Assalamualaikum dan salam sejahtera
Zfix, jenama tempatan yang terkenal dengan kepakaran dalam perkhidmatan pembaikan dan penyelenggaraan telefon pintar telah melakar sejarah menerusi satu cubaan mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori
"Penukaran Bateri iPhone Terbanyak Dalam Masa 12 Jam". Acara bersejarah ini berlangsung pada Ahad, 7 September 2025, bermula jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam bertempat di New Branch Zfix di Bangunan PKNS Bizpoint, 67, Jalan Pumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam.
Zfix yang ditubuhkan pada tahun 2022 telah berkembang pesat sebagai penyedia servis yang dipercayai untuk pembaikan telefon pintar khususnya peranti Apple. Dikenali dengan pendekatan yang profesional, telus dan beretika, Zfix kini bersedia untuk menunjukkan keupayaan teknikal dan operasinya di pentas nasional.
Cubaan mencipta rekod MBOR ini disertai oleh 30 juruteknik bertauliah, 10 petugas audit dan sokongan operasi serta 5 kaunter verifikasi sah. Dengan sasaran lebih 1,000 unit bateri ditukar dalam masa 12 jam, acara ini bukan sahaja menonjolkan kecekapan Zfix, malah menekankan pentingnya penjagaan peranti pintar secara profesional dan sah.
Objektif Cubaan Rekod
- Cubaan ini bertujuan untuk mencipta penanda aras kebangsaan dalam bidang perkhidmatan pembaikan telefon pintar di samping menguji keupayaan operasi Zfix secara besar-besaran di bawah tekanan masa.
- Menonjolkan profesionalisme industri servis telefon yang mematuhi piawaian ketat dari segi keselamatan, dokumentasi dan integriti
- Meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya servis bertauliah dan penggunaan alat ganti tulen
Proses dijalankan mengikut garis panduan MBOR dengan setiap unit penukaran bateri akan direkodkan nombor siri bateri lama dan baru, dimasukkan ke dalam sistem log manual dan digital, disahkan oleh juruteknik dan penyelia teknikal dan dirakamkan melalui video tanpa henti sebagai bukti sahih.
Semua data akan diaudit secara langsung dan diserahkan kepada pihak MBOR dalam tempoh
48 jam selepas acara berakhir.
Sempena cubaan mencipta rekod ini, Zfix Mobile Fest turut menawarkan pelbagai aktiviti sampingan yang interaktif, bermanfaat dan menyeronokkan untuk pengunjung, termasuk pemeriksaan kesihatan telefon percuma, bengkel mini mengenai penjagaan telefon pintar, cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik, photo booth interaktif & TikTok challenge booth selain zon rehat, makanan ringan, Wi-Fi percuma, ruang kolaborasi jenama dan zon kanak-kanak.
Menurut wakil Zfix, cubaan mencipta rekod ini bukan sekadar tentang angka, tetapi lebih kepada menyampaikan mesej penting bahawa industri servis telefon pintar boleh dijalankan secara sah, telus dan diiktiraf.
Pihak Zfix turut menzahirkan harapan agar cubaan ini mendapat pengiktirafan rasmi daripada Malaysia Book of Records, sekaligus meletakkan Malaysia sebagai peneraju dalam amalan servis teknologi yang bertauliah dan diyakini.
Untuk maklumat lanjut sila layari laman web Zfix
Mobile Fest.
New Branch Zfix di Bangunan PKNS
Bizpoint, 67, Jalan Pumbum P7/P, Seksyen 7, Shah Alam.
No comments:
Post a Comment