Tuesday, September 23, 2025

Eira Syazira & Nabila Maharani Bersatu Dalam Single Terbaru Bawang Merah Bawang Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dua nama besar dari Malaysia dan Indonesia, Eira Syazira dan Nabila Maharani, bergabung tenaga dalam single terbaru berjudul Bawang Merah Bawang Putih. Lagu ini dilancarkan serentak hari ini di semua platform digital streaming utama serta di saluran rasmi YouTube Trisna Music.


Single bergenre pop ini mendapat sentuhan eksklusif daripada Trisuaka, yang bertindak sebagai pencipta lagu sepenuhnya, manakala susunan muzik diolah oleh Ardy Goliath. Proses rakaman berlangsung di Studio Trisna Music di Jogjakarta, menandakan gabungan kreatif antara pemuzik hebat Malaysia dan Indonesia.


Projek kolaborasi ini dijayakan di bawah naungan ES Arjuna Management (Malaysia) dan Positif Art Entertainment (Indonesia), sekali gus memperkukuh jalinan seni serumpun yang semakin berkembang di rantau Nusantara. Sokongan Lebih istimewa, keseluruhan projek - termasuk penghasilan lagu dan video muzik menerima tajaan penuh daripada Candyta, produk rangkaian penjagaan rambut yang semakin mendapat tempat di hati pengguna. Selain itu, rangka promosi Bawang Merah Bawang Putih turut mendapat sokongan tajaan daripada:

  • Batik Air
  • Le Méridien Putrajaya
  • Kaki Jersey 
  • Jati Awish 


Video muzik yang turut dirakam di Jogjakarta mengetengahkan kisah klasik Bawang Merah Bawang Putih. la menggambarkan watak Bawang Putih yang sering diperlakukan tidak adil oleh ibu serta adik tirinya, sebelum kemunculan seorang putera berkuda yang tampil sebagai penyelamat. Visual sinematik dan naratif penuh emosi ini dijangka mampu menyentuh hati para penonton.


Eira Syazira merupakan seorang pelakon, penyanyi dan personaliti televisyen Malaysia yang cukup dikenali sejak awal 2000-an. Beliau membintangi pelbagai drama dan filem popular tempatan dan turut mempunyai karier nyanyian dengan beberapa single yang berjaya di pasaran, antaranya Say, Kau Yang Ku Sayang, dan Jebakan (Duet Bersama Dodhy Kangen Band). Selain aktif dalam bidang seni, Eira juga merupakan pengasas kepada jenama penjagaan rambut terkenal, Candyta. Karier seni dan keusahawanannya menjadikan beliau ikon serba boleh dalam industri hiburan Malaysia.


Manakala, Nabila Maharani adalah penyanyi muda berbakat besar dari Indonesia yang mula mencuri perhatian ramai melalui kolaborasi bersama pemuzik terkenal Tri Suaka. Nama mereka melonjak selepas beberapa persembahan jalanan (street performance) di Yogyakarta tular di media sosial, termasuk lagu-lagu popular seperti Bila Nanti dan Ayang yang meraih jutaan tontonan di YouTube.


Dengan vokal yang merdu, pembawaan lagu yang penuh emosi serta gaya persembahan yang dekat dengan jiwa penonton, Nabila kini menjadi antara penyanyi generasi baru Indonesia paling berpengaruh di platform digital. Kolaborasinya konsisten meraih sokongan bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di Malaysia dan rantau Nusantara.

"Kolaborasi ini bukan sahaja mempertemukan dua suara hebat dari dua negara, malah menjadi jambatan budaya yang menyatukan Malaysia dan Indonesia melalui muzik," kata wakil pengurusan projek, Azad Jazmin.


Single Bawang Merah Bawang Putih kini boleh didapati di semua platform digital mulai hari ini, 9 September 2025. Para peminat muzik di kedua-dua negara serta rantau serantau diseru untuk bersama-sama meraikan momen bersejarah ini.

No comments:

Post a Comment