Thursday, December 12, 2013

10 Sebab kenapa patut simpan saya di KHAR

Assalamualaikum

Alhamdulillah, 10 Disember yang lalu telah pon selesai menghantar borang permohonan kolej beserta laporan aktiviti kolej. Berbekalkan 10 kupon aktiviti, aku harap ia mencukupi bagi memastikan keberadaan aku di kolej ini untuk sem hadapan. Aku hanya mampu berserah padamu ya Allah. Bukakanlah pintu hati mereka-mereka yang menetapkan penempatan pelajar-pelajar di dalam kolej. Semoga aku termasuk di dalam senarai yang dapat itu. Aminn.


Bagi menguatkan lagi kenapa perlu kekalkan saya dalam Kolej Harun Aminurrashid, di sini saya nak bagi 10 sebab :

1. Saya tidak merokok. Kalau tak percaya boleh cek paru-paru saya. Tibehhh !

2. Saya jenis orang yang senyap, jadi gangguan bunyi di KHAR insyaAllah tidak akan berlaku sekiranya saya dipilih menetap di KHAR. Saya dengar lagu pon pakai earphone. Tengok movie pon pakai earphone sebab saya tak nak mengganggu ketenteraman orang lain. Saya berpegang pada prinsip "Tak semua orang suka apa yang kita suka dengar". Saya pon kadang mengharap orang lain mempunyai prinsip seperti saya, tapi malangnya ada yang tidak. Tapi tak apa lah.

3. Haritu masa Karnival Sukan Tahunan KHAR (KaSuT) saya menang tempat kedua dalam acara 4x400m sampai satu badan sakit-sakit. Seminggu jugalah menderita. Takkan tak nampak lagi ke kegigihan saya tu ? Perlukan kanta pembesar ?

4. Saya seorang yang pembersih, insyaAllah bilik yang saya dapat saya akan jaga dengan baik. Rumah dan toilet saya tak boleh janji tau, sebab ada lah beberapa ketul samdul yang tak bertamadun yang masih lagi tak reti nak jirus air kencing lepas kencing walaupon dah tampal memo besar-besar depan pintu bilik air. Mohon sentap.

Memo yang saya tampal di pintu-pintu bilik air rumah saya

5. Saya tidak bawa apa-apa kenderaan di kolej. Ada juga bercadang untuk membawa motor ke sini tetapi ibu tidak mengizinkan. Jadi jangan risau soal kawasan parkir di KHAR, saya tidak akan menambahkan lagi kepesatan kenderaan di KHAR. Saya penumpang setia bas Kiffah UPSI, walaupun saya perlu berebut dan menunggu lama, tapi saya tetap setia.

6. Kita terus kepada sebab yang ketujuh.

7. Saya sangat aktif di kolej. Apa jua aktiviti atau program yang pihak KHAR buat, saya akan join, as long as dapat kupon aktiviti ataupon mata myCat. Maaf bab nie saya terpaksa demand sikit, saya tak buat benda free.

8. Saya seorang yang penyabar. Buktinya sekiranya wifi UPSI JARING ada masalah, saya tidak melatah atau mengamuk pergi pejabat kolej mahupun buat rusuhan depan rumah felo. Paling teruk saya buat pun cuma mencarut dalam twitter je. Tapi maaflah akaun twitter saya private, jadi nak skodeng tu tak dapat. Maaf sekali lagi.


9. Walaupon ada Unit Kediaman Luar Kampus, tapi saya tetap nak duduk di KHAR. Bagi saya KHAR menjaminkan keselamatan kepada saya. Walaupon ada kes curi itu curi ini, tapi saya tetap rasa selamat di KHAR berbanding duduk di luar.

10. Saya dah tak tahu nak kipas apa lagi, harap maklum.

Jadi dengan berakhirnya sebab yang ke-10 itu tadi, maka saya berharap pihak KHAR dapat menimbang kan permohonan saya ini. Segala kerjasama dan keprihatinan pihak KHAR saya dahulukan dengan ucapan ratusan ribuan jutaan terima kasih.

Yang benar,
Insan innocent pijak semut tak mati.


Semoga aku tersenarai antara yang terpilih untuk menetap di kolej KHAR untuk sem hadapan, Aminnn. I LOVE KHAR !!

Hari Sabtu ini, aku akan mewakili kolej KHAR dalam acara catur untuk pertandingan antara kolej-kolej kediaman UPSI atau dikenali sebagai sukan SUPER UPSI 4. Doakan aku ya. Mereka yang bertanding semua hebat-hebat belaka dan berpengalaman. Rasa kecik je diri ini. Takut, cuak, gementar semua ada.

16 comments:

  1. kau tahu aku gelak sepanjang baca entry ni. yup, apa pon aktiviti yang kita join demi KI klo UiTM laa. Duduk kolej senang,selamat, kos murah walaupon ada perkara yang kita tak puas hati. Semoga kau dapat kolej. Lelaki kat tempat aku sem 1 je dapat duduk kolej. Kira kau beruntung dah tu. Good luck for your final.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xper, duduk dalam murah sikit kan.. duduk luar bagi aku mahal .. memang lah boleh memasak tu semua, tapi still aku prefer duduk dalam...

      thanx weyhhh !! =D

      Delete
  2. The appeal is a good idea yet hilarious, lol... Thanks for the widget link sharing up there. I've learned a lot from your site. - Silent reader since 2011

    ReplyDelete
  3. salam. awak pakai baju hijau kan time perlawanan catur? I think so...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam... aah saya pakai baju hijau muda =) hihi

      Delete
    2. saya ada jugak masa tu ikut pertandingan.

      Delete
  4. what a cool blogger...senyum2 aku baca entry...haha

    ReplyDelete
  5. Serius! Entri yang ni lawak.. Hohoho

    -nuyu ecah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ecah hoho datang melawat , terharu tau =') terima kasih ecah ^^

      Delete
  6. Moga dapat stay di KHAR ya ;)

    P/S : Kenapa saya senyum awak tak senyum balikkk ? Malu tahu . *terjun Malim Sarjana* :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah dapat stay di kolej lagi =)

      dekat mana ? maaf saya pon xingat bila saya tak senyum tu =)

      Delete
    2. Alhamdulillah tahniah tahniah. *tepuk bahu*

      Cafe KUO. You were sitting in front of the gerai waiting fr your order alone. Eh sejak dua menjak ni hari hari lah nampak awak kat KUO =.=

      I will smile, again. Tunggu.

      Delete
    3. saya dah agak mesti yg itu. saya pon pelik kalau ad org senyum dekat saya sdgkan sy xkenal org tu, jadi saya akan assume org tu baca blog sy ataupon junior saya.... dan sy pasti akn senyum balik.. sometimes rasa awkward and pelik bila sy buat mcm tu. hahahaa

      btw masa tu kan ramai org so saya ingat awak senyum dekat org lain.. takut sy perasan pulak kalau sy senyum dekat awak kan , nanti malu saya .. hahahaa =) btw sorry ... insyaAllah lepas ni sy akan lebih alert ^^

      Delete
  7. Wah wah wah betul ke ingat ni yay yay yay. Takde lah, saya rasa excited sebabnya belog awak lah yang mula mula saya baca masa nak masuk UPSI. Saya enjoy baca dan sangat puashati. Jadi terdetik kot lah boleh jumpa blogger ni one day. Ok tak sangka boleh nampak awak. Thanks again :)

    Teruskan berkarya ya :D

    ReplyDelete