Assalamualaikum dan salam sejahtera
Festival Putrajaya LIFT (Literacy in Financial Technology) 2019 akan berlangsung di Putrajaya hujung tahun ini. Ia merupakan sebuah festival bermatlamatkan pemerkasaan celik kewangan sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk membina masyarakat digital yang juga merupakan teras dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh YB Menteri Kewangan pada 11 Oktober yang lalu. Ikuti butirannya !
Festival Putrajaya LIFT ini bakal mempamerkan literasi teknologi kewangan pada masa kini dan hadapan. Ia merupakan kerjasama bersama Bank Negara Malaysia dan industri kewangan di Malaysia. Kementerian Kewangan yang bakal menjadi tuan rumah bagi Festival Putrajaya LIFT ini.
Festival Putrajaya LIFT
Lokasi :
Menara Perkeso, Putrajaya
Bangunan Suasana PJH
Kompleks Kementerian di Putrajaya
Tarikh : 28 Disember & 29 Disember 2019
Festival ini dipersembahkan dalam konsep yang menyeronokkan dan interaktif dengan persembahan seni dan teknologi yang turut memberi gambaran kewangan masa hadapan. Di samping itu, festival ini turut memberikan maklumat relevan dan praktikal terhadap pemerkasaan kewangan dalam dunia teknologi dan digital yang dinamik pada masa kini.
Juga ia menghimpunkan pelbagai acara menarik dan hiburan menerusi "The Showcase, The Market and The Fringe"
1. The Market
Terdapat di dalam dan di luar bangunan Suasana A PJH. Tempat untuk pengunjung membeli belah bercirikan Pasar Glam yang menampilkan jenama kreatif terkemuka Malaysia di tingkat 1 dan tingkat 2. Turut berlangsung ialah perkampungan di luar bangunan seperti Pasar Seni, Pasar Botani dan Pasar Tradisi. Pengunjung juga dapat menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman yang akan melengkapkan keunikan festival ini di Medan Makan.
2. The Fringe
Ruang hiburan yang menampilkan persembahan kesenian teknologi tinggi, aksi-aksi jalanan dan persembahan kumpulan tempatan sepanjang malam.
3. The Showcase
Sesi tertutup bersama wakil industri yang membicarakan tren digital terkini dan pelbagai perkongsian inovatif.
Pengunjung disarankan untuk melawat ke Pavilion Kewangan Digital (pameran utama) yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia di bangunan Menara Perkeso, Putrajaya.
- Seminar, bengkel dan ceramah
- Aktiviti untuk kanak-kanak
- Pameran menarik daripada institusi kewangan dan syarikat fintech.
- Perkhidmatan dan nasihat kewangan (kaunseling kewangan, penyelesaian pertikaian)
- Pembiayaan kewangan untuk PKS dan perumahan
- Semakkan CCRIS
- Informasi mengenai penipuan kewangan
- Melawat ‘Future Pods’ - (pameran mengenai aspek kehidupan masa hadapan)
Pihak Kementerian ingin merakamkan penghargaan kepada penaja dan rakan kolaborasi - Bank Negara Malaysia, Perkeso, Joe Sidek Productions Sdn Bhd, Putrajaya Holdings Sdn. Bhd. dan MRCB atas kerjasama bagi menjayakan Festival Putrajaya LIFT 2019.
Jumpa anda di Festival Putrajaya LIFT 2019 nanti ! Tak sabar rasanya nak menyaksikan festival penuh gilang-gemilang ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.putrajayalift.com
Apa laginirang orang Putrajaya khususnnya tentu tak sabar lagi kan nak join festival yang informatif begini. Tandakan kalendar anda tak gitu?
ReplyDeleteAlorghg..baru plan cuti² Putrajaya Christmas ni. Festival end of month la pulak, ada rezeki kita try jengah lagi
ReplyDeletewah canggih n bagusnya initiatif camni. siap ada zain saidin la
ReplyDeleteTarikh tu Rawlins balik kampung plak. Kalau tak, boleh la nak memeriahkan suasana kat event nie. Yang penting nak belajar ilmu-ilmu kewangan kat situ ye tak.
ReplyDeleteMemang banyak aktiviti yang telah disediakan.Best kalau dapat pergi untuk merasai and dapat pengalaman joining event sebegini kan.
ReplyDeleteNak lahirkan generasi celik belanjawan kalau duit pun tak ada macam mana wakakakaka. ok lah bagus ada usaha macam ni nak mendekatkan rakyat dengan agensi kerajaan dan juga memberi banyak ilmu dalam mendidik tentang belajawan...
ReplyDeleteOhhhh LIFT ni macam-macam aktiviti disediakan. Seronok la org yang tinggal berdekatan. Mesti korang tak sabar nak join. Hehe
ReplyDeleteWah.. Nmpk byk aktiviti menarik akan diadakan sepanjang Festival LIFT nie.. Boleh la AM ajak adik join datang sekali.. Org2 Putrajaya mesti ramai yg dtg memeriahkan Festival ini
ReplyDeletewahhh, tak sabar rasanya nak tugggu Festival LIFT ni, mesti gempak habis. dengan banyak pertunjukkan dan aktiviti jualan dekat situ. Jom pergi sekali nanti Jejaka kau La.
ReplyDeleteWow macam menarik je Festivel Putrajaya Lift ni. Boleh share dekat family & kawan2 yg berdekatan sana. Macam2 acara menarik ada pulak tu. Confirm best
ReplyDeleteFestival apa apa pun dah lama I tak join macam tak cukup masa je nak participate .. nampak macam menarik tapi macam entahlah tak tahu lah nak join ke tidak... hahah apa pun thank you for sharing weee... kalau duduk kat putrajaya boleh lah join
ReplyDeleteMemang seronok ada festival no dapat menghubungkan budaya dan tradisi . Agak.me arik. Buat pulak tu kat putrajaya mmg boleh menarik pelancong dan masyarakat setempat
ReplyDeletemacam menarik. alang alang ke cyberjaya boleh potong masuk putrajaya sat. best jugak tengok culture orang luar punya program cam mano.
ReplyDelete