Saturday, September 17, 2022

Tahniah LuLu Supermarket di atas Pembukaan Cawanggannya Yang ke-5 di Setia Ecohill Mall, Semenyih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita baik buat warga Semenyih dan kawasan sekitar, LuLu Supermarket & Department Store baru sahaja dibuka di Setia Ecohill Mall. Ia dibuka secara rasmi kepada umum pada 15 September yang lalu. Ikuti butirannya.


Sempena pembukaan LuLu Supermarket ini, terdapat pelbagai barangan dijual pada harga promosi sempena pembukaan cawangan LuLu di sini. Tidak hairanlah ramai betul pengunjung yang hadir pada hari pembukaan tersebut. 






Pilihan untuk membuka LuLu Supermarket di Setia Ecohill Mall adalah satu keputusan yang cukup bijak kerana lokasinya yang cukup strategik dan mudah diakses melalui Cheras-Kajang Expressway, SKVE melalui lebuhraya SILK dan juga LEKAS. Keluasan gedung membeli-belah Setia Ecohill Mall ini juga sangat luas dan besar yang mampu untuk menampung populasi di Semenyih kira-kira 600,000 penduduk. Keluasannya sebesar 36,000 sq ft sudah pasti memberikan satu pengalaman membeli-belah yang cukup selesa buat semua pengunjung.







LuLu Supermarket & Department Store di Setia Ecohill Mall ini mempunyai dua aras yang berbeza. Aras pertama menempatkan pelbagai barangan masakan basah dan juga barang masakan kering. Manakala di aras kedua pula menempatkan barangan keperluan harian, perkakas rumah, perkakas elektrik, gadget, baju dan juga macam-macam lagi.


Turut hadir ketika di majlis perasmian tersebut ialah YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan dalam Negeri dan Hal Ehwa Pengguna, Nishad PA, Pengarah Pengurusan LuLu Group Malaysia & Indonesia, Asif MA Pengarah Pengurusan LuLu Malaysia dan juga beberapa tetamu kehormat yang lain.


LuLu Supermarket & Department Store cawangan Setia Ecohill Mall Semenyih ini merupakan cawangan kelima LuLu di Malaysia. Sempena pembukaan LuLu di cawangan ini, pengunjung dapat menikmati pelbagai tawaran promosi. Antaranya ialah seekor ayam dengan harga RM4.90/kg, Nestle Milo 1.1kg dengan harga RM14.90, Samsung Smart TV 55' dengan harga RM1,599 dan banyak lagi. Boleh lihat di risalah yang diberikan secara percuma pada pelanggan. Pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah sekiranya menjadi pengunjung terawal untuk setiap hari setiap dengan membawa resit pembelian.





Untuk pengetahuan semua juga, LuLu Supermarket bekerjasama bersama KPDNHEP untuk sama-sama mempromosikan beli buatan Malaysia. Usaha ini bagi membantu dan meningkatkan hasil jualan para peniaga kecil yang berdaftar di bawah kementerian itu. Usaha ini sangat membantu dalam meningkat hasil jualan peniaga-peniaga kecil ini. Pengunjug boleh dapati pelbagai jenis barangan dari peniaga-peniaga kecil ini yang dijual di kesemua cawangan LuLu termasuklah cawangan yang baru ini. Seramai lebih 300 peniaga kecil berdaftar bersama LuLu untuk memasarkan produk mereka.



Tahniah LuLu Supermarket di atas pembukaan cawangannya yang kelima di Setia Ecohill Mall, Semenyih. Semoga terus maju dan sukses. Dikhabarkan, akan datang LuLu Supermarket akan buka dua cawangan di Johor Bharu iaitu di Toppen Mall dan juga Larkin Junction. Buat orang pantai timur, LuLu juga akan dibuka di Mayang Mall Kuala Terengganu. Semua rancangan ini akan direalisasikan pada suku pertama tahun 2023. Tak sabar nak menantikan pembukaan cawangan-cawangan tersebut. Pasti ramai yang teruja.



Jom datang ke LuLu Supermarket cawangan Setia Ecohill Mall Semenyih dan nikmati promosi pembukaan bermula dari 15 Sept sehingga 18 Sept ini. Cepat sebelum banyak barang kehabisan stok.

2 comments:

  1. LuLu punya sales time opening tak pernah menghampakan! 🔥🔥

    ReplyDelete
  2. Tahniah Lulu Supermarket... Yeay!! Dah dekat... LeYa boleh shopping kat LuLu dah... Takpayah gi jauh2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini