Saturday, September 3, 2022

Kemeriahan Sambutan Hari Kemerdekaan di AEON Mall Nilai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari Kemerdekaan negara baru sahaja melabuhkan tirainya pada 31 Ogos yang lalu. Satu tarikh yang cukup bersejarah buat negara kita kerana detiK 31 Ogos 1957 itulah yang membolehkan kita hidup aman dan maju pada hari ini. Oleh itu, aku akan selalu ambil kesempatan tarikh ini untuk keluar sama-sama meraikan hari bersejarah negara kita itu bersama masyarakat Malaysia yang lain. Tahun ini,aku raikannya bersama AEON di Aeon Mall Nilai. Ikuti butirannya !


Meneguhkan jati diri dan semangat patriotik amat penting kerana ia menjadi teras pembentukan negara berdaulat dan berwawasan. Perlu didukung oleh semua keluarga Malaysia sama ada penjawat awam, sektor swasta, sukarelawan NGO mahupun orang perseorangan. AEON telah memastikan ianya menjadi sesuatu yang istimewa, khasnya bagi komuniti di sekitar Nilai ini. Inisiaitf untuk mengadakan nyanyian Negaraku dan bacaan Rukun Negara secara serentak ke semua cawangan AEON di seluruh negara merupakan satu perlaksanaan yang baik untuk memupuk semangat cintakan negara.



Satu usaha yang cukup baik buat AEON dalam memberikan pengalaman baharu buat pengunjung dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti sosial seperti ini dan usaha itu membuahkan hasil apabila ramai pengunjung turut serta dalam menjayakan majlis sambutan kemerdekaan ini. Ia juga telah melayakkan AEON memegang rekod sebagai ‘Cawangan Paling Banyak Menyertai Nyanyian Lagu Kebangsaan Secara Serentak’.



Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang hari tersebut. Biarpun secara sederhana tetapi kemeriahan dan penghayatannya berjaya dikekalkan. 2 Acara dan aktiviti lain yang menarik seperti demonstrasi memasak, meet and greet bersama penyanyi dan pelakon Nana, pengagihan kuih bakar, pertandingan busker dan banyak lagi.



Untuk kempen Kita Merdeka Kami Anak Malaysia ini AEON juga telah berkerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (Irama) untuk menjayakan program ini dengan pelbagai aktiviti Terdapat juga booth-booth dari pelbagai agensi kerajaan antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Agensi Antidadah Negeri Sembilan, Bahagian Keselamatan Jalan Raya dan PDRM (Division Anti Scammer). Ia sekaligus boleh dimanfaatkan oleh pengunjung untuk mendapatkan pengetahuan, maklumat terkini dan perkongsian dari agensi-agensi terbabit.



Secara keseuruhannya, sambutan kemerdekaan bersama AEON pada tempoh hari memang cukup meriah dan sambutan sangat menggalakkan. Sampaikan nak cari parking pon susah tau. Harap-harap akan ada majlis seperti ini lagi di masa akan datang. Boleh sama-sama kita semarakkan semangat patriotik dalam diri dan raikannya bersama orang ramai. 

1 comment:

  1. Selamat Hari Kemerdekaan juga buat Zharif.... Memang meriah betul tengok... Dan LeYa suka tengok gambar-gambar Zharif sangat menarik ye angle yang diambil

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...