Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hari raya dah melabuhkan tirai, jadi sudah tiba masanya aku menceritakan kemeriahan hari raya aku untuk tahun 2025 nie. Tak adalah meriah mana, tapi Alhamdulillah masih dapat berkumpul satu keluarga macam selalu.
Tahun nie merupakan tahun kedua kami beraya tanpa Tokki dan Wek. Tapi tetaplah balik kampung sekejap tengok adik bongsu ayah sebab dia tinggal sorang-sorang dekat kampung tu.
Hari Raya Pertama
Macam biasa, hari raya pertama beraya di Banting. Tahun nie agak sistematik sikit kami beraya bila ada yang lead mengetuai konvoi raya keluarga besar Nyai Islah. Not to say raya sebelum nie carca meraba, tapi tak berapa nak terjaga sebab macam tak ada arah tujuan. So timing pon banyak lari dan sebagainya. So tahun nie, memang dah rancang cantik punya. Hari raya rumah siapa dan jam berapa. Bab waktu nie, keluarga Pakcik Azis angkat tangan dulu sebab keluarga aku selalu lambat. Awass.
Lokasi pengumpulan keluarga besar Nyai Islah ialah di Bukit Pelandok, Negeri Sembilan. Rumah anak kedua Nyai Islah. Alhamdulillah semua adik-beradik sembilan-sembilan dapat berkumpul di sini tahun nie. Agak terkejut juga sebab kuota cukup. Biasanya ada satu dua yang tak ada. Tapi tahun nie, cukup kesembilan mereka ada.
Seterusnya kami beraya di rumah anak ketiga Nyai Islah di Labohan Dagang, Selangor dan rumah anak pertama di Kanchong Darat, Selangor. Untuk hari raya pertama nie, kitorang beraya rumah anak-anak Nyai Islah yang tua-tua dulu. Tapi belah malam, kami beraya rumah adik ibu, anak ketujuh Nyai Islah. Rumah sedara-mara kitorang yang dekat Kanchong nie, sebelah-sebelah je. So penutup hari raya pertama kami beraya rumah paman aku sebelah rumah.
So seterusnya, korang tengok jelah gambar-gambar ya. Malas pulak nak menaip sangat, plus tak setiap hari aku keluar pergi beraya. Aku kalau boleh setiap hari nak keluar pergi beraya sebab banyak gila baju melayu yang jarang pakai dan tak pernah pakai. Tapi nak buat macam mana, tak tahu nak pergi beraya rumah siapa selain dari rumah sedara-mara sendiri. So aku cerita atau bubuh gambar mengikut apa yang ada dalam phone aku jelah ya.
Hari Raya Kedua
Pergi beraya rumah adik ibu dekat Sijangkang, Selangor.
Hari Raya Ketiga
Hari raya ketiga hari menerima tetamu dari Jempol Negeri Sembilan. Tak pergi beraya mana-mana.
Hari Raya Keempat
Sama juga, tak pergi beraya mana-mana. Hari nie juga hari menerima tetamu.
Hari Raya Kelima
Ini kalilah kami keluar beraya ke Batu Belah, Klang dan juga Jempol Negeri Sembilan. Hari raya kelima nielah baru kami satu keluarga balik kampung di Pahang. Sampai Pahang lewat malam dan agak terkejut sebab dah banyak perubahan pada rumah Tokki dan Wek.
Rasa dah hampir dua tahun kami tak balik semenjak Tokki dan Wek meninggal tahun lepas. Yang penting, tandas dekat kampung dah cantik dan selesa. Tapi sayanglah sebab sekarang dah jarang balik. Kalaulah tandas cantik macam nie dari dulu lagi, kitorang boleh balik setiap bulan. Hahahah
Hari Raya Keenam
Masa untuk pulang semula ke Selangor sebab hari Isnin dah mula masuk kerja. Sebelum balik tu singgah beraya beberapa buah rumah. Sampai Banting lewat malam sebab highway Karak jammed teramat sangat.
Honorable mention, beraya di office.
Tahun nie raya tak banyak ambil gambar. So itu sahajalah nak cerita. Kbye!
No comments:
Post a Comment