Friday, December 27, 2019

Buat Spek Murah Dekat Kedai Viral Eye Pro Vision, Sungei Wang Plaza

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Seperti semua orang sudah sedia maklum, aku kini berkaca mata. Mulanya memang berat nak terima hakikat yang aku sekarang perlu bergantung pada spek mata untuk melihat. Tapi untuk ia tidak lebih memudaratkan, aku kena terima. Maka bermulalah aku riki-riki kedai spek mata murah dan terbaca blog Kak Nina buat spek mata murah dekat Sungei Wang Plaza. Maka terjumpalah aku dengan kedai spek mata viral Eye Pro Vision nie. Ikuti butirannya !



KEDAI SPEK MURAH EYE PRO VISION, SUNGEI WANG PLAZA

Pada mulanya macam tak percaya, murah sangat ke ? Macam mustahil sebab nak buat spek mata nie setahu aku mahal. Paling-paling dua ratus dan keatas. Tapi dekat sini, aku buat cuma RM125 je. Masa diberitahu tu, aku rasa tak percaya. Biar betul nie ? Sungguh, memang murah. Kalau korang ambik kanta yang biasa, lagilah murah.

Bingkai + Kanta multi-coated : RM65
Bingkai + Multi-coated + Kanta Alpha Blue 420 : RM125

The face you make when the price is wayyy too cheap than your expectation. I am happy !

Terlajak murah betul ! 😅 Aku buat yang ada kanta Alpha Blue 420 tu sebab silau aku agak tinggi.

KANTA ALPHA BLUE 420

Aku dinasihatkan untuk ambik kanta Alpha Blue 420 nie kerana gaya hidup aku yang sentiasa menghadap laptop dan juga handphone. Dengan berblogging nya, tambah pula sekarang aku masih belajar, jadinya memang tak boleh lari dari mengadap laptop.


Bila diberitahu, banyak rupanya kelebihan pakai kanta Alpha Blue 420 nie.
  • Silau malam. Buat mereka yang sakit mata memandu malam-malam tengok lampu jalan dan LED kenderaan, memang sangat dinasihatkan untuk ambik kanta Alpha Blue 420 nie. 
  • 100% blok sinar biru dan ultraungu (UV420). Ini yang aku cakap tadi, sebab tu bila mandu malam rasa best je. Siang terik matahari pon rasa okay je sebab 100% dia blok sinar biru dan UV.
  • Bagus untuk mereka yang sering menghadap laptop dan phone. Kedua-dua peranti nie mempunyai sinar biru yang tinggi, jadinya tak elok untuk kesihatan mata. 
  • Tahan lasak dan tak mudah pecah. Nama pon manusia, kalau tak jatuhkan barang tu tak sah. Jadinya tak perlu risau, kalau spek mata korang terjatuh, kanta Alpha Blue 420 tidak mudah pecah dan ia tahan lasak. Tapi janganlah mentang-mentang tahan lasak dan tak mudah pecah, korang pergi saja-saja jatuhkan dari tingkat 88. Memang cari nahas namanya. 
  • Kalis air dan kalis calar. Yasss, ini yang kita mahukan, kanta yang tidak mudah calar. 😱



Tanpa fikir panjang, memang aku bersetuju terus ambik kanta Alpha Blue 420 nie. Cuma tambah RM60 je. Tak mahal pon. Dan yang penting, bagus untuk kesihatan mata kita.

BINGKAI SPEK MATA YANG PELBAGAI PILIHAN

Sementara tunggu giliran untuk dilayan tu, lebih baik korang cari bingkai terlebih dahulu. Sebab nak pilih bingkai nie pon satu masalah. Banyak sangat dan semuanya cantik-cantik.



Serius weyhh, banyak betul pilihan bingkai yang ditawarkan dekat Eye Pro Vision nie. Semuanya cantik-cantik pulak tu. Dan walaupun harganya murah, tapi bukan bingkai yang cikai-cikai ya. Semuanya berkualiti tau ! Elastik lagi. Masa dorang bengkok-bengkokkan spek mata tu, aku pulak yang rasa ngilu. Takut patah. Tapi tak patah. Memang kualiti tiptop !



Nak pilih bingkai pon jadi satu masalah besar buat aku. Rambang mata dan rasa macam nak cuba semua. Tapi aku memang dah target bingkai berbentuk segi empat, berbingkai nipis dan berwarna hitam. Bingkai tebal pon tak apa, asalkan sesuai dengan muka aku. Cuba punya cuba, akhirnya aku pilih bingkai bawah nie. Hihi


SIAP DALAM MASA 1 JAM

Lepastu terus ke proses yang seterusnya. Cek mata dengan mesin, lepastu cek mata secara manual untuk tentukan berapa tinggi silau dan rabun aku yang sebenarnya. Suka betul aku dengan layanan yang Mr William beri masa kunjungan aku ke sana. Sangat mesra dan semua informasi yang diberi sangat jelas.



Selama ni aku sangka tulisan yang kecil memang wajar kalau kita tidak nampak. Rupanya, kita boleh nampak tulisan kecil tu biarpon dari jauh. Denial aku sampai begitu sekali tau. Tak nak terima yang diri nie dah rabun 😄


Bila dah cek mata secara manual nie, aku rasa macam "hidup" semula. Wow, hebatnya penangan kanta nie. Huruf yang asalnya aku tak nampak dan kabur, bila dilapis-lapiskan kanta nie, huruf tu jadi jelas. Hebat gila, sangat kagum !

Dah selesai semuanya, bingkai pon dah pilih, dan Mr William suruh aku datang semula dalam masa 1 jam.

APA ?!! SATU JAM ??!! 

Eh Mr William nie, bergurau dengan aku agaknya. Mentang-mentanglah aku nie baru pertama kali pakai spek mata, dia bergurau pulak cakap boleh ambil spek dalam masa satu jam 😅

Rupanya, betul lah weyh 😳
In fact, tak sampai satu jam pon dia dah telefon aku untuk datang ambil.

Muka Mr William nie iras-iras Jae Suk Running Man

Sangat puas hati. Semuanya tiptop, dari segi layanan, harga dan kualiti. Tak hairanlah ramai yang sarankan untuk datang ke Eye Pro Vision Sungei Wang Plaza nie untuk buat spek mata. Ternyata memang kedai spek viral dan murah nie terbaik. Aku datang masa kedai tu baru nak mula beroperasi, tapi itu pon dah ramai yang datang. Makin lama makin ramai pulak. Sesak jadinya. Memang viral betul kedai Eye Pro Vision nie.


Kalau korang nak buat spek baru atau rasa diri tu rabun, eloklah datang ke Eye Pro Vision nie okay. Dijamin puas hati.

EYE PRO VISION
Lot G111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza

Waktu operasi :
Dibuka setiap hari : Jam 11.00 AM hingga 9.00 PM


Tel : 016-377 1304 (Mr. William)


13 comments:

  1. Yuuhuu.. Murah betul. Tahun lepas LeYa buat untuk spek mata silau pun RM300+. Okay..nak pergi tukar laa.. Sebab yang lama tak cantik sangat laa.. Tu yang pakai time drive and buat kerja depan laptop je.. Jalan-jalan tak guna..hee..

    ReplyDelete
  2. Heheheh sama dengan Sis juga, baru buat cermin mata kali yang ke....hahahaha
    Rasa macam kedai Eye Version ada kat Johor jee...ke takde ek..nk google laa...

    ReplyDelete
  3. murahnya tapi jauh plak nak gi..hee

    ReplyDelete
  4. Memang viral kedai optical ni ye. Sis dah 2,3 kali baca ni sebab nak pergi buat spek. Gaji ni nak pergi lah Sg Wang buat spek mata sebab mata dah mulai rabun.

    ReplyDelete
  5. Murahnye.. Boleh la rekemen kat adik sebab die sorg je yg pakai spek dlm family kami. Lagi pula die nk cari yg bingkai fleksibel..ada x?

    ReplyDelete
  6. Nampak cam menarik ja bro. Akan tetapi ia jauh di sana, jika ada di Kedah rasanya Naim akan terus pergi ke kedai ini. Terbaik bro..~

    ReplyDelete
  7. wahhh murahnya. Sesuai la beli cermin mata tu, hehe

    ReplyDelete
  8. Saya pun macam dah lama tak tukar cermin mata baru. Yang sekarang ni rasanya macam nak kena tambah power lagi. bolehlah buat kt sini :)

    ReplyDelete
  9. Seems like there's many choices there, I'm also looking for a new pair of glasses will see if the pricing fits mine.

    ReplyDelete
  10. memang pernah dengar kawan citer ada kedai di Sg Wang boleh dpt 1 jam terus dan harga pun murah. Kedai ni la rupanya. thanks info

    ReplyDelete
  11. Wow. murah dan cepat sanga tu bro... memang tengah nak tukar spek mata ni pun. nanti nak melawat kat sini... menarik sangat.. 1 jam je siap tu yang paling besst

    ReplyDelete
  12. bagi pemilik mata yg rabun mmg tercari2 kedai cermin mata murah tapi tawarkan material berkualiti...thanks zharif for the infor...nampak gayanya dh boleh kesini mencari spek baru

    ReplyDelete
  13. Wahh baru pakai spek dah dapat sponsor kedai spek. Untung gilerrrr. Hahaha. Selamat berspek mata Zharif. Jangan letak merata-rata k.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...