Thursday, September 11, 2025

BluntSheep Melancarkan Mini Album Berjudul Di Puncak Dunia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kuala Lumpur, 8 September 2025 - Kumpulan muzik tempatan BluntSheep naungan Padu Records dengan bangganya melancarkan sebuah mini album istimewa berjudul “Di Puncak Dunia”. Album ini menampilkan empat buah lagu, termasuk lagu utama bertemakan patrio k, “Di Puncak Dunia”, yang membawa mesej perjuangan, perpaduan, dan aspirasi untuk mengangkat nama Malaysia Di Puncak Dunia.


Lebih membanggakan, pelancaran mini album ini turut mendapat sokongan penuh daripada Kementerian Komunikasi dan MyCreative Ventures, sebuah inisia f di bawah dasar Kerajaan Madani yang berperanan merancakkan bakat tempatan serta memperkukuh industri kreatif tanah air. Sokongan ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memas kan karya seni tempatan terus berkembang maju, sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Album Di Puncak Dunia lahir daripada rasa cinta yang mendalam terhadap tanah air. BluntSheep ingin menyampaikan mesej bahawa walaupun berbeza, rakyat Malaysia tetap sejiwa dan bersatu demi mengangkat martabat negara dan sebagai tanda patrio sme, BluntSheep dengan penuh bangga menukar warna gitar mereka kepada Jalur Gemilang, sekali gus menyebarkan semangat cinta negara melalui karya muzik mereka.


Mini album ini turut menjadi simbol harapan mencerminkan keyakinan bahawa Malaysia mampu terus melangkah megah, meraih kejayaan, dan berdiri sama nggi di pentas dunia. Pada masa yang sama, BluntSheep berharap album ini akan menjadi batu loncatan untuk perjalanan mereka sebagai kumpulan muzik tempatan yang ingin menembusi pasaran antarabangsa.

“Di Puncak Dunia” menampilkan empat buah lagu asli karya mereka:
  1. Di Puncak Dunia
  2. Lelah
  3. Cinta Paling Hebat
  4. Hanya Dia


Album ini kini boleh didapati di semua platorm penstriman digital utama. BluntSheep merupakan kumpulan muzik muda tempatan yang begitu muda dan aktif menghasilkan karya segar dengan mesej yang kuat. Dengan semangat perjuangan dan visi yang jelas, BluntSheep berhasrat membawa nama Malaysia ke puncak dunia melalui karya muzik mereka. Kumpulan ini dianggotai oleh tiga anak muda berusia 18 tahun iaitu Atta Rumnan, Umar Naufal dan Mosses. Pemain bass asal mereka, Dzaff, kini sedang berehat seketika bagi memberi tumpuan kepada pelajaran. Buat masa ini, BluntSheep dibantu oleh Jayden selaku pemain bass, serta Ariff Azmi sebagai gitaris kedua.


Ikuti BluntSheep di laman sosial: 
  • Instagram: @thebluntsheep
  • TikTok: @thebluntsheep
  • Threads: @thebluntsheep

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
  • Padu Records / BluntSheep Management
  • En. Hadi Tel: 016 217 3665
  • Emel: Padurecords@gmail.co






No comments:

Post a Comment