Saturday, September 20, 2025

AEON Bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia Bersempena Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad hari ini telah menyempurnakan majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera 2025. Hasil Tinjauan Literasi Kesihatan (2023) mendapati tahap literasi rakyat Malaysia berada pada tahap Terhad: 27.05%, Mencukupi: 48.5% dan Cemerlang : 24.5%. Manakala, Indeks Hidup Sihat Malaysia (Malaysia Healthy Lifestyle Index) 2022 melaporkan 39% dewasa mencapai skor indeks di tahap rendah, 29% di tahap sederhana dan 32% di tahap tinggi.


Ini bermaksud walaupun, literasi kesihatan dewasa Malaysia memuaskan tetapi ia tidak mencukupi untuk mempengaruhi pembudayaan sihat dan memerlukan inisiatif bersasar oleh semua pihak termasuk pusat belibelah melalui pendekatan whole of nation.

Dalam usaha meningkatkan tahap literasi kesihatan rakyat Malaysia Kementerian Kesihatan (KKM) telah memperkenalkan satu lagi inisiatif berimpak tinggi iaitu Pusat Beli-Belah Mesra Pembudayaan Hidup Sihat atau Healthy Living Mall bersempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan (BMSS) 2025. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada pelan strategik ANMS yang memberi 2 penekanan kepada penglibatan aktif sektor komersial dalam mempromosikan budaya hidup sihat. Tahun ini, pusat beli-belah diberi fokus sebagai platform utama, di samping pelaksanaan sambutan BMSS di peringkat agensi kerajaan, institusi pendidikan, dan komuniti setempat.


Inisiatif ini relevan dengan keperluan semasa, memandangkan pusat beli-belah mencatatkan jumlah kehadiran yang tinggi merentasi pelbagai lapisan masyarakat – termasuk keluarga, remaja, golongan dewasa bekerja dan warga emas. Dengan lokasinya yang strategik dan mudah diakses, serta fungsinya yang telah berkembang daripada sekadar lokasi membeli-belah kepada ruang sosial, rekreasi dan budaya hidup sihat, pusat beli-belah mempunyai potensi besar sebagai medium bagi menyemai nilai-nilai kesihatan dalam kehidupan harian masyarakat.


Pusat Beli-belah Mesra Pembudayaan Hidup Sihat atau Healthy Living Mall merupakan fasiliti pusat beli-belah yang menyediakan persekitaran sihat untuk pengunjung beriadah, melakukan aktiviti fizikal, bebas daripada asap rokok dan menawarkan pilihan makanan yang sihat dan selamat, Pelaksanaan inisiatif ini disokong oleh pendekatan Sains Tingkah Laku (Behavioural Science) dan strategi "nudge", iaitu teknik yang mempengaruhi keputusan pengguna secara tidak langsung ke arah pilihan yang lebih sihat.


Healthy Living Mall ini merangkumi komponen:
  1. Kekal Aktif- menyediakan sinage laluan berjalan, tempat permainan dan rekreasi, “healing space” bagi kesihatan mental yang positif serta mejalankan aktiviti berterusan seperti showcase dan aktiviti fizikal berkala
  2. Makanan sihat dan selamat- mempromosikan produk makanan dan minuman Healthier Choice Logo (HCL) dan pengusaha premis makanan yang memperolehi pengiktirafan bersih dan selamat (BeSS). Menyusun sayur-sayuran dan buah-buahan di pintu masuk bagi mempengaruhi pengunjung membeli buah dan sayur. Mempromosikan pilihan susu dan produk tenusu
  3. Bebas asap rokok berpandukan kepada Akta 852- Akta 852 merujuk kepada akta kawalan produk merokok bertujuan untuk melindungi orang awam khususnya golongan muda daripada bahaya produk merokok seperti rokok dan vape. Mengikut akta ini para pengunjung tidak boleh merokok di dalam dan sekitar pusat beli-belah dan perokok yang ingin merokok perlu ke kawasan 10 kaki atau 3 meter daripada bumbung terakhir pusat beli-belah
  4. Kitar semula- Pusat beli-belah AEON di seluruh negara bekerjasama dengan KKM untuk kitar semula E-waste seperti wayar dan perkakasan elektrik bersama sukarelawan MyCHAMPION yang berdaftar di bawah KKM. Hasil daripada kitar semula yang dikumpulkan akan digunakan oleh sukarelawan MyCHAMPION untuk manfaat komuniti
  5. Promosi Media - Pusat beli-belah mengoptimumkan platform media yang sedia ada dan melalui inisiatif ke arah meningkatkan pencarian maklumat kesihatan pengunjung. Contoh mesej kesihatan di lif/troli/platform media dan membuat jualan ‘healthy hour’ dan lain-lain.


Selain itu, Menteri Kesihatan juga menyeru agar pengusaha premis makanan dan minuman di pusat beli-belah menyokong usaha Kerajaan dalam meningkatkan pilihan sihat pengunjung dengan menyediakan makanan dan minuman yang lebih sihat. KKM berhasrat memperluaskan kerjasama strategik bersama pusat beli-belah seluruh negara dalam menjadikan pusat beli-belah mesra pembudayaan hidup sihat atau Healthy Living Mall.

KKM bersama-sama 28 AEON Mall di seluruh negara telah melaksanakan Mall Walking ini dari 1hb sehingga 20hb September dalam usaha mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi pencapaian langkah terbanyak di pusat membeli-belah dalam kempen berjalan.


Dalam majlis ini, KKM turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabaran Langkah Sihat Putrajaya Antara Kementerian 2025 di Putrajaya melibatkan 13,445 penjawat awam bermula 13 Mei 2025 hingga 27 Mei 2025 sebagai satu inisiatif di bawah Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS). Empat (4) kategori berdasarkan bilangan penjawat awam di setiap kementerian iaitu kategori XL, L, M dan S dipertandingkan dan pemenang Johan bagi setiap kategori seperti berikut:

  • Kategori XL : Kementerian Kesihatan
  • Kategori L : Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
  • Kategori M : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
  • Kategori S : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

No comments:

Post a Comment