Tuesday, December 31, 2013

Arabian's Night Dinner PSYCH UPSI

Assalamualaikum

Pada 20 Disember yang lalu, telah selamat satu majlis makan malam yang bagi aku sangat memberikan aku tekanan yang amat tinggi. Hal ini kerana, aku merupakan pengarah program majlis makan malam itu. Tak rasa bangga pon jadi pengarah program. Bagi aku, ia sangat membebankan. Taubat dah lepas nie tak nak lagi ada apa-apa jawatan tertinggi dalam sesuatu program. Kalau boleh cuma nak jadi pengikut je. Tak perlu nak risau apa-apa. Tinggal bayar je berapa yang kena bayar then pergi program tu.


Persiapan majlis makan malam, agak memenatkan. Setiap minggu ada perjumpaan dengan para AJK. Ada satu kali tu kitorang buat meeting dekat masjid, lepastu kene halau dengan orang tua mana entah. Terbakar je rasa hati ini.



Banyak masalah nak buat dinner nie. Tarikh bertukar-tukar, tempat bertukar-tukar, yuran makanan bertukar-tukar. Kenapa tak tukar je pengarah dia sekali ? Senang sikit kerja aku. Hihi. Yuran 7 ringgit je so memang banyak lah cost yang kami kena potong.



Dan tibalah sehingga ke majlis makan malam tersebut setelah berminggu membuat persediaan.




Sebagai pengarah program, aku kena duduk dalam bilik VIP dan layan VIP-VIP yang dah sampai sementara menunggu VIP lain. That was the most awkward 30 minutes of my life. Krikk krikk bunyi cengkerik. Aku asyik tengok jam tak sudah-sudah, bila lah dorang nak panggil naik nie.


Majlis dimulakan dengan perarakan masuk VIP ke meja makan. Lepastu persembahan pembukaan oleh AJK aktiviti. Ada kata alu-aluan dari perasmi dan pengarah program. Ketaq aku masa nie. Dahlah ucapan dalam english. Berhabuk jugalah slang omputih aku masa tu. Tengah mandi hafal, sebelum majlis hafal. Tiba masa nak bercakap, habis semua lupa. Choii sangat.


Persembahan pembukaan.




Nama majlis makan malam nie Senandung Kasih Terukir Puisi, ianya merupakan majlis amal makan malam. Kami menjemput anak-anak yatim dari Pusat Penjagaan Anak Yatim dan Miskin Baitul Mahabbah, Tanjung Malim. Tapi malangnya, tengah bulan cuti sekolah jadi anak-anak tu tiada di rumah penjagaan. Yang hadir cuma pemilik pusat penjagaan tu, Ustaz Hazan nama dia.



Menu pada malam itu ialah nasi beriyani, yang mana ia sangat sedap bagi aku. Meja VIP ada extra menu iaitu daging kambing. Makan dengan VIP tak best sebab tak nikmat, makan kena sopan. Tapi dalam pada tak nikmat tu boleh juga tambah nasi, acano tu Zharif ?
























Macam-macam jenis persembahan ada. Selain itu juga, kita ada cabutan bertuah. Majlis makan malam kali ini tiada anugerah untuk bress dress. Asalnya kita nak buat, tapi kena cut cost, kita cancel benda nie. Sebenarnya boleh je kalau nak buat, cumanya masa terdetik nak buat tu dah last minute sangat. Jadinya tak adalah buat.



Lepas semua persembahan selesai, acara kemuncaknya adalah sesi bergambar beramai-ramai.






Majlis tamat dengan jayanya. Alhamdulillah, everything went smooth as planned.


Special thanx to my team. I can't thank you enough for all your hard work and help making sure everything went off without a hitch. You guys truly are outstanding team.

6 comments:

  1. Aku nmpak Aiman Bahnan dlm satu gmbar kau tdi. Betul ke tu Aiman Bahnan? hahahhaaa

    ReplyDelete
  2. wow .nice review. by the way makanan malam tu sangat sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :) agaknya anon nie sape lah erk ... *curious*

      Delete