Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pada 24 April 2025, seiring dengan pengumuman keluar keputusan SPM, PTTI Group Sdn Bhd menganjurkan satu majlis
penghargaan bertempat di Bangi Golf Resort bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar PTTI
yang menunjukkan peningkatan cemerlang dalam keputusan SPM 2024. Dalam majlis ini,
PTTI mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya
memperoleh Straight A dalam peperiksaan SPM 2024.
Seramai 13,469 pelajar PTTI telah mencatat peningkatan prestasi yang membanggakan tahun
ini, dan PTTI mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A.
Sepanjang tahun 2024, lebih daripada 179,000 pelajar di seluruh negara telah mendapat
manfaat daripada program dan kelas anjuran PTTI — termasuk melalui kelas percuma,
seminar, bimbingan akademik, dan program motivasi.
Sebagai sebahagian daripada usaha memperkasakan pendidikan negara, PTTI telah
menjalankan lebih 300 siri School Tour ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia serta lebih 10
sesi Roadtour SPM PTTI di negeri-negeri terpilih. Pelajar boleh melayari www.ptti.my untuk menuntut RM500 atau mendapatkan konsultasi
pendidikan percuma daripada PEC.
Sementara itu, bagi calon SPM Batch 08, PTTI melancarkan program Seminar Gelombang G
ke Straight A PTTI yang berlangsung secara atas talian selama 5 hari, bermula dari 24 hingga
28 April 2025. Tiket boleh diperoleh secara percuma di laman rasmi PTTI.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal Nabila Razali dan Bella
Astillah yang hadir memberi inspirasi kepada para pelajar.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman,
“Ramai parents nak bantu anak faham subjek SPM tapi tak tahu cara yang betul. Kami di
PTTI dengan pengalaman lebih 10 tahun yang terbukti, percaya kami ada platform yang tepat
untuk bantu calon SPM, lebih-lebih lagi bila peperiksaan diawalkan tahun ini. Harapan kami
di PTTI adalah untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya tukar gred Gagal ke
Straight A pada tahun ini.”
Tahniah buat semua pelajar yang mengambil SPM tahun lalu dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Untuk yang tidak berapa cemerlang, ketahuilah SPM bukanlah penghujung. Ia hanyalah titik permulaan untuk kalian mencorakkan hidup. Selamat maju jaya!
Untuk maklumat lanjut, layari www.ptti.my atau hubungi pasukan media PTTI
No comments:
Post a Comment