Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari Terbuka KVClean menyaksikan pelancaran "KVCLEAN" iaitu sebuah jenama baharu yang mesra alam sekitar oleh Koperasi Kakikatangan PETRONAS Berhad melalui anak syarikatnya KOPETRO Ventures Sdn. Bhd. Pelancaran itu telah diadakan di ruang legar Medan Avenue 2 yang dihadiri oleh ramai tetamu. Ikuti butirannya !
Antara tetamu yang hadir termasuklah wakil-wakil koperasi, rakan-rakan niaga, wartawan media cetak dan media elektronik serta para jemputan yang lain. Cukup meriah majlis pelancaran tersebut dengan kehadiran tetamu-tetamu. Pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Bahagian Perdagangan & Servis Peruncitan, Wan Ahmad Tarmizi bin Wan Abdul Rahman. Beliau juga turut memberikan ucapan pembukaan pada hari terbuka KVClean tersebut.
Menurut beliau, sejak pandemik Covid-19 melanda, masyarakat mula cakna akan kepentingan menjaga kebersihan dan memastikan persekitaran terutama sekali di kawasan kediaman selamat dan bersih. Oleh itu, produk KVClean ini dilancarkan dengan bertemakan "Green & Clean" sesuai dengan inspirasi mereka untuk menghasilkan produk yang melindungi dan menjaga kesejahteraan alam sekitar.
KVClean sudah mula beroperasi sejak tahun 2019 lagi. Mereka menawarkan perkhidmatan servis penjagaan dan pembersihan lengkap termasukah penyelenggaraan penyaman udara, pembersihan kediaman, pejabat dan bangunan komersial serta servis disinfeksi. Kesemua perkhidmatan yang ditawarkan oleh KVClean dikendalikan oleh mereka yang mempunyai kepakaran di dalam bidang ini bagi memastikan pelanggan mendapat servis yang terbaik.
Bukan sahaja itu, KVClean juga menawarkan pakej pemasangan Panel Tenaga Solar. Penggunaan tenaga solar dapat memberikan kesan yang positif kepada Rumah Hijau serta dapat menjimatkan kos elektrik kediaman. Prihatin dan sekaligus dapat berjimat. Dua kombinasi yang sangat baik ! Sekiranya ini diterapkan dalam setiap diri masyarakat, nescaya kita dapat menjaga bumi kita dengan lebih baik.
Bersempena majlis pelancaran tersebut, KVClean juga menawarkan Promosi Hari Terbuka KVClean iaitu pakej penyelenggaraan penyaman udara serendah RM50 satu unit sebulan. Manakala bagi pejabat pula, harga serendah RM399 sebulan ditawarkan bagi 8 sesi pembersihan selama 2 jam setiap sesi. Kedua-dua tawaran ini sah untuk tempoh kontrak setahun khas buat pelanggan yang mendaftar pakej yang ditawarkan sepanjang majlis berlangsung. Menarik bukan ?
Buat mereka yang di luar sana, sekiranya anda berminat dengan servis perkhidmatan yang ditawarkan oleh KVClean ini, bolehlah membuat tempahan menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013 - 399 6788. Anda juga boleh mendapatkan butiran lanjut mengenai KVClean dan juga promosi yang mereka tawarkan di pautan laman sosial yang berikut :
Facebook : http://www.facebook.com/kopetroberhad
Instagram : http://www.instagram.com/kopetroberhad
Kopetro sentiasa terbaik. Produk-produk dari lengquas tu pun sedap2
ReplyDelete