Wednesday, September 11, 2013

Ujibakat pembaca berita RTM

Assalamualaikum

Percaya atau tidak, siang tadi (10 sept) aku pergi ujibakat sebagai pembaca berita. MashaAllah, huru-hara jiwa aku masa tu tahu tak. Tak rancang pon nak pergi ujibakat. Hanya terlalu booth RTM dan akak-akak yang jaga booth RTM tu pelawa suruh ujibakat. Kawan aku yang beriya nak cuba. Aku cuma mengikut je, sudahnya aku pon ikut ujibakat sekali. Lol.


Tengah mengisi borang-borang tu, aku masih ragu betul ke apa yang aku buat nie ? Ya Allah aku rasa nak lari je masa tu. Dah siap isi borang, kami tunggu giliran. Ada briefing dahulu macam mana nak buat. Ayat pendahuluan dan penutup, tiada dalam skrip. Kene pandai-pandai reka.




Tunggu punya tunggu, maka tibalah masa giliran aku. Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, hai saya Zharif Azis, melaporkan untuk 1News. Gituhh ! Then terus baca skrip sambil menghadap kamera.


Tidak mudah ya untuk jadi pembaca berita. Banyak benda nak kena fikir. Fikir kamera, fikir skrip, fikir alunan dan sebutan perkataan. Mata-mata pula ramai yang memerhati. Sumpah malu dan nervous sangat. Sampaikan tangan aku menggigil masa baca berita tu. Abang cameraman dan kru pon perasan. Hahahaha.


Kru-kru sangat baik dan sporting. Superbly friendly and funny. Jadi tak adalah kita makin rasa nervous dalam ruang menunggu tu. Dalam tu memang tekanan betul sebab peserta lain pon melihat kita baca berita.


Masa habis ujibakat tu jam 5.40 petang. Kitorang berdua dah lambat untuk ke kelas. Kawan aku tu kelas di kampus baru je, jadinya dekatlah. Aku nie kelas di kampus lama. Kena naik bas ke sana. Nasib baik tak kene marah dengan madam. Dahlah first class dengan madam. Awal-awal dah buat rekod buruk. 1 jam lewat ya, sangat tak patut zarep.


16 comments:

  1. Ok lah tu dik.. pengalaman tu.. rupa dah ada. apa salahnya cuba bakat kann ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp, cuba-cuba bakat mne lah tau kot-kot sangkut. huhu

      Delete
  2. haha.. nice one bro. bukan senang nak dpt pengalaman camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann, xpernah terfikir pon nk jalani ujibakat as pmbaca berita. hahaha =D

      Delete
  3. haha lawak, aku dok gelak ja dr atas sampai habis. x pe pengalaman tu yg penting. pasaipa hang describe diri hang cenggitu? lawak n klo aq classmate hang, aq x mao kawan dgn hang ni. haha. tulisan kao memang cantik kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasal, entah apa yg aku fikir masa tu pon aku tak tau, boleh pulak describe diri mcm tu, menempah maut lh kn jawabnya. uwaaa takot arr xde kwan.thanx asyirah =)

      Delete
  4. wah dah jadi pembaca berita pulak ye?permulaan yang baik tu..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ujibkat je, bukannya dah jadi pon =P thanx paris

      Delete
  5. ade kekosongan lagi ke ?

    ReplyDelete
  6. Cheq teringin juga nak masuk uji bakat penyampai berita rtm.Tapi untuk radio jelah.Hihi
    Depan camera segan pula muka.Harap2 suatu hari nanti ada rezeki.Insyaallah..Insyaallah.Amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini