Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okay tanpa buang masa, marilah aku cerita percutian yang telah lama berlalu iaitu pada tahun 2023. Percutian ke Pulau Pangkor nie kami dah rancang lama. Dah buat persiapan itu ini, sekali covid pulak. Makanya perancangan nak ke Pangkor terpaksa ditangguhkan.
Tangguh punya tangguh, tak boleh di nie. Kena make it happen. Makanya terjadilah percutian ke Pulau Pangkor ini pada bulan August 2023. Aku dah tak berapa ingat secara terperinci, jauh sekali harga-harga penginapan atau van pink sewa semua tu. Tempat makan kami sepanjang bercuti nie pon aku tak ingat dah dekat mana.
Apa yang pasti, kitorang bertolak dari Selangor menaiki 3 kereta. Parking dekat jeti, lepastu naik feri untuk ke pulau. Sampai pulau, naik van pink untuk pergi ke tempat penginapan kami. Kami menginap di Nipah Bay Villa. Rumah dua tingkat lengkap dengan kolam renang. Cukuplah kalau pergi dengan kumpulan besar macam kami. Kami pergi 10 orang.
Tapi bentuk rumah dia tak adalah macam proper sangat. Rumah asal buat bagi aku. Sambung-sambung, letak partition itu ini, maka jadilah rumah dan bilik-bilik. Swimming pool agak keruh airnya tapi tak apa, kami okay je. Tilam pulak tak cukup. Mintak dengan receptionist sampai kesudah tak ada. Lepastu rumah dia agak berhabuk. Sebab dia cuba ketengahkan macam rumah-rumah kampung macam tu, tapi rumah jadi berhabuk teruk. Tak sarankan untuk menginap dekat sini. Kalau sanggup, silakan.
Kami memang aim untuk menginap di area Teluk Nipah sebabnya dekat dengan pantai dan banyak aktiviti petang-petang dekat sini. Jalan kaki je dari tempat penginapan kami. Kami tak sewa kereta ke apa, jadi pergerakan agak terhad. Bila menginap dekat kawasan Teluk Nipah, mudah. Semuanya dalam jangkauan.
Petang tu kami jalan-jalan kawasan pantai je. Minum air kelapa ditemani dengan tiupan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Tengah lepak-lepak nie, boleh pulak terserempak dengan sedara aku satu keluarga. Astagha, dalam banyak-banyak tempat, dekat sini juga nak bertembungnya.
Tak ada buat apa sangat pon untuk hari pertama sebab kami sampai sana pon dah petang. Sekadar jalan-jalan kawasan sekitar je. Kami tidur awal sebab nak kena bangun awal untuk aktiviti pantai pada besok harinya. Kami dah siap tempah island hopping awal-awal. Makanya, lepas bersarapan, kami terus berjalan kaki ke tempat pengumpulan. Tak jauh pon dari tempat kami menginap.
Pakej yang kami ambil ni temasuk dengan makanan tengahari sekali kalau tak silap. Semuanya kawan kami Zuzu dan Faries yang uruskan masa percutian kali nie. Smooth je aturcara sepanjang kami dekat Pangkor. Tak padat pon aktiviti sebab kami memang nak santai-santai je.
Selesai ber-island hopping, kami pon pulang semula ke tempat penginapan kami untuk berehat. Lepas dah berehat, kami keluar berjalan semula di kawasan sekitar. Petang-petng ramai berniaga dekat persisiran pantai untuk pelancong. Banyak benda pelik-pelik dijual. Bukan pelik apa, banyak benda rare dijual seperti Lempeng Pisang Warisan Pangkor bawah nie.
Ramai gila ya manusia beratur nak beli Lempeng Pisang Warisan nie. Even mat salleh pon ikut beratur untuk cuba. Tak tahulah dia nak cuba atau a repeat customer. Tapi memang sedap lempeng pisang nie. Korang kena cuba kalau lepak dekat persisiran pantai Teluk Nipah nie.
Petang tu juga, kami semua sewa motor untuk berjalan jauh sikit. Murah je sewa motor dekat sini. Kami sewa ikut jam. Bukan satu hari. Maka merempitlah kami semua malam tu. Kitorang dinner jauh sikit sambil merempit di kawasan sekitar. Takut juga bawa motor dekat Pulau Pangkor nie sebabnya jalan dia berbukit-bukit dan banyak selekoh tajam. Kena hati-hati dan brek kena makan.
Keesokkan harinya, barulah kami berjalan-jalan di kawasan sekitar Pulau Pangkor dan melawat tempat-tempat tarikan yang ada dekat Pangkor nie. Kami sewa van pink untuk satu hari. Deal dengan abang tu harga untuk pergi ke few tempat. Dia bagi harga, terus onz. Sewa untuk satu hari je. Kami pergi ke Masjid Terapung dan Masjid dengan rekabentuk masyarakat Cina.
Lepastu kami singgah ke Kota Belanda yang terletak di Pulau Pangkor nie. Kota yang ditinggalkan ketika penjajah Belanda datan menjajah. Lepastu kami singgah few tempat untuk shopping.
Lepas dah melawat itu ini dan membeli-belah, van pink hantar kamis emula ke tempat pengiapan. Kami taktah nak buat apa petang tu, terus pergi ke kafe dekat persisiran pantai dekat dengan tempat kami menginap. Habiskan waktu berjam jugaklah dekat situ sebb tak tahu nak buat apa.
Lepastu kami balik dan mandi dekat swimming pool yang keruh dekat tempat kami menginap tu. Besok dah nak balik so kita mandi buat syarat je. Takut kempunan sampai balik tak mandi dekat swimming pool. Malam tu kami keluar makan malam dekat kawsan sekitar je. Lepastu chill-chill dekat tepi pantai malam-malam. Ada busker buat persembahan. Malam dekat sini meriah.
Masa untuk check out dari tempat penginapan yang agak hazab nie. Tunggu van pink datang pick up untuk bawa ke jeti. Sampai jeti kami naik feri untuk pulang semula ke tanah semenanjung.
Kami buat final shopping sikit sementara tunggu waktu feri kami berlepas. Tak sempat nak makan tengahari sebab nak kena naik feri. Kami singgah makan lepas dah sampai dekat jeti tanah semenanjung. Lepastu masing-masing beransur pulang ke rumah masing-masing.
Maka dengan itu tamatlah percutian kami ke Pulau Pangkor pada tahun 2023 yang lalu. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di lain entri.
No comments:
Post a Comment