut jenis.
Walaupun dengan kapasiti pelanggan yang penuh ketika waktu makan malam itu, tapi menu-menu yang kami order tidak lambat pon. Semua dihidang dalam masa 15 minit selepas kami order. Kagum betul dengan ketangkasan pekerja-pekerja di Restoran Zaituna ini. Dahlah semua helok-helok. Kbai.
Aku memang cukup sarankan kepada semua yang datang ke daerah Johor Bahru untuk singgah makan di restoran Arab iaitu Restoran Zaituna. Sangat-sangat puas hati dengan hidangan yang dihidang, rasanya dan juga kepantasan mereka bekerja. Harganya pula berpatutan !
InsyaAllah kalau datang lagi ke negeri Johor nie, memang restoran nie jelah yang aku serbu. Tak perlu susah-susah cari dan tanya lagi orang-orang untuk makan dekat mana. Jadi korang, kalau datang ke daerah JB, jangan lupa singgah dan cuba menu-menu yang dihidangkan di sini, okay ?
Zaituna Restaurant
27, Jalan Glasiar, Taman Tasek, 80200, Johor Bahru, Johor
Telefon : 07 - 213 3577
Waktu Operasi : Setiap Hari | 11.00 pagi - 11.00 malam ( kecuali Jumaat 2.30 petang)
Laman Web : https://www.zaituna.my
Facebook : https://www.facebook.com/zaitunajb/
Instagram : https://www.instagram.com/zaituna_resaurant_jb/
Terima kasih kerana sudi baca dan jumpa lagi di lain entri. Bye!
No comments:
Post a Comment