Wednesday, December 11, 2019

24 Hour Retail Therapy Di Genting Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau sebelum nie aku ada kongsikan tempat makan menarik di Genting Highland, entri kali nie, aku nak bawa korang semua terjah lokasi-lokasi membeli-belah yang menarik sempena jualan akhir tahun Genting Highland. Ada banyak store yang mengadakan promosi jualan akhir tahun tapi ini kedai-kedai yang aku sempat singgah dan membeli-belah.

Ikuti butirannya !


Seperti semua sudah sedia maklum, Genting Highland mempunyai banyak tarikan. Selain taman tema indoor-nya yang awesome dan taman tema outdoor-nya yang masih dalam pembinaan, Genting Highland juga merupakan syurga untuk membeli-belah. Ramai yang datang ke Genting Highland hanya untuk shopping barang-barang hantaran. Tidak pelik kerana harga yang ditawarkan di sini sangat berpatutan dan juga terdapat banyak promosi.

KIEHL'S



Masa untuk restock skincare. Aku singgah ke Kiehl's. Kiehl's merupakan satu jenama produk penjagaan kulit yang cukup terkenal kerana keberkesanannya dan kualiti produknya. Ramai memilih untuk memakai produk penjagaan Kiehl's nie.



Apa yang bestnya datang ke store Kiehl's nie ialah pengunjung boleh mengetahui kondisi kulit mereka. Beuatician di Kiehl's ini akan memeriksa kulit anda dengan menggunakan mesin khas yang memberitahu keadaan dan jenis kulit.


Sangat emnarik ya. Dan agak terkejut kerana selama ini aku ingatkan kulit aku jenis berminyak. Rupanya tidak. Kulit muka aku jenis kulit kering dan minyak yang terhasil itu berpunca akibat kulit kering yang aku alami. Oleh itu, beautician Kiehl's menyarankan aku menggunakan bebrapa skincare Kiehl's yang bersesuai dengan masalah kulit yang aku hadapi.


Tak sabar nak tengok hasilnya nanti. Lepasnie, tak adalah masalah kulit kering. Hihi. Kalau korang nak tahu kondisi kulit muka korang, sila datang ke Kiehl's untuk mendapatkan pemeriksaan dan consultation percuma daripada mereka.

CLE DE PEAU BEAUTE


Cle de Peau Beaute merupakan sebuah brand kosmetik Japan. Ya namanya memang dalam French tapi ia sebenarnya berasal daripada negara Japan. Ini merupakan kali pertama aku mendengar jenama kosmetik nie dan boleh dikatakan kosmetik nie bercirikan kemewahan dan itu boleh dilihat pada setiap packaging produk-produknya.


Cle de Peau baru sahaja melancarkan rangakaian kosmetik bersempena musim cuti ini yang diberi nama Kimono. Sebuah rangkaian kosmetik yang diinspirasikan oleh pakaian tradisional Japanese. Rangkaian kosmetik Kimono ini termasuklah lipstick cashmere, eye color quad, powder 101 dan Radiant Multi Repair Oil.


L'OCCITANE

Siapa yang tidak mengenali jenama L'Occitane, betul tak ? Sebuah jenama skincare yang mesra alam dan bagus untuk semua jenis kulit. Kedatangan kami disambut mesra oleh beuatician-beuatician di situ. Mereka akan membantu setiap pengunjung untuk mendapatkan produk mengikut kesesuaian dan kondisi kulit kita.



Bersempena musim cuti ini, L'Occitane melancarkan sebuah kempen dengan tanda pagar #GiftsOfNature. Antara rangkaian produk yang terdapat dalam kempen ini ialah Almond Mini Cracker, Almond Delicious Hand Cream, Almond Shower Oil, Almond Delicious Combo, dan Power Up Essential Kit. Terdapat banyak lagi produk dan pengunjung boleh dapatkan di kesemua cawangan L'Occitane.



OUTFIT

Di Sky Avenue juga, terdapat satu store yang diberi nama Outfit. Dalam Outfit nie terdapat pelbagai jenama terkenal dijual di dalamnya. Kiranya One stop centre for many brands. Antara jenama pakaian yang turut dijual di dalam store Outfit nie ialah Topshop, Topman, Miss Selfridge, Dorothy Perkins dan juga Burton.



Bersempena musim cuti sekolah nie, memang terdapat banyak sales sedang berjalan. Aku juga tak nak melepaskan peluang keemasan ini untuk shopping. Memang banyaklah aku beli sepanjang berada di Genting nie. Seronok dan puas dapat shopping dengan harga promosi.




Dan belek punya belek, berkenan pulak dengan satu denim jacket dari Topman nie. Serious sangatcantik dan harganya sangat berpatutan. Kualiti terbaik dan yang penting sesuai untuk digayakan dengan apa sahaja pakaian. Makanya aku terbeli. Ahaks ~


OUTPOZT


Ini juga kali pertama aku dengar nama kedai pakaian Outpozt. Rupanya konsep store nie lebih kurang sama dengan store Outfit tadi. Ia merupakan one stop centre untuk pelbagai jenama pakaian yang berkonsepkan Korean beauty and fashion. Antaranya ialah Spao, Shoopen & Mixxo, 7Dayz, TNTCO, Stoned & Co, Berfoe by Blaugrun, Vibrate dan juga Sportmart.



Terdapat pelbagai jenis pakaian yang korang boleh jumpa dalam Outpozt nie. Nak cari baju sukan ada, baju streetwear ada, baju casual ada, baju ala-ala fashion Korea pon ada. Pokoknya semuanya ada. Pilih je nak yang mana satu. Tak eprlu pening-pening pergi pelbagai tempat. Semua ada dalam satu outlet Outpozt nie.



Dan sekali lagi, aku terbeli jacket. Kali nie aku beli jacket dari 7Dayz. Apa yang menariknya bomber jacket dari 7Dayz nie ialah ia dwicolor yang mana satu berwarna mustard dan bila terbalikkan, ia akan bertukar menjadi warna blue black. Korang boleh gayakan bomber jacket ini mengikut citarasa masing-masing.


------------------------------------------------------------------------------------

Memang banyak boleh dilakukan dekat Genting nie. Tempat makan menarik banyak, tempat shopping pon banyak, nak main taman tema pon ada. Sangat sesuai dijadikan lokasi bercuti untuk seisi keluarga. Dan sempena musim cuti sekolah nie, Genting Highland sedang membuat promosi jualan akhir tahun bermula 12 sehingga 15 December 2019 ini. Terdapat banyak potongan harga untuk setiap jenama. Jadinya, inilah peluang korang untuk shopping pada harga promosi.

Jom ke Genting Highland hari ini !

Sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut : https://www.rwgenting.com/

Jangan lupa baca entri ini juga : TEMPAT MAKAN BEST DI GENTING HIGHLAND

11 comments:

  1. Wah. Bahagia nya soping!
    Aida lom naik GH lagi sejak dah suasana baru ni, zharif.
    Konon dok tunggu theme park baru tu.
    Ntah bila ekk? ha ha ha...
    Tempat makan pun byk. Kat mana ntah aida baca ari tu.
    Aneka jenis makanan.

    ReplyDelete
  2. Fuyoo byk benor shopping tu. Kat Genting ni byk jugak tempat shopping best2 selain tempat makan kan? . Kaki shopping tu blh la datang sini shopping barangan yang korang suka. Happy shopping..

    ReplyDelete
  3. Shopping sakan ni. Tak pernah lagi sampai sana. Hope next year boleh pegi. Camne nak sebut nama kosmetik tu hehe. Berbelit baca

    ReplyDelete
  4. Adoiiilaaa..banyak pulak brand yang sis berkenan. Takde rezeki nak pecahkan tabung naik GH. Syok wooo end year sale ni. Banyak betul discount dan berbaloi beli

    ReplyDelete
  5. Ala.. Kejab sangat promosinya.. ingatkan sampai hujung tahun nie.. tak sempat nak lari naik ke Genting nie

    ReplyDelete
  6. auch. baru turun genting semalam. Tapi tak tengok pulak yang ni. tapi yes, memang banyak giler sales. rambang mata. kedai makan pun penuh. food court tu pun penuh huhu.

    ReplyDelete
  7. sakan ya shopping kat sana...banyak pilihan menarik yang dijual pada harga yang cukup berpatutan..serisu rindu genting

    ReplyDelete
  8. Macam dkt airport dh retail 24 jam ni. Sesuai kot dgn genting org keluar masuk jalan2 sampai pagi kan

    ReplyDelete
  9. Suka lah Zarif bila dapat pergi jalan dan shopping ni kan hehehehe meriah dan seronok huhuhu... Tengok semua brand yang popular dan juga jenama bagus hehehehe rugi tak pergi hari tu wakakaka....

    ReplyDelete
  10. bestnya shopping dkt genting highland! in shaa Allah next year nak pergi genting :P

    ReplyDelete
  11. Wah seronoknya dia shopping! Lagi best bila dapat layanan best dari customer service kan? Syok pulak tengok awak check condition kulit secara percuma di Kielh's hee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...