Wednesday, May 28, 2014

Subjek Pengurusan Ko

Assalamualaikum

Alhamdulillah Isnin lalu merupakan kelas yang terakhir untuk subjek nie. Lega rasanya. Sebenarnya subjek Pengurusan Ko nie tak wajib pon untuk aku ambil sebab aku bukan ijazah pendidikan, ia wajib untuk pelajar-pelajar ISMP. Tapi menggedik tangan tu nak juga ambil subjek nie, merasalah hazab dia. Subjek nie bukan susah pon, cumanya renyah dan leceh sebab banyak benda nak kena buat. Satu kuliah nie dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan kena buat satu program. Semua orang kena ikut serta setiap aktiviti yang dianjurkan oleh setiap kumpulan.

Monday, April 28, 2014

Kad Pengenalan Baru

Assalamualaikum

Baru-baru nie, aku buat kad pengenalan baru. Sudah tiba masanya untuk aku tukar kad pengenalan aku nie. Umur pon dah menjangkau usia 21 tahun, jadinya kad pengenalan lama dah tidak valid. Bukan nak cakap apalah kan, tapi serius rasa nak menangis tengok IC baru aku nie. Aku syak, akak yang ambil gambar aku tu, dia malas nak edit kot. Merah padam muka aku pasaipa. Dah lah benda nie permanent. Adoiii

Tuesday, April 15, 2014

Makan meatball di IKEA

Assalamualaikum

Terimalah cerita tertangguh ini akibat ada lori jahanam mana entah pergi langgar wayar telefon rumah aku dekat luar tu sampai putus. Tak sedar lori tinggi, nak juga lalu jalan sempit. Lepastu main lari je pulak tu. Kuasam betul. Habis internet tak boleh nak guna. Now dah ada dekat UPSI baru boleh update.

Monday, April 7, 2014

Health Exhibition Day, PSYCH UPSI

Assalamualaikum

Pada 3 April yang lalu, kami pelajar psikologi yang ambil subjek Health Psychology kena anjurkan satu projek yang diberi nama Health Exhibition Day di mana program ini bertindak sebagai salah satu langkah untuk dedahkan pelbagai jenis penyakit kepada khalayak ramai. So that people would aware about many type of diseases and take precaution steps from that. Tibehhh tulis English.

Friday, March 14, 2014

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2014

Assalamualaikum

Pada hari Rabu yang lalu, fakulti saya, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia ( FPPM ) telah mengadakan satu majlis anugerah kecemerlangan pelajar bagi meraikan pelajar-pelajar fakulti yang memperolehi PNGS 3.75 dan ke atas pada semester 1 dan semester 2 tahun lalu. Alhamdulillah rezeki. Dapatlah merasa naik pentas ambik anugerah dekan.