Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie nak cerita pergi bermandi-manda di Lata Tengkoh Penyel yang terletak dekat Perak. Kejadiannya pada bulan Oktober tahun 2023. Ya, tahun 2023. Korang tak silap baca. Aku pon tak tahulah kenapa baru sekarang rajin nak menulis cerita nie. Korang baca jelah erk. Jangan banyak songeh.
Sumpah weyh, trip kali nie memang last minute gila. Tujuannya hanya nak mandi air terjun je disebabkan asyik ternampak orang post sana sini dekat Tiktok. Biasa memang aku pergi berdua dengan my bestfriend nie, tapi trip kali nie kita angkut sekali kakak and adik perempuan aku. Kebetulan dorang free.
Nak ke sini, ya Allah jauh betul ya. Kami sampai sana memang dah petang sangat. Chalet yang kami inap pon cuma satu, kongsi 4 orang. Barang-barang apa semua jenis tak beriya. Sekadar bawa apa yang ada dan sempat ambik. Even makanan pon tak prepare apa sangat.
Nama chalet yang kami inap ialah Chalet Gapeh Hulu. Murah gila harga chalet dekat sini. Kalau korang nak datang ke Latta Penyel, korang boleh pilih untuk menginap dekat sini. Tapi make sure buat persiapan yang jitu. Makanan bagi cukup. Bawalah water heater atau tempat-tempat untuk ber-BBQ. Kira macam proper bercamping lah. Jangan lupa juga bawa selimut sebab bila dah malam sejuk gila ya. Sleeping bag pon jangan lupa bawa sebab ada nyamuk.
Bab tandas jelah mungkin korang tak selesa sikit. Bagi aku okay je. Asalkan tidak rasa nak membuang. Kalau betul-betul emergency, baru aku sanggupkan diri untuk membuang. Kalau tidak, just tahan jelah. Chalet dia nie tengok memang menakutkan. Rasa macam, kukuh ke idakk ? Hahahaa. InsyaAllah kukuh je. Tilam cuma ada dua sebab chalet nie memang untuk dua orang. Tapi kami sumbat empat orang sekali. Muat je cuma tilam je ada dua.
Mujur masa sampai tu ada kedai masih buka. Kedai tu hanya buka siang je, malam dah tutup. Sempatlah kami bungkus makanan untuk makan malam. Dekat dalam nie, memang tak ada apa-apa. Kedai jual barang pon jauh gila. Jadinya, kenalah bersiap sedia bab makanan. Sayang sangat masa nie kami tak prepare apa-apa. Nak minum air panas pon tak ada. Rasa sedikit ralat lah. Kalau lah kami betul-betul prepare, mesti best. Tengok chalet orang lain bukan main meriah. Berasap sana-sini. Kami yang ado.
Ouh ya, ada kucing gemok sibuk je duduk dekat chalet kitorang. Dia dok temankan kami malam tu. Gemok sangat kucingnya. Dahlah manja. Bersih pulak tu. Rasa macam nak bawa balik. Tapi aku rasa kucing nie milik tuan punya chalet sebab gemuk. Tak nampak macam kucing terbiar.
Pagi-pagi kami dah bersiap untuk pergi bermandi-manda dekat Lata Tengkoh Penyel. Tapi sebelum tu, kami rendam-rendam kaki dulu dekat sungai depan chalet nie buat raso-raso. Entah bila dapat ke sini lagi. Semalam masa sampai, hari dekat nak maghrib. Tak sempatlah nak mandi dekat sungai nie.
Lepas dah celup-celup kaki, kami terus check out. Tak perlu bagi kunci ke apa, tinggal macam tu je. Sangat sempoi chalet nie. Masa nak check in, simple je. Sebab chalet nie jens tidak ada kunci. Korang kunci dari dalam chalet je. Even dekat kaunter pon tak ada orang jaga. Kalau nak apa-apa, call je nombor yang dorang tulis dekat papan.
Tak jauh pon nak pergi Lata Tengkoh Penyel dari Chalet Ghapeh Hulu tu. Sangat-sangat dekat. Nak pergi ke Lata Penyel nie, kena berjalan kaki sedikit. Tak adalah istilah mendaki sangat sebab macam tak berapa nak mendaki. Tapi kena berjalan kaki sedikit. Easy hike orang kata.
Tak lama pon mendaki nie. Dekat sini pon ada chalet untuk pengujung menginap. Tak tahulah rate chalet sini berapa. Mungkin mahal sedikit sebab literally dekat gila dengan air terjun Lata Tengkoh Penyel nie.
Ya Allah memang cantik gil. Air dia sejuk sangat. Mujur masa kami datang nie, tak ramai sangat orang sebab bukan waktu cuti sekolah. Nak buat video healing pon best sebab tak ramai orang. Beriya siap bawa kerusi healing konon macam nak healing, walhal tak lama pon mandi. Sejuk sangat sampai menggigil badan dibuatnya.
Masa nak masuk tadi, ada orang jual buah koko. Dekat sini banyak betul pook koko. Oleh kerana kami tak bawa apa-apa makanan untuk dimakan, kami pon belilah. Seriously lapar sebab tak bawa makanan proper. Kalau bawa banyak makanan, mahu lama kami dekat Lata Tengkoh Penyel nie. Lepas dah mandi-manda, perut jadi sangat lapar ya. Makanya kenalah keluar dari sini untuk cari makanan.
Kami salin baju dekat kereta je. Lepasu terus bertolak balik ke Selangor. Tapi sebelum tu, kami singgah Ipoh makan Fluffy Souffle. Ya Allah sedap sangat !! Sangat disarankan untuk singgah makan dessert dekat sini. Ramai gila orang datang makan dekat sini. Kena beratur dan tunggu giliran untuk dapat tempat duduk.
Itu sahajalah penggembaraan kami ke Lata Tengkoh Penyel yang tak ada apa-apa persiapan. Akan datang lagi insyaAllah. Tapi next time kena betul-betul sediakan barang sesungguhnya. Barulah best dan syok. Apa-apa pon, terima kasih sudi membaca. Jumpa lagi di lain entri.
No comments:
Post a Comment