Tuesday, September 16, 2025

Pergi Langkawi 3 Minggu Berturut-Turut Tapi Kali Ini Dengan Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang dah baca cerita aku pergi Langkawi with my best friend di entri sebelum ini, entri yang korang tengah baca sekarang nie merupakan sambungan percutian aku ke Pulau Langkawi kali ke-3 dalam 3 minggu berturut-turut. Tahun 2021 masa kerajaan membenarkan kita menaiki kapal terbang, berduyun-duyun orang rancang perjalanan menuju ke Pulau Langkawi. Ini termasuklah keluarga aku.


Walaupun baru je balik dari Langkawi masa nie, aku tetap pergi semula sebab tak nak lepaskan peluang bercuti dengan family. Duit mengalir bagaikan sungai. Dah lah aku tak bekerja masa nie, survive dengan duit simpanan je. Tapi tak apa, duit boleh dicari, masa yang diluangkan bersama family tidak ternilai dengan wang ringgit.

7 November 2021


Family aku akan bertolak ke Pulau Langkawi pada 8 November 2021 pada belah pagi. Aku masih berfikir-fikir masa nie sama ada nak pergi ataupun tidak. End up aku ambil keputusan untuk pergi jugak. Tapi aku pergi dengan menaiki bas sebab flight ticket masa tu dah mahal. Malam tersebut, aku pon bertolaklah ke Pulau Langkawi dengan menaiki bas dari Putrajaya Sentral. Kiranya bila aku sampai nanti, family aku pon dah dekat sana.

8 November 2021


Sampailah aku ke Pulau Langkawi. Sangat tak convenience rupanya naik bas dan feri untuk ke Pulau Langkawi. Terutama sekali sewaktu cuti sekolah atau hujung minggu. Ramai gila orang dan lembab. Rindu naik flight masa nie. Tibehh. Oleh kerana ramai orang, feri aku jam 1 petang. Padahal aku dah sampai jeti dekat Kuala Perlis tu jam 8 pagi.


Aku sampai Terminal Feri Pulau Langkawi dalam jam 2 petang macam tu. Terus menuju ke Dataran Lang sementara menunggu family aku datang pick up. Dorang tenngah berjalan dekat cable car masa nie. Siap dah selesai sarapan dekat Nasi Dagang Pak Malau lagi. Aku baru nak sampai.



Hari pertama aku tak buat or pergi mana-mana pon. Tolong family aku check in. Masa nie dorang dah book chalet dekat tempat lain. Aku insist untuk dorang tukar. Kittorang pon buat cerita, Alhamdulillah dapat balik duit deposit. Terus check in dekat Delima Beach Inn. Kebetulan 3 bilik depan swimming pool tu kosong. Terus book. Gembira beul masa nie. Aku tahu family aku mesti suka chalet nie sebab kitorang akan conquer swimming pool tu.



Malam tu, kitorang pergi makan crepe dekat Pantai Cenang. Literally hari pertama aku dekat Pulau Langkawi begitu sahaja. Tak sempat nak buat apa-apa. 

9 November 2021

Barulah masanya untuk kita teroka Langkawi sekali lagi. Rasa nak tepu sebenarnya datang Langkawi setiap minggu dalam masa 3 miggu berturut-turut. Hari kedua aku di Pulau Langkawi, kitorang pergi Island Hopping. Tapi sebelum tu, kitorng berarapan dulu dekat kawasan sekitar untuk isi perut.



Ouh ya, actually keluarga paman aku pon ikut sekali bercuti kali nie. Ini merupakan pengalaman pertama beliau satu keluarga naik kapal terbang. Seronok betul si Centol dapat naik kapal terbang. Si Centol tu kalau dpat mandi kolam atau main air, memang dia suka. Masa nie, adik dia si Ondeng belum wujud lagi. Hahaha



Setengah hari ber-island hopping, nampak gaya tak puas lagi. Kitorang sambung bermandi-manda dekat pool chalet kitorang pulak. Kitorang conquer pool masa nie sebab tak ada penginap lain. Memang tak ramai orang yang menginap dekat sini masa nie. Kalau ada pon, pasangan bercinta. Tak ada budak-budak.



Perjalanan trip aku ke Langkawi masa nie agak relax. Tak banyak sangat tempat pergi. Cuma nak santai-santai sahaja. Jadinya tak pergi banyak tempat pon. Pergi tmpat-tempat wajib je. Malam tu, kitorang keluar ke Pantai Cenang lepak-lepak. Singgah makan pizza dekat Pantai Cenang masa tu saja nak kudap-kudapan. Masa nie dah dinner dekat mana entah. Tak ingat. Agak mahal ya pizza itu. Awass !



10 November 2021

Kami terus check out dari Delima Beach Inn dan terus menujuu ke Makam Mahsuri. Actually kitorang tak masuk pon dalam nie. Hanya sekadar bergambar dekat depan pintu masuk tu sebab dorang tak nak masuk. Bosan katanya. Hahahaha


Kitorang terus menuju ke Pekan Kuah untuk membeli-belah. Hari terakhir nie memang kitorang dedikasikan untuk membeli-belah cokelat, pinggan mangkuk dan macam-macam lagi. Tak ada melawat apa dah masa nie. Cuma singgah Dataran Lang tu je then terus menuju ke airport. 


Ouh ya, pagi tu akus empat tapau Nasi Dagang Pak Malau. Dapat juga ebrgambar dengan Pak Malau masa nie tapi malaslah nak upload bab muka aku buruk. Haahahaha. Family aku just drop kan aku sekejap je dekat sini untuk aku bungkus nasi dagang bawa balik makan dalam flight. Mujur boleh bawa masuk flight tau. Ingatkan tak boleh.


Lewat petang tu, kami menaiki flight balik semula ke Kuala Lumpur. Ya, time balik aku anik kapal terbang. Tak nak naik bas dah. Serik sebab lama gila dan lembab. Naik flight sekejap je dah sampai. Tak sempat penat bontot. So itu sahajalah cerita aku ke Pulau Langkawi 3 minggu berurut-turut di tahun 2021.


Memang meriah pengeluaran duit aku masa nie. Apa-apapun aku enjoy dapat luangkan masa dengan family aku. Bukan senang naak kumpul bertujuh macam nie. Lagi-lagi bila semua dah semakin membesar dan ada kerjaya masing-masing.

Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di lain entri !

No comments:

Post a Comment