Friday, December 27, 2019

Jalan Jalan Japan Kini Dibuka di Kipmall Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau korang mengikuti blog aku, pasti korang tahu yang aku nie sangat-sangat sukakan shopping pakaian. Tambah-tambah bila ada sales. Kalau sebelum nie, aku sempat singgah beli baju-baju preloved di Jalan Jalan Japan cawangan 1 Shamelin Mall, Cheras. Kali nie, aku diberi peluang untuk shopping di cawangan terbaharu Jalan Jalan Japan di Kipmall Bangi. Jom tengok apa yang aku beli dekat sini. Ikuti butirannya !


Jalan Jalan Japan kini sudah mempunyai 5 buah cawangan di Malaysia. Ia mula dibuka di One City Sky Park, USJ dan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan membuka cawangan keduanya di 1 Shamelin Mall Cheras pada tahun 2017. Seterusnya dibuka di Centerpoint Seremban dan M3 Mall Gombak. Dan yang terbaharu, akan dibuka di Kipmall Bangi pada 28 Disember 2019.




Apa yang membezakan barang-barang preloved Jalan Jalan Japan dengan kedai-kedai preloved lain yang terdapat di Malaysia ialah barang-barang preloved JJJ dibawakan oleh Bookoff Corporation Japan. Mereka yang bertanggungjawab dalam menyediakan barang-barang preloved untuk kesemua cawangan JJJ di Malaysia. 9 buah kontena dibawa dari Japan ke Malaysia. Dan kesemua barang-barang di dalam kontena ini akan menjalani hot steam process agar kesemua barang bebas bakteria dan dalam keadaan bersih dan cantik.




Pasti korang tertanya-tanya kenapa barang-barang preloved biasanya datang dari negara matahari terbit itu. Betul tak ? Okay mari aku bagi tahu, negara Japan merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang padat dan tinggi. Kebanyakkan mereka tinggal dalam ruang yang kecil dan kompak. Jadinya tiada ruang yang banyak untuk menyimpan barang-barang di dalam rumah mereka dan mereka pon menjual semua barang-barang yang tidak dipakai.




Terdapat beberapa benda yang korang perlu tahu untuk shopping di Jalan Jalan Japan
  • Tidak boleh pulangkan semula barang yang telah dibeli : Setelah barang dibayar, pelanggan tidak boleh memulangkan barang tersebut. Oleh iu, cek betul-betul setiap barang yang hendak dibeli.
  • Tidak boleh membuat tempahan : Barang-barang tidak boleh ditempah atau disimpankan untuk anda. Semuanya menggunakan konsep siapa cepat dia dapat. Kau lambat, padan muka. 
  • Tiada jualan atas talian : Semua jual beli hanya berlaku secara offline iaitu di cawangan-cawangan JJJ sahaja. Tiada pembelian secara atas talian. Dah ada 5 cawangan dah, pergilah mana yang dekat dengan tempat tinggal korang.
  • Pertanyaan barang-barang : Barang-barang yang dipamerkan merupakan barang yang terdapat di dalam stok JJJ. Kalau barang yang anda cari tidak ada di bahagian yang dipamerkan, maksudnya barang itu tiada. Kedai barang-barang preloved kot, mana ada simpan stok. Lol




Memang banyak sungguh barang-barang yang terdapat di cawangan baharu JJJ nie. Ada barang-barang kelengkapan baby, pakaian-pakaian wanita, ellaki dan kanak-kanak, alat kelengkapan dapur, aksesori wanita dan lelaki, barang-barang permainan kanak-kanak, alat-alat dan kelengkapan sukan dan banyak lagi. Aku pasti, korang pasti rambang mata. Satu hari pon belum tentu cukup untuk teroka satu JJJ Kipmall Bangi nie.



Berjam jugak habiskan masa dalam JJJ Kipmall Bangi nie. Oleh kerana kami diberi penghormatan untuk merasmikan JJJ Kipmall Bangi ini sebelum ia dibuka pada umum, makanya kami hanya diperuntukkan masa 3 jam sahaja untuk membeli barang. Rasa 3 jam yang diperuntukkan untuk kami beli barang tidak cukup. Nak kena datang lagi nie 28 Disember nanti.

Mari kita tengok barang-barang apa yang berjaya aku sambar dalam masa 3 jam itu.
1 : Denim jacket : RM30
2 : Turtle neck sweat shirt : RM10
3 : Long sleeves knitwear : RM10
4 : Stylish green bomber jacket :RM30
5 : Dickies high cut boots : RM50
6 : Long sleeves shirt : RM15
7 : Half denim sweater : RM15

Sangat-sangat puas hati dengan apa yang aku dapat beli ketika itu. Rasa macam nak beli lebih banyak lagi !



Apa tunggu lagi ? Jom ramai-ramai kita pi serbu Jalan Jalan Japan cawangan Kipmall Bangi yang akan dibuka pada 28 Disember 2019. Butiran lokasi adalah seperti berikut,

JALAN JALAN JAPAN, KIPMALL BANGI
Tingkat 2, No.1, Jalan Medan Bangi (Business Park Bangi Golf Resort),
Off Persiaran Kemajuan Seksyen 6, 43650 Bandar Baru Bangi.

Waktu operasi :
Dibuka setiap hari termasuk cuti umum : 10.00 AM - 10.00 PM


Kalau nak dapat potongan 5% diskaun, korang hanya perlu selfie dan muat naik ke akaun social media korang dengan tanda pagar #HargaGiler #JalanJalanJapan.MY dan tunjukkan pada cashier ketika membuat pembayaran.

Saksikan sedikit sedutan aku mencuba pakaian-pakaian yang terdapat di JJJ cawangan Kipmall Bangi. Enjoy !


7 comments:

  1. Tak pernah tak best bila datang JJJ ni... Memang tak akan tangan kosong punya.. Suka dengan barang-barang preloved yang ada kat JJJ ni..

    ReplyDelete
  2. Bestnya dpt pergi jjj ni. Belom sempat join lg. Outlet ke5 kan ni. Tengok meriah byk baju preloved

    ReplyDelete
  3. boleh tahan besar jugak tempat ni. barang pun banyak. betul tu..jepun memang kawasan die kecil je..no wonder rumah diorang jarang ada katil. cuma toto sahaja. ala kan best kalau boleh beli on9

    ReplyDelete
  4. Kak baru semalam dapat tinjau tengok gedung Jalan jalan japan tapi kat M3. Kebetulan masa ke sana utk festival food thai nampak ada gedung ni so apa lagi masuk lah. Memang muraj dan paking menarik harga macam prem untuk kanak kanak berbaloi beli sebab bila dah besar dah tak pakai so baik beli yg preloved.

    ReplyDelete
  5. Wah dah 5 cawangan jalan-jalan japan ni ye. Tak pernah ke sini. Banyak betul baju dia. Kalau ke sana sure rambang mata

    ReplyDelete
  6. Wah meriahh! Bnayk juga baju lawa tu siap dengan kasut. Memang akan datang shopping sini lagi. Tak perlu nak beli mahal2.

    ReplyDelete
  7. ooo ini lah tpt yg kawan kak azni pergi aritu ... nak pergi jugaklah sbb nak beli brg yg dah lama idamkan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...