Assalamualaikum dan salam sejahtera
Lama dah tak keluar berjalan dan cuti-cuti dengan peponds-peponds nie. Nak keluar jauh-jauh nak kena merancang dan buat persiapan. So kitorang becuti dekat-dekat je yang tak ada buat persiapan sangat. Kitorang pergi berhujung minggu dekat Port Dickson Negeri Sembilan. Percutian kali nie, aku tak berapa ambil gambar sangat. Airdrop gambar dari kawan pon tidak, bila buka folder gambar bercuti dekat Negeri Sembilan nie, sumpahlah banyak gambar syok sendiri je. So terima jelah apa adanya.
Kitorang menginap dekat Homestay Si Rusa. Maaflah tak ada gambar dalaman sebab entah kenapa aku tak ingat nak ambil gambar. Bilik aku boleh memuatkan 4 orang. Satu katil queen dan satu katil single double decker. Bilik air attached. Not bad lah penginapan dekat sini, cumanya owner suka nau tengok CCTV. Kalau tak kena je, dia akan call. Hahaha.
Actually okay je dia call tu, kitorang faham je. Kami letak kain untuk tutup lampu solar dekat depan rumah tu untuk pancar LCD. Sebabkan lampu solar tu, kawasan situ jadi terang dan LCD kami tak berapa nak nampak. Tu pasal kitorang tutup guna kain. Lepastu terus owner rumah call suruh alih. Owner pon satu, buatlah lampu tu ada suis. So kalau tak nak guna, boleh matikan daripada terpasang sepanjang malam. Just a suggestion lah.
So itulah penginapan kami untuk 3 hari 2 malam. Masa nie kami pergi awal bulan November 2024. Ya, hampir setahun yang lalu. Baru ada mood nak menulis. Lepas tengok folder gambar percutian ke PD nie, hilang balik mood tu sebab tak ada gambar langsung. Kena paksa diri juga menaip dengan bahan apa yang ada. Hahaha
Sampai tu agak petang sebabnya kami gerak lepas kerja. Sape yang cuti tu, dorang dah sampai dulu dan dah set up tempat. Malam tu bermulalah aktiviti kami iaitu Ugly Phone Casing. Kami kena pakai casing nie sepanjang percutiaan kali nie. Masing-masing kena bagi casing paling hodoh dekat orang-orang yang kita dapat menerusi cabut undi.
Masing-masing dok dajal kawan-kawan. Nasiblah sape yang dapat. Malam tu juga kami tengok movie seram. Lokasi kami kira macam kawasan kampung yang ada rumah dekat-dekat, jadinya tak ada takut sangat. Kalau dekat hutan tu, fikir jugalah dua tiga kali sebelum nak tonton movie seram. Masa nielah kena tegur dengan owner rumah sebab dia nampak dekat CCTV yang lampu solar dia kena tutup dengan kain. Agak spoil sikit tapi apa-apapun, we all had fun that night!
Besoknya, kami tak keluar pergi mana-mana pon. Keluar pon cuma untuk beli barang dapur atau peralatan yang tak lengkap. Literally 3 hari dua malam tu memang duduk dekat Si Rusa Homestay tu je. Bangun pagi masak sarapan, lepastu tengahari masak untuk lunch pulak. Lunch kami meriah erk masa nie. Kemain all out walaupun tak buat persiapan sangat. Lepastu melepet semua dekat depan rumah tak tahu nak buat apa.
Kami tak tengok movie pon sebabnya tak nampak kalau pancarkan LCD time siang. Apa yang kami buat ? Kami buat aktiviti seterusnya iaitu kena bawa makanan ringan berdasarkan warna. Ada dalam 5-6 warna macam tu. Kami kena cari makanan ringan yang warna packaging dia mengikut warna yang telah dipersetujui. Kalau bawa makanan yang sama dengan kawan lain, orang tu dikira kalah. Actually tak ada pon istilah sape menang sape kalah. Saja buat suka-suka.
Sambil tu minum-minum petang dan melepet depan homestay. Mujurlah teduh je depan homestay kami nie. Matahari terlindung daripada rumah. Makanya redup.
Ouh ya, petang tu kami sempat keluar sekejap minum Chagee dan juga pergi ke kawasan pantai. Saja jalan-jalan kawasan sekitar. Agak jammed ya kawasan sini sebabnya hujug minggu. Habis masa atas jalan je untuk masuk simpang.
Malam tu kami masak BBQ dan makan sambil tengok movie seram lagi. Tengok movie kali nie tak best sanagt sebab terang gila disebabkan kami tak dapat tutup lampu solar depan rumah. Terang benderang tengok movie malam tu. Okay jelah cuma tak berapa nak feeling.
Besok paginya, macam biasa masak sarapan dan panaskan baki makanan BBQ malam tadi. Habiskan semua makanan yang ada sebabnya malas nak bawa balik banyak benda. Mana yang boleh habiskan, kami habiskan. Masa siapkan sarapan nie, boleh pula kaki aku terkena air panas. Entah macam mana kaki aku boleh tersadung masa bawa air panas. Habislah berparut peha aku sampai ke hari ini.
Siap-siap untuk balik. kemas bagi sampai bersih. Macam mana keadaan kami sampai, macam tulah kami tinggalkan bila nak pulang. Masa untuk pulang semula ke Selangor. Tema baju balik masa nie ialah bunga-bunga.
Kami tak terus balik, singgah Starbucks untuk rancang cuti seterusnya iaitu ke Phuket Thailand. Cerita Phuket nie sabar naa, banyak lagi cerita lain tak taip lagi. Kami pergi Phuket bulan February 2025. Nanti dah sampai mood nak menaip cerita tu, aku update naa.
Terima kasih sudi baca, jumpa lagi di lain entri. Bye !
No comments:
Post a Comment