Wednesday, December 11, 2019

Tampil Bergaya Dengan Baju Preloved Dari Jalan Jalan Japan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Ingin tampil bergaya tidak semestinya kita perlu memakai pakaian yang mahal dan berjenama. Kalau kita pandai menggayakan sesuatu pakaian, pakaian yang murah juga boleh tampak mahal. Baju preloved juga boleh tampak mahal tau kalau kita pandai gayakan. Baru-baru ini aku sempat singgah ke Jalan Jalan Japan di 1 Shamelin Mall, Cheras. Tak sangka, banyak sungguh pakaian preloved yang cantik-cantik ! Ikuti butirannya.


Jalan Jalan Japan sangat terkenal dengan menjual barang-barang preloved yang cantik dan tampak seperti baharu. Jalan Jalan Japan merupakan sebuah jenama yang menjual barang preloved Jepun terbesar di Malaysia. Sudah terdapat 4 cawangan di Malaysia namun ini merupakan kunjungan pertama aku ke sana.




Rasa rambang mata bila masuk Jalan Jalan Japan nie. Banyak sungguh barang yang dijual. Perkakas dapur ada, permainan budak-budak ada, alat-alat sukan ada, alat-alat aktiviti outdoor pon ada, pakaian lelaki dan perempuan juga ada, bahkan pakaian bayi dan kanak-kanak pon ada tau. Kiranya one stop centre untuk semua benda.



Seperti yang aku cakap tadi, korang boleh tampil bergaya biarpun ia cuma pakaian-pakain preloved. Jom tengok pakaian-pakaian yang aku sempat gayakan dan beli ketika kunjunganku ke sana.


My best buy is probably this mini kimono (Refer the picture below). Harga cuma RM3 sahaja. Korek punya korek terjumpa kimono nie. Memang tak fikir lama, terus aku sambar. Nasib baik muat ! Ouh ya, aksesori pakaian seperti tali leher, tali pinggang, topi dan juga aksesori lain, kebanyakkan harga bermula RM3 dan keatas. Harga aksesori-aksesori pakaian kat sini memang murah-murah.


Kebanyakkan seluar pendek di Jalan Jalan Japan harganya bermula RM5 sehingga RM10. Manakala baju lengan panjang, bergantung pada nasib. Ada yang aku jumpa berharga RM15, ada yang harga RM20 dan paling mahal berharga RM30. Kena pandai carilah, biasanya yang harga mahal nie kualiti dia bagus sikit tapi tak bermaksud yang harga murah tu tak berkualiti. Ada je yang acntik dan berkualiti. Macam yang aku cakap, kena pandai cari dan ikut nasib.


Pakaian musim sejuk memang banyak dijual di Jalan Jalan Japan. Semua jaket musim sejuk cantik-cantik dan pelbagai style. Rambang mata nak pilih. Kalaulah Malaysia nie jenis negara 4 musim, rasa nak beli banyak-banyak winter coat. Kepada mereka yang ingin melawat negara sejuk tu, boleh cari pakaian winter di sini. Harga bermula RM30 dan keatas.


Kalau korang mencari kimono cantik-cantik dan berkualiti, boleh datang ke Jalan Jalan Japan sebab dekat sini memang banyak kimono dijual. Semuanya cantik-cantik dan pelbagai corak dan warna. Pilihlah mengikut citarasa masing-masing. Harganya pula bermula RM15 dan keatas. Paling mahal dalam RM50 sahaja. Kualiti kain memang terbaik.


Ouh ya, sebelum nak bayar tu, jangan lupa selfie dan muat naik gambar korang di Facebook page Jalan Jalan Japan. Nanti bila nak bayar, korang tunjukkan posting korang pada cashier dan korang boleh dapat diskaun sebanyak 5% tau.


Jom ramai-ramai pakat pergi ke Jalan Jalan Japan. Pasti tidak pulang dengan tangan kosong. Percayalah ! Terbaru, Jalan Jalan Japan akan dibuka di Kipmall Bangi hujung bulan December nie. Tak sabar rasanya nak ke sana. Mesti banyak barang-barang cantik ada kat situ. Jom !

Cawangan Jalan Jalan Japan
One City Sky Park USJ
1 Shamelin Mall Cheras
Centerpoint Seremban
M3 Mall Taman Melawati
Kipmall Bangi (Akan dibuka 28 December 2019)


JALAN JALAN JAPAN, 1 SHAMELIN MALL CHERAS
Lot L3-006, Level 3, 1 Shamelin Mall, 100, Jalan 4/91,
Taman Shamelin Perkasa, 56100, Kuala Lumpur.

Waktu operasi
Dibuka setiap hari (termasuk cuti umum)
10.00 AM - 10.00 PM

Sedikit sedutan sewaktu kunjunganku ke Jalan Jalan Japan, 1 Shamelin Mall Cheras. Enjoy !



14 comments:

  1. TB pun dah 2 kali pi JJJ ni.. memang borong barang mainan anak je la.. hahahah.. sebab murah sangat-sangat.. baju-baju yang zharif gayakan tu pun nampak bergaya dan masih baru .. rugi kalau sape-sape tak tahu tempat ni kan.. huhu

    ReplyDelete
  2. Fuyoo bergaya sakan ni. Acam macam fesyen ada ni. Kena seebu cecepat sebelum kehabisan stok. Harga pon murah2 jer mampu beli laaa kiranya.. gambar2 semua cun

    ReplyDelete
  3. Siapa cakap perlu spend mahal mahal kalau nak bergaya kan? Kat sini spend lil money and can look awesome like you. kan? kan? Seronok tengok you gayakan fashion.

    ReplyDelete
  4. wah, kemain OOTD dengan baju baju di jalan jalan japan ye. boleh 'have a look' kat sini bila ke KL. kot lah ada sehelai dua atau seperkara yang berkenan.

    ReplyDelete
  5. Banyak betul pilihan . Tak ke rambang mata jadinya. Cuma takut lupa diri, kita beli ikut keutamaan dulu. Yang mana nak pakai atau takde dalam koleksi kita dahulukan. Sure murah dan berbaloi shopping sini

    ReplyDelete
  6. Wah wah cantek awk bergaya..tapi brg kat jalan jalan japan mmg berbaloi dan murah

    ReplyDelete
  7. Jalan Jalan Japan memang banyak sangat pilihan baju preloved yang cantik cantik tau. Masa akak shoppingvdekat Jalan Jalan Japan jadi rambang mata dibuatnya tak tahu nak beli apa. Bukan kata pakaian saja beg, pinggan mangkuk, kasut pun ada dan nampak elok je. Rasa nak borong beli semua. Hahaha

    ReplyDelete
  8. Wowwww murah gila....

    btw, muka hensem pakai apa2 pun nampak hensem hahaha... baru berbaloi shopping berjam-jam dekat sini ;)

    ReplyDelete
  9. Kemain eh bergaya mcm2 jenis pakaian ada kat sana. Ni kalau kaum hawa pergi sana mahu dari bukak jedai sampai tutup kedai masih ada dalam tu haha

    ReplyDelete
  10. Betul. Bergaya tak semesti yang mahal dan berjenama. Cantik baju-baju kat jalan-jalan japan ni. Tak pernah lagi ke sini

    ReplyDelete
  11. Tengok harga pre loved ni yang tak tahan. Murah sangat. Kualiti pulak dari jepon mesti la jaga kan.

    ReplyDelete
  12. Syik tengok orang sis senang aje pilih baju kat JJJ, sis pilih memanjang tak ada saiz sis. Itu pun ada gak remabt satu dua..balik rumah cba.hampehhh tak sesuai sesangat

    ReplyDelete
  13. Memang seronok shopping dekat JJJ ni, banyak barang boleh dapat dengan harga paling murah. Kene pandai cari dan pilih mengikut kesukaan kita je

    ReplyDelete
  14. Zaripppp... Mintak diorg bukak satu kt Penang plus.. Jeles akak tgk korang asyik shopping dekat sni jek

    ReplyDelete