Wednesday, December 25, 2019

Lokasi Perkahwinan Indah dan Eksklusif di Rinching Terrace, Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan satu lokasi majlis perkahwinan yang superbly cantik dan indah. Buat pasangan mempelai yang mengidamkan majlis perkahwinan berkonsepkan taman atau di tempat yang eksklusif, mungkin boleh pertimbangkan lokasi yang aku nak perkenalkan nie. Ikuti butirannya !


Lokasi tersebut ialah Rinching Terrace yang terletak di Bangi. Lokasi Rinching Terrace sangat strategik kerana terletak di antara Kajang dan Bangi dan menjadikan ia satu lokasi yang mudah untuk diakses kerana ia dihubungkan dengan Lebuh Raya Utara Selatan iaitu keluar melalui tol Bandar Mahkota.


Siapa sangka lokasi yang dahulunya hanyalah hutan belukar kini mengalami transformasi 360 darjah sejak tahun 2018 lagi. Kini, dua daripada 7 tanah ekar ini dibangunkan menjadi sebuah lokasi majlis perkahwinan yang mewah berlatarbelakangkan alam semula jadi dan taman-taman kehijauan yang indah. Kawasan Rinching Terrace ini dipenuhi dengan pelbagai jenis pokok. Bahkan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun juga turut menghiasi ruang sekitar Rinching Terrace ini. Sangat indah sekali !



Rinching Terrace mampu memuatkan sehingga 1500 orang tetamu dalam satu masa. Jadi, sekiranya anda bercadang nak membuat majlis yang besar, Rinching Terrace mampu untuk menampung tetamu yang ramai. Bahkan, mempelai boleh memilih beberapa jenis pakej kerana di dalam Rinching Terrace ini terdapat 3 lokasi utama.

Rinching Terrace Glass House


Rinching Terrace Glass House merupakan sebuah banglo dua tingkat yang mampu memuatkan seramai 250 orang tetamu dalam satu majlis. Dekorasi dalamnya yang ringkas dan bercirikan moden pasti menambat hati mempelai yang sukakan dekorasi yang minimalist dan tidak sarat. Menariknya glass house ini kesemua dindingnya adalah gelas kaca yang mana tetamu boleh nampak keindahan hijauan di sekeliling Rinching Terrace ini.



Banglo ini juga terdapat dua buah bilik iaitu sebuah bilik untuk pengantin dan sebuah bilik rehat. Dengan adanya bilik-bilik ini, para mempelai boleh bersiap dan berdandan di dalam kerana ia dilengkapi sofa, kabinet baju, meja solek, pendingin hawa dan juga bilik air. Selain dua bilik ini, banglo ini juga ada menyediakan ruang untuk solat buat tetamu dan juga tandas. Ruangnya agak besar dan luas. Sangat-sangat selesa.

Khemah Agam (Marquee Tent)



Khemah Agam ini terletak bersebelahan dengan Glass House dan bertentangan dengan Taman Terbuka. Khemah ini mampu memuatkan 400 orang tetamu dalam satu masa. Jadi khemah ini boleh dijadikan tempat untuk para tetamu menikmati juadah. Bahkan, khemah ini juga boleh dipasang pelamin. Sebarang pengubahsuaian pakej boleh berbincang dengan pihak Rinching Terrace.


Taman Terbuka (Garden)

Buat mereka yang inginkan majlis di dalam taman, boleh memilih untuk mengadakan majlis di Taman Terbuka kerana ia memberi impak suasana persis berada di taman yang penuh dengan kehijauan. Taman terbuka ini mampu memuatkan 1000 orang tetamu dalam satu masa. Pasangan mempelai boleh memilih untuk mengadakan majlis pada belah siang, petang mahupun malam.




PAKEJ LENGKAP DAN ISTIMEWA DI RINCHING TERRACE, BANGI

Rinching Terrace bukan sahaja menawarkan lokasi yang menarik, malah ia turut menawarkan pakej lengkap dan menjadi satu tempat sehentu perkahwinan yang mana pakej ini termasuk dengan lokasi, katerer, pelamin, persalinan pengantin dan fotografi. Berikut merupakan pakej-pakej yang ditawarkan :

Pakej Silver : Marquee Tent Only (1000pax) = RM38,800
Pakej Gold : Glass House & Marquee Tent (1000pax) = RM44,800
Pakej Platinum : Glass House & Marquee Tent (Menu lebih, pelamin dan busana eksklusif, 1000 pax) = RM51,800

Rinching Terrace mula mengambil tempahan January 2020 dan anda berpeluang mendapat diskaun sehingga RM10,000 sekiranya menempah hari ini.


Rinching Terrace bekerjasama bersama rakan niaga terbaik dalam industri perkahwinan dan pengurusan acara. Mereka adalah Afkar yang menguruskan katering, Miezipro yang bertanggungjawab untuk bab fotografi dan videografi majlis, manakala SASES untuk pengurusan majlis perkahwinan. Rinching Terrace percaya dengan pengalaman yang mereka ada, majlis perkahwinan pasangan mempelai pasti menjadi yang terbaik.



Busana yang disediakan oleh SASES sangat trendy dan terkini. Busana pengantinnya pasti memukau mata-mata yang melihat. Terdapat pelbagai jenis busana pengantin yang mereka sediakan. Pasangan mempelai boleh memilih konsep dan rekaan seperti apa yang mereka mahukan.



Miziepro menyediakan photo album yang sangat cantik dan mempunyai pelbagai jenis. Yang pasti, album covernya diperbuat daripada glass yang tahan lasak. Ia sangat memberi aura eksklusif dan mewah. Hasil gambar juga sangat-sangat cantik. Pasangan mempelai boleh melihat sendiri hasil ekrja mereka. Memang sangat berpuas hati.


Afkar katering menyediakan menu-menu typical majlis kahwin namun rasanya sangat-sangat sedap. Nasi daging mereka sangat terbaik. Serious sedap betul. Puas hati makan.

Jadi, bolehlah korang pertimbangkan untuk buat majlis di sini. Sangat berpuas hati dan pasti menjadikan majlis korang yang paling diingati. Untuk sebarang tempahan dan maklumat lanjut, boleh dapatkan pada butiran yang berikut,

RINCHING TERRACE WEDDING & EVENTS
Rinching Hilir 43500 Kajang, Selangor

Telefon : 019-390 8527
Email : rinchingterrace@gmail.com

Fotografi & Videografi : www.instagram.com/miezipro


12 comments:

  1. Asyik gi survey hall je, kad ne mana? *larikkk*

    ReplyDelete
  2. Asyik gi survey hall je, kad ne mana? *larikkk*

    ReplyDelete
  3. Ranai gak bloggers yang berkongsi event space utk wedding di Rinching Terrace ni. Satu pilihan untuk pasangan yang nak kahwin di kawasan sana. Nampak cantik!

    ReplyDelete
  4. Cantik dowh buat majlis dkt sini. Boleh la hang plan dkt sini nanti. Haha. Ala2 garden gitu

    ReplyDelete
  5. Bestnye tempat dia. Banyak pilihan yang boleh pilih kat sini. Luas dan cantik

    ReplyDelete
  6. hari itu ada juga terbaca pasal lokasi wedding di rinching terrace, besar tempat dia memang selesa dan merah kalau dapat majlis kat situ..

    ReplyDelete
  7. Wah memang grand betul wedding kat Garden macam ni. Cantik sangat dan nampak nyaman kat sini. Terima kasih share

    ReplyDelete
  8. Ohh ingat tadi Zarif nak kahwin tak jemput kita awas yer hehehe tapi bila tengok tempat kahwin yang cantik-cantik dan mewah-mewah ni rasa nak kahwin jer hurmmm bila lah masa kita moga dipercepatkan hehehe mana tahu kat sini nak taja kenduri kita wakakakka macam Che Ta....

    ReplyDelete
  9. Memang teebaikla lokasi dia.. Nad dtg pun rasa nak buat majlis dekat sini.. Haha.. Dhla luas elok sangat buat outdoor photoshot sekali

    ReplyDelete
  10. wow cantikya lokasi memang sesuai untuk wedding besar dan kecil!

    ReplyDelete
  11. Oh di Bangi aje rupanya lokasi ni. Nice place sebab besar dan memudahkan tetamu datang ke majlis. Pakej dalah khemah tu pun dah kira ok utk buat majlis. Nanti nak tengok2 lah pakej di sini. Gittew.

    ReplyDelete
  12. What a nice and beautiful decorated place for wedding event prepared by the organizer

    ReplyDelete