Tuesday, December 3, 2019

Promosi Rib Rib Holiday di Tony Roma's Bersempena Musim Cuti Sekolah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa kat sini suka makan dekat Tony Roma's, angkat tangan ?

Satu.
Dua.
Tiga.

🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋🙋

Uishhh ramai jugak yang angkat tangan. Tak terkira dibuatnya. Okay baiklah, samalah kita, suka jugak makan dekat Tony Roma's. Kalau boleh tiap minggu nak datang dekat Tony Roma's tapinya, ahaks, terbatuk sikit. Untuk function-function istimewa, bolehlah bawa rakan-rakan atau keluarga makan dekat sini. Tambah-tambah tengah promosi Rib Rib Holiday sempena musim cuti sekolah nie. Ikuti butirannya !


Nie tengah cuti sekolah nie, apa kata bawa satu family makan dekat Tony Roma's bersempena dengan promosi Tony Roma's Rib Rib Holiday ! Promosi Rib Rib Holiday nie sesuai untuk buat gathering ramai-ramai kerana set yang ditawarkan boleh dinikmati oleh ramai orang.


Baru-baru nie aku dan rakan-rakan blogger sempat buat gathering beramai-ramai di Tony Roma's. Memang meriah sungguh suasana masa tuh. Riuh rendah satu outlet tu kami conquer. Jom tengok apa yang kami makan pada malam itu. Antara menu-menu yang telah kami nikmati pada malam itu ialah :

Potato Chips and Dips - RM25.00

Kerangupan potato chips nie memang buat rasa tak nak berhenti makan. Dicicah pula bersama sos dip istimewa campuran daging kisar dan kacang merah. Memang sedap !

Bruschetta Tuna/Beef - RM35.00

Satu lagi hidangan pembuka selera yang membuatkan korang tak nak berhenti makan ialah Bruschetta Tuna/Beef. Aku memilih beef sebab aku lebih suka daging berbanding ikan tuna. Terdapat 6 kepingan bruschetta dalam hidangan nie.

Seterusnya baru boleh diteruskan dengan hidangan-hidangan utama. Dah sedia ? Mohon jangan terlir ya.

Festive Lamb Shoulder - RM185.00
 Peminat daging kambing wajib order hidangan nie. Daging yang diperasakan rapi dengan ramuan dan rempah-rempah hebat menjadikan aroma dan rasanya harmoni sekali. Ia dihidangkan bersama sayur brokoli rebus. Sempurna !

Grilled Beef Stick - RM85.00

Peminat kepingan daging yang juicy dan lembut, wajib order hidangan ini. Ia disempurnakan dengan sayur panggang dan sos anggur hitam yang memberikan rasa yang sangat umphhh ! Terangkat weyh hidangan nie. Sedap sangat sos tu. Gabungan yang harmoni.

Riblet Party - RM185.00

Party time ! Daging rusuk yang disusun seolah-olah seperti pokok krismas ini sangat sesuai bersempena musim perayaan krismas tak lama lagi. Terdapat 6 keping rusuk didatangkan dalam hidangan ini. Disiram dengan sos BBQ istimewa. Sedap !! Makan pakai tangan je guys, lebih umphhh !! Ouh jangan risau, sarung tangan plastik akan dibekalkan.

BBQ Spring Chicken - RM75.00

Kalau yang tak makan daging tu, boleh juga order hidangan ayam ini. Satu ekor ayam yang dipanggang sempurna. Di dalamnya disumbat dengan kentang comel yang diperasakan sos BBQ istimewa Tony Roma's dan dihidangkan bersama sayur brokoli. Sangat disarankan untuk mencubanya !



Menarik bukan ? Makan ramai-ramai memang best. Meriah sangat-sangat. Tambah-tambah bial akwan kau tu semua jenis masuk air. Ya Allah ! Riuh dia tak boleh bawa bincang. Nasib baik tak kena halau. Hahaahaha

Apa tunggu lagi ? Mari kita riuhkan Tony Roma's bersempena promosi Rib Rib Holiday ini. Promosi ini bermula 1 November 2019 sehingga 1 January 2020. Terdapat di kesemua 12 cawangan Tony Roma's seluruh Malaysia termasuk cuti sekolah dan hujung mingguy. Jom Tony Roma's !

Untuk maklumat lanjut dan info terkini berkenaan Tony Roma's, boleh layari laman sesawang berikut : 

3 comments:

  1. Okey kena bawak satu family datang makan kat sini ni...sedpanyaaaa

    ReplyDelete
  2. Tony Romas memang tak pernah menghampakan... Dan pasti disinggah oleh LeYa dan Otomen untuk menikmati kelazatan hidangannya. Next nak try Rib Rib Holiday ni lah nampaknya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...