Saturday, December 7, 2019

Tempat Lepak Best di Bandaraya KL : JUMPA @ Sungei Wang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pernah terfikir untuk ajak kawan-kawan lepak di Sungei Wang ? Pasti korang akan buat muka sambil berkata, ada apa dekat Sungei Wang ?

Betul tak ? Sama, aku pon begitu pada mulanya. Rasa macam tak ada tarikan yang ada di Sungei Wang nie. Banyak lagi tempat lain yang ada di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Kenapa mesti nak ajak lepak di Sungei Wang.

Korang jangan tak tahu, Sungei Wang sekarang dah lain tau. Beberapa bahagian dalaman di Sungei Wang telah menjalani sesi renovasi di mana kini terdapat banyak sebab untuk korang datang lepak di Sungei Wang. Ikuti butirannya !


Aku pon terkejut tau masa kawan ajak lepak di Sungei Wang nie. Rupanya ada satu bahagian di dalam Sungei Wang nie yang korang boleh terjah dan teroka. Banyak tarikan terdapat dekat sini. Tempat tu dipanggil JUMPA. Yes, JUMPA. Nama tempat tu JUMPA. Menarik kan ?


Ruang yang direka khas oleh Urban Architect Co. Ltd ini mengambil masa selama 16 bulan untuk disiapkan. Ruangan ini memang nampak begitu moden, stylish dan mewah. Tidak hairanlah syarikat yang bertanggungjawab dalam membina ruangan ini memenangi anugerah di Bangkok's Award. Memang hasil kerja mereka sangat tiptop !

Terdapat banyak tempat untuk membeli-belah, makan-makan dan minum-minum. Ia juga sebuah lokasi yang sangat sempurna untuk berhibur sesisi keluarga kerana banyak tempat hiburan yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja.


Lebih dari 100 buah kedai di dalam ruangan JUMPA yang mempunyai 6 tingkat ini. Setiap tingkat di ruangan JUMPA ini pasti memberi pengalaman yang berbeza buat pengunjung untuk berhibur dan membeli-belah. Jom kita tengok apa yang menarik dalam JUMPA nie.

1. The Little Asia - Sebuah ruangan yang mempamerkan warisan budaya kaum Peranakan yang dipamerkan melalui jubin dan ruangan yang pasti memberi keselesaan dan ketenangan buat pengunjung untuk membeli-belah.



2. The Main Creative Hub - Di ruangan ini, pengunjung dapat saksikan hasil kerja seni anak-anak muda tempatan dalam mengekspresikan karya seni mereka. Hasil seni ini juga boleh dibeli sekiranya anda berminat. Jadi jangan lepaskan peluang untuk saksikan bakat anak muda tempatan kita di ruangan ini ya.


3. Urban Street - Inilah tempat yang paling disukai ramai di mana di ruangan ini pengunjung boleh dapatkan pakaian-pakaian yang cukup trendy dan limited edition kerana corak dan design pakaian di sini sangat rare. Ia juga bercirikan odern dan minimalistik yang cukup sesuai dengan jiwa muda remaja masa kini.




Percayalah, sekali korang dah masuk JUMPA, korang pasti tidak keluar dengan tangan kosong ! Hahaha


Photo credit : Ciklilyputih.com


Dekat JUMPA nie korang boleh jumpa kedai-kedai yang menjual pakaian-pakaian sukan, peralatan untuk aktiviti outdoor dan sebagainya. Mereka yang jenis bersukan dan sukakan aktiviti outdoor, korang boleh datang tempat nie untuk beli-belah kelengkapan tersebut di sini. Macam-macam jenama ada. Antaranya PUMA, SKECHERS, ANTA dan juga OUTSIDE. Keempat-empat ini menjual pelbagai pakaian sukan dan kelengkapan aktiviti outdoor.

Photo credit : Ciklilyputih.com



Buat para wanita di luar sana, korang pasti suka datang ke outlet LOVE, BONITO nie. Kedai Love Bonito nie menjual pelbagai jenis pakaian wanita yang sangat fashionable dan trendy. Kalaulah aku perempuan, aku juga pasti meroyan masuk dalam kedai nie. Macam-macam pilihan ada.


Harga-harga pakaian di LOVE, BONITO juga sangat berpatutan dan mampu milik. Kualitinya juga sangat bagus. Seriously, korang yang jenis suka berfesyen tu, kena datang sini. Percayalah, mesti korang tidak keluar dengan tangan kosong. Aku yang lelaki nie pon masuk sini terbeli dua helai cardigan, acano tu ?



Juga, pengunjung boleh singgah ke kedai pakaian ALL TOGETHER, di mana di sini mereka menjual pakaian-pakaian jenama online terkemuka Singapura. Boleh dapatkannya di kedai All Together.

Tengoklah gelagat masing-masing bila membeli-belah. Sampai tak cukup tangan dibuatnya

Hasil membeli-belah di JUMPA

Seperti yang aku bagi tahu di awal tadi, JUMPA bukan sahaja tempat untuk membeli belah, tapi juga tempat untuk emlakukan pelbagai aktiviti dan juga hiburan. Namun, tempat-tempat ini masih lagi dalam proses pembinaan, belum 100% siap dan belum dibuka pada umum. InsyaAllah awal tahun depan, pengunjung dah boleh masuk ke tempat-tempat ini. Antara tempat-tempat menarik dalam JUMPA yang bakal dibuka kepada umum tak lama lagi ialah,


1. MINNATURE

Di dalam tempat nie, menempatkan replika-replika kawasan terkemuka dan sinonim di Malaysia dalam bentuk mini. Korang boleh saksikan betapa cantiknya pandangan dari atas bumi Malaysia kita. Setiap bangunan yang di replika dibuat begitu terperinci mengikut bentuk bangunan sebenar. Sangat-sangat kagum dengan hasil kerja mereka !


2. BEAST PARK

Beast Park pulak untuk korang lakukan aktiviti outdoor di dalam indoor. Korang boleh buat climbing gym, active playground yang menyediakan ninja course dan parkour, beast net floating dan macam-macam lagi aktiviti outdoor lain di dalam Beast Park ini. Kami sempat mencuba climbing gym di sini. Memang sangat mencabar ya ! Nampak sahaja mudah. Tak sabar nak datang lagi bila ia dah 100% sedia untuk umum.



Seriously weyh, satu hari kami teroka dalam JUMPA nie. Memang tidak mengecewakan. Banyak sungguh tarikan di sini. Sebab tu ia sesuai dijadikan lokasi untuk korang lepak dengan kawan-kawan. Dan sudah semestinya bila dah penat tu, kita akan cari tempat makan. Tak perlu pergi jauh-jauh, dalam JUMPA nie pon banyak pilihan tempat makan yang best-best dan sedap-sedap. Kami singgah makan di Dodo Dim Sum & Bowls.

Photo credit : Marcus Osmand


Makanan dekat sini sangat terbaik !! Menyajikan hidangan-hidangan sinonim masyarakat Asia. Sangat kena dengan tekak aku. Sedap ! Terutama sekali hidangan tom yam di sini. Terbaik tokk !! Harganya pula berpatutan dan portion dia agak besar. Boleh kongsi berdua. Dodo Dim Sum & Bowls di JUMPA ini merupakan cawangannya yang pertama di Kuala Lumpur tau. Jadi tak dapat di tempat lain. Kalau datang, wajib singgah makan kat sini okay !

Menarik bukan tempat JUMPA nie ? Apa lagi, Jom jumpa di JUMPA, Sungei Wang minggu nie.


Photo credit : Marcus Osmand

18 comments:

  1. Seronoknya tengok hangpa semua berJUMPA. Hari tu Rawlins pergi gak sebab nak jengah JUMPA tapi terpaksa berpatah balik sebab tak cukup cash. Haha

    ReplyDelete
  2. banyak tempat best ni, dah lama betul tak turun kl. turun pun kejap jer.

    ReplyDelete
  3. Sungai Wang always the in the plan whenever we visit KL and now dah stay KL, bolehlah pergi selalu

    ReplyDelete
  4. Dah lama sebenarnya tak ke Sg Wang. Wah dah cantik... insyaAllah namti kita jumpa lah kat JUMPA ni. Menarik nampak.

    ReplyDelete
  5. Cool post! These are all the hotspots in KL foreign tourist should visit. You cover all well and all the pictures you used are good too. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  6. lama tak lepak kat sungei wang... Seriouslaahhh dah ada kinda of beast park and minniature

    ReplyDelete
  7. wow....banyak shopping ya ! Menarik sungguhla JUMPA ni sesuai sangat dengan namanya . Tak sabar nak singgah sana sebab boleh cari banyak benda dalam satu tempat . Kepala pun tak pening . Lagi pun bila bawak anak , boleh jugak dyorang ber'aktiviti . Weekend ni serbu sana !

    ReplyDelete
  8. Nampak lain betul sungei wang sekarang. Dh upgrade jadi JUMPA ni konfirm ramai hipster lepak sini

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak pi Sg Wang. Dulu memang selalu datang kalau nak cari barang2 sebab murah. Especially dress2 utk dinner or barang salon. Nampak lebih cantik lepas renovasi. Nak pi lah weekend ni.

    ReplyDelete
  10. Tadi dah sampai kot area Bukit Bintang... Awat tak terfikir nak singgah sini T-T

    ReplyDelete
  11. Menarik.
    Nama JUMPA tu is so kreatif. Simple tapi special.
    Konsep nyer nampak happening. Memang menjemput kita membeli.
    Aida x pernak ke sg wang, tau.
    Lama dulu dok kl, tapi x pernah gi :) hi hi...

    ReplyDelete
  12. Ni orang tak panggil tempat lepak tapi tempat JUMPA wakakakak memang suka lah budak-budak remaja sekarang ada tempat macam ni banyak jual macam-macam barang pakaian dan juga makanan serta ada juga aktiviti lasak kat situ best lah kena pergi ni jom awak kita JUMPA kat sana..

    ReplyDelete
  13. bestkan lepak, makan..and repeat ehhh hahahaha..moga kit adapat lagi datang sini dan shopping..best giler sbb byk brg best kat sini

    ReplyDelete
  14. Dapat keluar shopping gan korang memang heaven sgt. Boleh beli sama2 design dn boleh suggestkan beli apa. Rindu pulak nak jumpa korang kat Jumpa @ sungei wang lagi

    ReplyDelete
  15. pergh syok juga tempat dia ye..sampai 6 tingkat..tak ingtla pernh ke tak pergi sungai wang..hahaa..sebb lepas kawin dengn org kl baru tau nama2 dekat kl ni..seblum ni mmg jarang ke kl..nanti boleh ajak suami ke sini

    ReplyDelete
  16. Jarang sangatlah emi pergi sungei wang ni, boleh kira dengan jari. Sebab rasa macam takde urusan nak ke sana, lagi pulak memang taktahu pun apa yang best kat sana.

    ReplyDelete
  17. baru buka rupanya. patut la tak ernah dengar. macam macam ada dlam tu. sesuai untuk golongan muda datang lepak dan shopping. ranggi habis.

    ReplyDelete
  18. nampak ramai juga dah pegi sg wang ni. insyaAllah bolehla datang nanti dah lama tak pi sana

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...