Assalamualaikum
Karnival Sukan Tahunan Koleh Harun Aminurrashid 2013 (KaSuT) baru sahaja melabuhkan tirainya. Terdapat pelbagai acara sukan yang dipertandingkan dan aku telah mengambil beberapa bahagian dalam KaSuT ini. Sebelum kita meneruskan cerita, aku cukup tertarik dengan akronim yang dicipta oleh penganjur program. Satu akronim yang sangat nice dan bersesuaian dengan kesukanan. Good job !
KaSuT ini telah berlangsung semenjak 3 Mei yang lalu dengan acara indoor iaitu carom dan juga catur. Setiap pelajar yang menghuni di Kolej Harun Aminurrashid dibahagikan secara rawak ke dalam 4 buah rumah sukan. Rumah sukan tersebut diberi nama Intan, Zamrud, Nilam dan juga Delima. Aku merupakan salah seorang ahli rumah sukan Intan.
Acara pertama aku untuk KaSuT ialah pada hari pertama ia berlangsung iaitu dengan acara catur. Namun agak malu untuk diceritakan ya sebab aku tewas di peringkat saringan. Ya, anda tak salah baca. Aku tewas di peringkat saringan. Aku begitu mudah rasa selesa apabila aku berjaya makan beberapa komponen penting dalam catur tu, tanpa menyedari itu merupakan muslihat untuk menjerat aku. Meang hebat pelajar itu. Tahniah !
Dua pelajar yang aku bulatkan, mereka yang menang untuk acara catur |
Pada hari Ahadnya pula, aku terlibat untuk dua acara iaitu 4x400 meter larian dan juga acara sukaneka. Tapi sebelum tu, acara dimulakan dengan acara perbarisan.Namun cukup malang sekali sebabnya tak ramai yang hadir ke padang ketika ini. Jadi, sesiapa yang hadir ketika itu, semuanya paksa rela turut serta dalam acara perbarisan. Baguslah, bertambah sticker kolej aku. Hihi
Lupa nak cerita. Setiap acara yang kita sertai dalam KaSuT, pelajar akan dapat sticker aktiviti kolej. Sticker aktiviti kolej amat penting untuk mendapatkan tempat di kolej kediaman UPSI pada semester akan datang. Tak ada sticker kolej, maka harapan besar untuk duduk luar tu cerahlah. Bagi aku, aku lebih suka duduk dekat di kolej berbanding duduk luar sebab kemudahan dalam kolej semua lengkap dan selesa.
Tamat sahaja acara perbarisan, maka bermulalah acara-acara larian. dan yang lain. Untuk acara 4x400 METER, aku merupakan pelari nombor 2. Alhamdulillah menang dapat naib johan. Sayang sebab tak dapat menang pingat emas. Apa-apapun aku puas hati dengan keputusan itu. Dah lama aku tidak melibatkan diri dalam acara sukan, terutaam sekali acara larian. Tak sangka, kakiku masih berbisa. Gituhh !
Tengah asyik berehat dalam khemah, tiba-tiba person in charge untuk rumah sukan Intan panggil aku dan beberapa pelari yang lain untuk turut serta dalam acara 4x100 meter. Aku dah mula resah sebab aku tak pernah turut serta dalam acara larian 100 meter. 100 meter nie dikira sebagai pelari pecut dan aku bukanlah pelari pecut. Aku lebih kepada pelari santai seperti 200 dan 400 meter. Masa tu pula, aku masih lagi rasa penat dengan larian 400 meter. Jadinya aku tak yakin boleh buat ataupun tidak.
Aku tetap join. Mana tahu rezeki menangke kan. Gituhh ! Tapi aku tak menang. Memang kami dah agak dah pon sebabnya acara tiba-tiba dan teammates aku semua dah penat dengan larian 400 meter tadi. Aku pelari terakhir, dan memang terakhir betul dorang bagi aku. Hahahaha. Sumpah aku rasa nak termuntah masa nie.Tak tahulah sebab penat sangat ke, ataupun sebab kurang makan.
Lepastu acara terakhir yang aku sertai ialah acara sukaneka. Masa sukaneka nie, ada perkara memalukan telah berlaku pada diri aku. Aku terjatuh umpama nangka busuk ketika lari dalam guni. Ya Allah malunya diri ini, rasa macam nak naik bangunan e-learning terjun then naik balik, terjun lagi. Malu sangat woii. Dahlah masa tu penentuan untuk nombor 2 dan nombor 3. Tak pasal-pasal sebab aku, pasukan aku dapat nombor 3.
Part yang best dalam sukaneka nie ialah acara passing getah kepada kawan-kawan sepasukan menggunakan straw. Dalam acara tu kita boleh nampak kerjasama dan komunikasi antara pasukan. Yelah, di luar kami tidak mengenali antara satu sama lain. Maklumlah semua lain-lain kos. Tapi dalam acara nie, semuanya bekerjasama dengan baik.
Acara terakhir pada hari kejadian ialah acara tarik tali. Walaupun acara aku dah habis, tapi aku tunggu di padang untuk menyaksikan acara tarik tali nie. Nak sokong kawan-kawan kononnya, walaupun tak kenal sorang pon yang sertai tu. Kah ! Sokong tetap sokong walaupun tak kenal. Satu rumah sukan kan. Kenalah sokong.
Balik dari bersukan tu, terus terbongkang tidur. Belah malam baru terbangun untuk hadiri acara penutup di dewan. Masa untuk sesi penyampaian hadiah. Alhamdulillah dapatlah bawa satu pingat dan beberapa sticker kolej.
Yeay dah banyak sticker kolej aku. Semoga Kolej Abang Harun tak kick aku dari kolej sem hadapan. Kalau kena kick juga, aku kick ahli jawatankuasa kolej dulu. Yelah, satu badan sakit kot, pakej kaki lebam sebab terjatuh masa acara sukanekanya. Ini satu pengorbanan yang besar tau yang aku buat demi kelangsungan untuk terus menetap di KHAR.
Sekarang tengah cuti raya haji. Tapi tak rasa macam cuti sebab banyak gila assignment nak kena buat. Semua dateline jatuh pada minggu selepas habis cuti. Aiyooo.
Dah lama tak bersukan especially sukan yang macam dekat Malaysia tu.
ReplyDeleteRindu!
lain ke farah sukan dekat canada tu ?
Deletecomel je maskot.
ReplyDeletecomell kann =) i dont know the concept actually, mcm zorro pon ada ..
DeleteSeronoknya dapat main catur. Suka main catur, tapi selalu kalah.
ReplyDeletehahaha .. xper, main catur nie perlukn pengalaman, kepakaran dn kebijaksanaan. kalah tu normal lh =)
Deletetahniah la!
ReplyDeletekenapa aku rasa tetiba zhariff dah tak macam dulu? hahahaha
ok sekian :)
what do you mean "dh xmacam dulu" ?
Deleteconfuse ......
'
akak pun tak terpikir blh singkatkan nama tu pada 'kasut' huhu..klu tau, dari belajar dlu dah gunakan perkataan kasut tu bahaha..cepat sikit nak sebutkan ;)
ReplyDeleteakronim yang menarik untuk disebut kan =)
DeleteAssalamualaikum dik. kahkahakah lawak je sepanjang akak baca entri kamu ni. hihi cananglah satu kampung medal baru kamu tu. hihi alahaii akak rindu nak bersukan la. dulu last bersukan masa spm. dah 6 tahun tak sekolah. rasa rindu KaSut. hihi ;p
ReplyDeletewaalaikumsalam kak sheila =) uishh lama jugak tu kak... alaaa saya nie kalau tak kerana sticker kolej tu, xde nya saya nak pergi.. hahahha
Deletenak gelak sket buleh ? HAHAHA .. comel je jatuh mase lari dalam guni HEWHEW .. seronok kot besar2 boleh main sukaneka lagi. ouh, typical students sgt kne kumpul sticker bagai sbb nak stay kolej kan. saya awal2 dulu je rajin join aktiviti kolej, sebab takut kne buang kolej, masuk sem 2 je, malas nk layan aih. ni dah tahun akhir, xde pon kne tendang ngeh3 .. tapi bagus jgk la, at least ada aktiviti kn. takde la bela lemak mcm ittew ni T_T
ReplyDeletesakit tau tak jatuh tu >__< sampai lebam kaki... memang detik paling memalukan .. hahahhaa
Deletekalau ade aktiviti lg join tau...boleh kite bjumpa lagi..erk.. *tiada motif tsembunyi* ^^ majulah sukan utk KHAR..wee~~
ReplyDeletehahahaha, yeah maju lah sukan untuk KHAR ! =D
Deleteharap sangat 2015 nanti dapat masuk upsi. jelous pun hade baca entry blog nie kalau story pasal upsi hahaha
ReplyDeletehahahahaa tak mo lah jeles2 =) insyaAllah dapat , jangan risau. gudluck =D
ReplyDelete