Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku pasti ramai di luar sana yang masih tidak cakna akan terma Fuku-Bukuro ini. Okay, Fuku-Bukuro atau dalam bahasa mudah fahamnya ialah bermaksud "fortune bag". Ia merupakan tradisi masyarakat Jepun di mana di dalam bag ini penuh dengan kejutan yang mana ia mempunyai pelbagai barangan yang bernilai lebih daripada harga yang dijual. Fuku-Bukuro ditawarkan setiap awal tahun setiap tahun baru sebagai simbol untuk menghargai para pelanggan. Barangan di dalam bag ini bergantung pada jenis kedai yang menawarkan Fuku-Bukuro ini. Kalau kedai pakaian, maka pakaianlah isi di dalamnya. Kalau kedai mainan, maka mainan lah isi di dalamnya dan begitulah seterusnya.
TAWARAN FUKU-BUKURO A.K.A FORTUNE BAG DI KURASI MALAYSIA
Tahun ini, KURASI Malaysia selaku salah sebuah jenama kedai pakaian Japan tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan promosi tradisi masyarakat Jepun ini. Buat rakyat Malaysia, inilah masanya untuk kalian merasai kegembiraan menyambut tahun baru dengan membeli bag yang penuh dengan kejutan ini. Bag bertuah KURASI MALAYSIA ini akan dijual mulai 1 Jan sehingga 5 Jan 2020. Stok bag Fuku-Bukuro ini adalah terhad. Terhad satu bag untuk setiap pelanggan.
Tapi maaf, isi di dalamnya tak dapat aku bagi tahu. Apa yang aku boleh cakap, sangat berbaloi kalau korang beli "Fortune Bag" ini. Harga jumlah barangan di dalamnya melebihi RM 500 ringgit tapi korang perlu bayar RM100 je. Berbaloi kan ?
Pembeli hanya boleh pilih saiz sahaja. Fortune Bag ini terdapat dalam pelbagai saiz, dari saiz M sehinggalah saiz XL. Walaupun biasanya aku pakai saiz S, tapi baju-baju di Kurasi ini, aku boleh muat dengan saiz M. Apa-apa pon, pengunjung boleh cuba dahulu baju-baju yang terdapat di sini, dan tentukan saiz mana yang bersesuaian dengan korang.
TAWARAN PROMOSI FUKU-BUKURO a.k.a FORTUNE BAG
Bermula : 1 Januari sehingga 5 Januari 2020
**Stok adalah terhad. 1 bag untuk 1 pelanggan
Size : M, L dan XL
Kategori : Kanak-kanak lelaki dan perempuan, Dewasa Perempuan dan Dewasa Lelaki
Harga :
Fuku-Bukuro Dewasa : RM100
Fuku-Bukuro Kanak-kanak : RM50
Harga :
Fuku-Bukuro Dewasa : RM100
Fuku-Bukuro Kanak-kanak : RM50
KURASI MALAYSIA AT QUILL CITY MALL, KUALA LUMPUR
KURASI menapak di Malaysia bermula bulan September yang lalu. Ia merupakan satu-satunya cawangan di Malaysia dan berharap akan membuka lebih banyak lagi cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan juga seluruh Malaysia. Ia merupakan sebuah gedung pakaian untuk pelbagai lapisan umur untuk lelaki dan juga perempuan. Juga ada menjual kelengkapan isi rumah yang lain. Pokoknya, macam-macam ada !
Section pertama yang aku tuju sudah pastilah bahagian pakaian lelaki. Hal ini kerana terdapat banyak tawaran istimewa sempena jualan akhir tahun Kurasi Malaysia. Pakaian dan barang-barang terpilih dapat diskauns ebanyak 30% tau ! Memang shoping sakanlah aku masa nie.
Pelbagai jenis pakaian dijual di sini. Pakaian formal, pakaian santai, pakaian musim sejuk, pakaian sukan, pakaian bilik tidur dan macam-macam lagi. Cakap je nak apa, semuanya ada di bawah satu bumbung KURASI nie.
Harganya pula berbeza mengikut material dan style. Material pakaian di sini sangat tiptop dan juga selesa. Sesuai untuk dipakai sepanjang hari tanpa rasa rimas dan belengas. Sangat-sangat selesa !
Di samping itu juga, terdapat jualan buy 1 free 1 untuk barangan terpilih. Jadi jangan lepaskan peluang ini untuk sambar pakaian pilihan anda. Macam-macam ada dan pasti membuatkan anda rambang mata.
Kesemua pakaian di sini saiz bermula saiz M dan keatas. Walaupun tiada saiz S, tapi pakaian bersaiz M, muat untuk aku pakai kerana biasanya aku akan memakai saiz S. Pengunjung boleh mencuba pakaian terlebih dahulu untuk pastikan saiz mana yang sesuai untuk badan anda.
Jom ramai-ramai datang ke KURASI Malaysia di Quill City Mall sempena tahun baru ini untuk dapatkan Fortune Bag dan nikmati 30% diskaun. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, boleh layari laman sesawang mereka di,
Website : https://www.kurasi.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/kurasimalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/kurasi_malaysia/
KURASI MALAYSIA, QUILL CITY MALL
Tingkat 1, No. 1018, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur
Waktu Operasi : Dibuka setiap hari (10.00 AM - 10.00 PM)
Saksikan pakaian-pakaian yang aku sempat cuba ketika kunjunganku ke sana dan ia juga menjadi clue untuk kalian kerana baju-baju yang aku cuba ini ada terdapat dalam Fortune Bag tersebut. Hihi
Woahh nice juga pakaian-pakaiannya ya. First time dengar tentang jenama ni. Nanti kalau ada masa nak tengok-tengoklah. Banyak rasanya yang macam berkenan di hati lepas baca entri Zharif ni. Hehe.
ReplyDeletewah..menariknya. Berbaloi tu denga rm100 dpt produk rm500. Pakaian die pun nampak stylo la..siapa suka fesyen mesti serbu sini
ReplyDeleteMenarik dan first time dengar tentang Kurasi ni. Kalau kerusi tau la . Hehehe.. Tertanya-tanya jugak isi dalam Fuku-Bukuro tu. Tapi nak kena ke KL la pulak.. Jauhnye ka haii..
ReplyDeletewoww..baju dia best giler tengok..boleh cari untuk baju kanak-kanak ni..syokkk..nanti boleh terjah la..
ReplyDeleteHarga yang affordable, thank you for sharing
ReplyDeleteTettt apa yang dalam beg tu sampai dirahsiakan hehehehe wakakka kita kalau datang sana ada saiz tak heheh takut pergi tempat macam ni nak pilih saiz jer malasa awak lain lah semua boleh pakai hehehehehe...
ReplyDeleteKurasinninbos dia sama dengan JJJ ke wak? Tak pernah dengar sebenarnya pasal Kurasinni so pasni boleh la ke sini lak nak soping baju dan beg hahaha
ReplyDeleteBaru tau pasal fuku-bukuro ni. Ala nape takleh bagitau. Mesti dapat pakaian kan? Hihihi.
ReplyDeletebaru tau pasal ni. mahal gak hadiah yg dapat tu sampai harga rm500. best tu
ReplyDeleteeee geramnya tak dpt tengok isi dia hahahahah tapi bestnya, mcm kita beli hadiah untuk diri sndiri, tapi dgn harga yg kaw2 jimaaat
ReplyDeleteomg suspense giler. dia bg baju ke? saiz dia plak camne? omg stressssss
ReplyDeleteHamboiii, dia posing dah mengalahkan model dah. Kalau nilai keseluruhan mencecah rm500, memang berbaloi sangat-sangatlah!
ReplyDeleteNice design of the clothes! Mouse mommy also wanna visit to shop for CNY! Thank you !
ReplyDeleteBanyakbetul gedung jualan pakaian jepun kat Malaysia ni kan.Nanti nak pergi usha la apa yang menarik untuk dibeli kat sini.
ReplyDelete