Assalamualaikum dan salam sejahtera
Realme bakal menggegarkan industri dengan peranti dan produk terbarunya iaitu Realme 5i dan Realme Buds Air yang akan mula dijual tidak lama lagi. Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan kedua-dua produk itu dan melancarkannya secara rasmi di dalam satu majlis tertutup. Ketika di majlis itu, mereka turut mendedahkan harga untuk kedua-dua produk baharu mereka ini. Nak tahu berapa harganya ? Ikuti butirannya !
Ya, tidak perlu berteka-teki lagi, Realme Buds Air akan dijual dengan harga RM199 hanya pada 21 January ini melalui pembelian atas talian di Shopee. Sekiranya anda terlambat untuk dapatkan pada tarikh ini, harganya akan kembali seperti biasa iaitu pada harga RM299. Jadi, cepat-cepat masukkan dalam cart Shopee pada 21 January nie okay. Promise ?
REALME BUDS AIR
Pasti ramai yang tertanya-tanya hebat sangatkah peranti Realme Buds Air ini. Rekabentuknya seakan-akan dengan sebuah jenama X yang terkenal itu. Bolehkah Realme Buds Air ini menandingi jenama X itu ?
Jawapannya, YA !!!
Berikut merupakan spesifikasi Realme Buds Air
- Ketahanan bateri selama 17 jam
- Audio tanpa wayar
- Bluetooth 5.0 yang membolehkan sambungan segera
- Mod permainan yang memastikan pergerakan sempurna antara visual dan bunyi
- Dilengkapi dua mikrofon dengan teknologi Environment Noise Cancellation
- Reka bentuk yang sempurna dan sesuai secara semulajadi dengan bentuk telinga
- Sentuhan pintar yang boleh jawab/tamatkan panggilan, menukar muzik, memberhentikan/memainkan muzik
- Pengecasan tanpa wayar
- Didatangi dengan 3 warna (Putih/Hitam/Kuning Mustard)
Bukan itu sahaja, malah Realme Buds Air mempunyai teknologi Google Assistant yang membantu pengguna menikmati gaya hidup pintar baharu tanpa mengeluarkan telefon. Mudahlah untuk pengguna menjalankan kehidupan tanpa perlu serabut dengan wayar yang berselirat.
Harga biasa : RM299
Harga promosi : RM199
(Hanya sah pada 21 January ini dengan pembelian melalui Shopee)
Sekiranya anda berminat dengan Realme Buds Air ini, boleh dapatkannya di Shopee pada 21 January ini. Klik di link tersebut untuk membeli : http://bit.ly/shopeetws
REALME 5i
Pada waktu yang sama juga, kru Realme melancarkan dan mendedahkan harga peranti terbaru mereka Realme 5i yang dikatakan mampu menandingi peranti-peranti hebat yang terkini. Yang lebih menarik lagi, harga Realme 5i ini sangat-sangat mampu milik biarpun spesifikasinya setanding jenama hebat yang lain.
Berikut merupakan spesifikasi Realme 5i
- Cip memproses Qualcomm Snapdragon 665 dengan kelajuan 2.0GHz
- Kapasiti bateri 5000 mAH
- Quad kamera ultra lebar (Lensa sudut lebar 8MP, kamera utama 12MP, lensa ultra makro 2MP)
- Terdapat dalam dua warna (Aqua Blue dan Forest Green)
Harga : RM599
Jualan online pertama di Lazada : 28 January 2020 (http://bit.ly/lzdr5i)
Jualan offline pertama : 18 January 2020
Sebarang maklumat lanjut mengenai dua peranti ini, boleh terus ke laman sesawang mereka di pautan berikut :
Website : https://www.realme.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/realmeMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/realmemalaysia/
Uiks tak sabar tunggu 21 Jan. utk peminat buds air ni la masa yang dinantikan ye! Btw mmg dengar2 cam leh beat apple. Betul ke?
ReplyDeleteIt looks very promising with a reasonabke price 😻 very tempted to own one!
ReplyDeleteRealme semakin ke depan ye. Dalam setahun berapa banyak dah produk keluar. Terbaik.
ReplyDeleteBahagia ye bila menaiki MRT dan ada realme Buds Air nie. Layan Netfilx je sepanjang perjalanan dari KL ke Kajang - jelas dan tidak menyakitkan telinga.
ReplyDeleteBiar betik hanya RM199 sahaja murah giler rupa cantik dan bunyi sedap best lah untung lah siapa yang dapat beli hehehe kita pun rasa macam nak dapatkan satu juga mudah guna dan tiada wireless tu best....
ReplyDeleteMenarik spesifikasi realme buds air ni.. harganya pun menarik. Suka dengan produk yang menarik begini.. senang nak guna.. bateri tahan lama juga..
ReplyDeleteMurahnya.. yang penting berkualiti.. kak liez memnag tgh usha je witeless earbud ni sbb senang nak layan drama dan music
ReplyDeleteMenarik nya. Memang realme all out lah produk mereka 😍
ReplyDelete