Saturday, December 7, 2019

Promosi Pakej Umrah Murah Dari Emraz Travel

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sudah menjadi impian setiap umat Islam di muka bumi ini untuk mengerjakan ibadah Umrah dan Haji. Namun tidak semua berkemampuan untuk melakukannya. Terutama sekali untuk menunaikan ibadah Haji. Tapi untuk ibadah Umrah, ia adalah sesuatu yang tidak mustahil kerana kini banyak agensi-agensi pelancongan menawarkan pakej Umrah yang sangat berbaloi dan mampu milik. Ikuti butirannya !


Baru-baru ini, saya telah mengikuti rakan-rakan lain menghantar jemaah umrah di Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur. Seronok rasanya melihat wajah-wajah kegembiraan mereka untuk ke Tanah Suci, Makkah. Jelas terpancar nur kegembiraan di wajah mereka. Rasa tertarik sama untuk ke Tanah Suci, namun belum diizinkan. InsyaAllah satu hari nanti.


Alang-alang dah berada di sana, saya tidak mahu ketinggalan untuk dapatkan info tentang pakej umrah yang mereka ambil dari Emraz Travel nie. Memang ramai betul jemaah Umrah kali nie yang mengambil pakej dari Emraz Travel. Seramai 284 jemaah berlepas ke tanah suci dengan menggunakan kapal terbang khas Saudi Airlines (Chartered Flight) yang ditempah khas buat jemaah-jemaah yang mengambil pakej dari Emraz Travel. Ini merupakan tempahan chartered flight pertama buat Emraz Travel kerana sambutan yang sangat menggalakkan.


Untuk jemaah umrah kali ini ditemani seramai 12 mutawwif yang mana mereka semuanya adalah staf tetap bagi Emraz Travel. Mereka inilah yang ditugaskan untuk menjaga dan membimbing jemaah ketika di tanah suci nanti. Jadi, semua jemaah akan mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari mutawwif-mutawwif yang berpengalaman ini.


Untuk pengetahuan semua, Emraz Travel merupakan antara 4 agensi pelancongan yang telah mendaftar dan mempunyai kontrak dengan Hotel Safwah yang mana ia merupakan hotel yang terkenal dan rasmi buat rakyat Malaysia. Jaraknya pula hanya 50meter daripada Masjidil Haram.

PAKEJ
HARGA
PAKEJ SAFWAH PLATINUM
RM 6690.00
PAKEJ SAFWAH GOLD
RM 6390.00
PAKEJ SAFWAH SILVER
RM 5990.00
PAKEJ SAFWAH BRONZE
RM 4990.00


Berita baik buat semua yang berniat untuk mengerjakan umrah pada tahun hadapan. Pihak Emraz Travel amat berbesar hati untuk mengadakan promosi pakej-pakej yang ditawarkan sempena penerbangan chartered flight nya yang pertama. Berikut merupakan butiran untuk promosi tersebut,

Tarikh mengerjakan umrah : September 2020 - April 2021
Syarat : WAJIB membuat pembayaran penuh dalam bulan Disember 2019

Pakej promosi yang ditawarkan :
PAKEJ SAFWAH GOLD (Harga biasa : RM 6390.00) : Harga selepas diskaun RM 5399.00
PAKEJ SAFWAH SILVER (Harga biasa : RM 5990.00) : Harga selepas diskaun RM 4990.00

PROMOSI INI TERHAD UNTUK 100 ORANG SAHAJA

Semoga ada rezeki untuk kami mengerjakan umrah nanti

Sekiranya kalian berminat dengan tawaran promosi dari Emraz Travel ini, boleh layarai laman sesawang mereka untuk maklumat lanjut. Atau boleh terus hubungi ibu pejabat Emraz Travel di talian : 03 - 8861 3361

Alamat pejabat : D-1-5, Blok D, Ayer@8, Jln P8G, Presint 8, Putrajaya


16 comments:

  1. Alhamdulillah selamat menunaikan umrah semua pesera yang terlibat. Semoga selamat pergi dan balik dipermudahkan sgala urusan sepanjang kat sana. Semoga pihak Emraz Travel kn terus maju dan berjaya di masa haapan. Aamin2.

    ReplyDelete
  2. Bestnya pakej umrah yang ditawarkan ini. Nanti akk nak survey lagi sbb plan nak pg umrah tahun depan

    ReplyDelete
  3. Biasa time cuti sekolah ni ramai orang yang nak mengerjakan umrah. Menarik
    Pakej daripada Emraz ni. Bagus try company yang macam ni. Tak ramai sgt macam Andalusia. Susah nak handle jemaah ramai2.

    ReplyDelete
  4. Emraz Travel ni kira trusted la kan? Sebab baru2 ni ada terbaca kes yang jemaah umrah kena tipu dek travel agent. Kesian pulak.

    ReplyDelete
  5. wahh meriah betul ye sambutan walaupun baru first tempahan chartered flight. semoga kita semua berpeluang ke sana juga satu hari nanti

    ReplyDelete
  6. Selamat pergi dan dan kembali para jemaah Umrah ..moga mendapat maqbullah sepanjang bermusafir di sana. Pakej yang ditawarkan nampak berbaloi dan yang penting ikut kemampuan sendiri.

    ReplyDelete
  7. Ada macam-macam pakej umrah sekarang ni kan.. beg tu cantik seragam semua

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, pakej umrah yang menarik. tengok orang pergi umrah teringin juga pergi Umrah macam ni. InsyaAllah nanti saya cek pakej ni

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah dah makin banyak agensi umrah sekarang. Cuma elakkan dari guna khidmat agensi yg meragukan, sebab banyak dah kes kena tipu kan. Kena bertanya dengan org yang pernah pergi umrah atau guna khidmat agensi yg terkenal

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah.. Ya Allah mudah mudahan lepas ni turn saya dan family pulak ke umrah.

    ReplyDelete
  11. Bagus ye pakej umrah Emraz ni. Leh la jdkan entry awak ni rujukan di masa hadapan hehe

    ReplyDelete
  12. Alhandulillah..suka bila ada yg dah dijemput ke Tanah Suci. Sis dh ke sana 2 kali..so kalau boleh nak naik haji pulak..sama2 kita doakan ya

    ReplyDelete
  13. Bestnye dapat gi umrah. Nanti ada rezeki nak gi imrah bolehlah survey palej umrah dari Emraz travel ni. Thank you share

    ReplyDelete
  14. In shaa Allah semoga kita semua diberikan peluang untuk ke sana. In shaa Allah ;)

    ReplyDelete
  15. Masih sekitar rm6k. Ok la, affordable.
    If mahal sgt, bettee g haji jer hi hi hi...
    Aida lom ada rezeki jejaki tanah suci, zharif.
    Impian ada deep inside me.
    Bukan x mampu buat umrah, tapi ada keperluan lain yg wajib aida beri keutamaan.

    ReplyDelete
  16. Bestnya kalau dpt pergi umrah. Teringin nak jejak kaki kat sana. Dengan ada pakej macam ni boleh la start kumpul2 duit ni. Pakej yg dorang sediakan ni mcm menarik je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...