Monday, February 11, 2019

Cuti Tahun Baru Cina Di Sunway Lagoon

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cuti panjang sempena Tahun Baru Cina hari tu korang buat apa dan pergi mana ? Lama cuti takkan duduk rumah aja kot. Bukan selalu dapat cuti panjang macam nie. Macam aku, aku luangkan waktu cuti aku berjimba di Sunway Lagoon. Lama betul tak datang sini, jadi aku ambik kesempatan cuti panjang nie untuk ke sana sebab katanya banyak aktiviti tambahan menarik untuk dilakukan bersempena sambutan Tahun Baru Cina nie. Ikuti butirannya !


Disebabkan sudah lama aku tak jejakkan kaki ke Sunway Lagoon, jadinya aku berasa sedikit teruja. Awal pagi aku sudah terpacak di depan pintu masuk. Pengunjung disambut dengan tarian daripada penari-penari yang berpakaian serba merah di depan pintu masuk. Tarian ini dipanggil "Welcome Dance Prosperity For All". Memang meriah betul. Tarian nie merupakan tarian pembukaan yang mana ia hanya dilakukan pada jam 9.50 pagi hingga 10.00 pagi sepanjang 1 February sehingga 19 February nie. Jadi, kalau korang nak menyaksikan tarian istimewa nie, kenalah datang awal.


Sebelum meneroka keseronokkan Sunway Lagoon, aku sempat mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama God of Prosperity, Captain Quack, Lady Quack dan penari-penari persembahan pembukaan tadi. Dorang berada betul-betul berhampiran dengan pintu masuk.


Sebelum bermandi-manda, kita main permainan kering terlebih dahulu. Banyak permainan kering yang ada dekat Sunway Lagoon nie. Dan kebetulan masa aku pergi nie, tak ramai sangat orang. Jadi seronok sikit sebab tak perlu beratur panjang. In fact, tak perlu beratur pon. Datang terus main. Hihi.

Banyak jugak permainan yang kitorang main. Rasa dah puas, kitorang pergi tengok Animal Show pulak.


Terhibur sungguh melihat gelagat burung-burung yang sangat bijak di dalam pertunjukkan ini. Dahlah comel-comel, berwarna-warni pulak tu. Macam manalah agaknya mereka latih burung-burung ini/ Sangat penasaran untuk tahu.


Di kawasan ini juga, terdapatnya beberapa haiwan lain seperti kura-kura gergasi, arnab, pelbagai jenis ayam, kambing dan banyak lagi. Yang seronok tu, korang boleh sentuh dan pegang haiwan-haiwan nie. Nak bergambar pon boleh tau.


Sebelum aku bermandi-manda, aku sempat menyerlahkan kreativiti aku dalam seni pasir yang disediakan berhampiran surf beach di Sunway Lagoon nie. Sand Art Workshop nie hanya ada sempena sambutan Tahun Baru Cina nie. Pengunjung boleh memilih lukisan yang mereka mahukan dan warnakan menggunakan pasir berwarna-warni yang disediakan. Aktiviti ini adalah percuma ! Boleh datang ke surf beach bermula jam 12 tengahari sehingga 2 petang.


Selain itu, juga terdapat persembahan Majestic Drum Show di kawasan surf beach ini. Pengunjung akan dihiburkan dengan paluan gendang-gendang daripada sekumpulan penggendang. Kuat sungguh ya paluan gendang nie.


Seterusnya barulah aku bermandi-manda. Memang puas betul dapat berendam lama-lama. Paling seronok bila air berombak. Sangat seronok ! Ibarat betul-betul macam berada di pantai.


Ouh ya, bila kolam dipenuhi dengan manusia sebab semua nak menikmati deruan ombak buatan di kolam tu, aku ambil kesempatan ini untuk mencuba permainan kering yang terdapat berhampiran dengan surf beach nie. Antaranya ialah Bungy Trampoline dan juga Paintball.


Bungy Trampoline nie best gila tapi agak sedikit "senak" ya untuk lelaki. If you know what i mean. Hahahaha.

Habis main, sambung berendam semula. Lepastu aku terus siap-siap nak balik. Sebabnya dah lewat petang. Tapi sebelum balik tu, aku sempat singgah ke Tigerland untuk melihat harimau putih yang ada di sini.


Sungguh indah ciptaan Allah yang satu ini. Aku sangat suka melihat haiwan eksotik seperti ini. Bukan senang ya nak jumpa harimau putih. Untuk pengetahuan korang, harimau putih merupakan salah satu spesis haiwan yang terancam.


Dan sebelum balik, aku sempat naik sekali lagi roller coaster di sini. Roller coaster di Sunway Lagoon nie tak berapa nak mencabar dan menyeramkan. Jadilah kan, daripada tak ada. Aku ingat lagi, dulu ada satu roller coaster yang sangat menyeramkan dan tinggi kat sini. Dulu nak naik, tak lepas ketinggian. Maklumlah, masa tu masih kanak-kanak. Bila dah dewasa nie, benda tu dah takde pulak. Sayang sangat.


Memang puas sangat bermain satu hari di Sunway Lagoon. Rasa macam tak nak balik. Seronok dapat luangkan masa cuti-cuti nie di Sunway Lagoon. Budak-budak emsti suka datang sini. Ajaklah anak-anak korang ke sini sementara sambutan Tahun Baru Cina berlangsung di Sunway Lagoon nie.


Boleh dapatkan butiran harga tiket masuk pada gambar di bawah. Sambutan Tahun Baru Cina Best Reunion Ever di Sunway Lagoon ini berlangsung dari 1 February sehinggalah 19 February 2019. Jangan lepaskan peluang ini.


Butiran lanjut boleh layari laman sesawang Sunway Lagoon


19 comments:

  1. Wah!! Bestnyer main trampolin.. AM x sempat nak rasa lompat2 cenggitu.. Banyak abis kan aktiviti air je.. Hehehe.. Mmg menarik gak Promotions hingga 19 Februari nie yea.. Leh la AM bawa anak2 pulak ke sana..

    ReplyDelete
  2. Lama gila tak pergi Sunway Lagoon. Zaman sekolah dulu kot hahaha. Banyak nya benda2 baru yg menarik. Animals tu tetap jd pilihan sbb anak2 mmg suka animals.

    ReplyDelete
  3. wahhhh bestnya. last pergi Sunway Lagoon 2013. kalau dah masuk Sunway Lagoon, memang 1 hari suntuk la dekat dalam tu, best sangat sebab banyak aktiviti. waktu pun cepat je berlalu dekat dalam tu.

    ReplyDelete
  4. wah. simpan impian jer nak ke sini, zharif.
    tunggu Izzat besar skit. nak make sure ketinggian dia sufficient utk dia main semua, or hampir semua.
    last dulu aida jejak sini was year 2000 tau.
    masih blaja di U. gi sini release tension dgn kawan2.

    ReplyDelete
  5. best yer jalan2 cuti CNY ke Sunway Lagoon. tak pernah jejak kaki kat sini lagi. teringin nak bawa nak2 teroka macam2 aktiviti best dan menarik di Sunway Lagoon.

    ReplyDelete
  6. Cuti Raya Cina akak gi JB je. Tak jauh mana. Wahhh harimau putih tu rasanya ada kat Chiang Mai kat zoo dia. Dia putih sebab albino ke tu?. Trampoline tu takutnya haiiii.....mau tinggi leh lompat tu....best tarikan sunway lagoon sekarang ni. Dulu tak macam ni tau....

    ReplyDelete
  7. Zharif nak tau x..akak masuk sini last 2009 masa tu Dania baru umur 5 tahun..hahaha...ni semalam dia nampak kat ig zharif dia dah berzikir nak pergi sini..akak cakap lepas PT3 la kalau nak pergi..sekarang dia kena focus dulu belajar..sekarang kat situ dah ada macam- macam benda best kan...

    ReplyDelete
  8. I have not gone to Sunway Lagoon for such a long time. Would love to go there again one day with my family. :)

    ReplyDelete
  9. Bestnya zharif dapat ke sana.
    Akk kalau dapat ke sana, bab mandi tu kureng sikit.
    Suka jelajah ke tempat mini zoo ke. Haha
    Tapi cuti baru.ni duduk rumah je.
    Rehat. Sebab baru lepas operation..

    ReplyDelete
  10. Ooooo patut lah nampak update kt IG kemaaahen aritu yer. Untong laaar. Heheh. Tp sunway lagoon ni mmg best utk bawak famili kan. Kalau utk org yg x mo sesak2 jem keluar bercuti tpt lain.. sini mng seronok bwk budak2. Mak pak bdk pun seronok aih

    ReplyDelete
  11. Bestnya raya kat Sunway Lagoon kita pun tak pernah terfikir nak raya kat sana hehehehe tapi kita raya kat Kg jer... Best lama tak masuk sunway ni dah banyak yang baru dan menarik kena pergi lah cuti nanti...

    ReplyDelete
  12. Wahhh tetiba masa ni rasa kembali jadi kanak2 ehhh...hahahahaa...tp mmg best laa dpt p bercuti kt sunway lagoon ni...Bonda dah lama xpegi...next plan kena masukkan ni dlm artinetily

    ReplyDelete
  13. Bestnyaaaaaa sambut cny kat sunway lagion. Fav place untuk gathering famili dan kawan2.. akk klu pergi blh spent the whole day kat sini hehehe

    ReplyDelete
  14. Lama dah tak ke Sunway Lagoon ni, mesti best kan sambut CNY kat sana. Sis cuti ni tak kemana mana pun, buat taik mata je kat rumah..ummm bosan kan..:D

    ReplyDelete
  15. Walaupun dah duduk selangor 10 tahun, tak pernah jejak kaki kr sini. Padahal bukan jauh pun huhuhu. Teringin jugak sebenarnya bak pergi

    ReplyDelete
  16. Bestnya dpt berendam lama-lama. Lama gak tak ke Sunway Lagoon, dah lebih 5 thun tak kesana. Mesti lebih menarik skang ni kan. Yang paling ketara, harga tiket dah jauh berbeza..hehe

    ReplyDelete
  17. Ala. Nape tak ajak saya hari tu sebab Rawlins pun mereput je aritu. Bestnya mandi manda. Next time ajak Rawlins please

    ReplyDelete
  18. Sunway lagoon sememangnya memang best! Lagi best kalau dapat ke sunway lagoon time takde orang dan perancangan nak main mana dulu tu sangat pentingkan.

    ReplyDelete
  19. Suka dengan sunway ni sebab deorang suka buat promotion macam ni. memang berbaloi nak datang dengan combo yang deorang tawarkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...