Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tanpa gimik murahan, tanpa gelaran yang menggunung, Kak Ell berjaya capai jualan RM34 juta dalam masa setahun. Satu pencapaian yang cukup hebat dari seorang anak penoreh getah dan kini bergelar usahawan kosmetik berjaya.
Sharmila Johan, 41, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ell, menghasilkan produk kosmetiknya sendiri di bawah nama Kak Ell dengan tagline "Memang Cantik" pada 4 tahun yang lalu. Bermula secara kecil-kecilan dan kini walaupun baru menginjak usia 4 tahun, perniagaan kosmetiknya semakin melebar dan empire perniagaannya semakin meluas.
Beliau rasa begitu bersyukur kerana walaupun tiada gimik murahan atau menggunakan influencer untuk mempromosikan produknya, namun produknya boleh diterima masyarakat dan dikenali ramai orang. Semua ini adalah hasil titik peluh beliau dan team nya yang gigih memuatnaik video setiap hari untuk menerangkan fungsi dan cara penggunaan produknya.
Beliau rasa lebih selesa mempromosikan produknya sendiri kerana beliau merasakan ia lebih telus kerana beliau menerangkan mengenai produknya berbanding hanya menunjuk muka dan mengatakan produknya bagus sekiranya mengambil influencer mempromosikan produk Kak Ell. Usahanya itu sangat membuahkan hasil apabila syarikatnya telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.
Kak Ell berkata lagi, beliau rasa lebih seronok sekiranya produk dan dirinya dikenali kerana usahanya yang bersih berbanding menggunakan gimik kotor yang hanya merosakkan nama dan reputasinya. Memang gimik sedemikian mampu menaikkan nama dan produknya, tapi trend sebegini hanyalah untuk satu satu masa tertentu sahaja. Selepas itu ? Akan ada benda tular baharu. Jadi kena buat lagi video tular baharu hanya untuk kekal relevan. Sampai bila nak lakukan semua tu ? Tanya Kak Ell.
Menyambut ulang tahun penubuhan Kak Ell yang ke-4 baru-baru ini, wanita bertudung itu turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars. Beliau baru sahaja menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar-pelajar.
Nama Kak Ell yang selalu kedengaran di corong radio Suria FM ini ditemui sewaktu acara Kak Ell Fantasy Night yang berlangsung 15 Oktober lalu di Doubletree by Hilton, Shah Alam. Turut dilancarkan produk ke-48 syarikat miliknya yang dipanggil sebagai Fairy Glow Oil, sebuah produk saiz poket yang berasaskan gabungan lima minyak terpilih. Produk terbaharu ini boleh digunakan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang dilancarkan bulan lalu.
Seronok dapat menghadiri makan malam gala Kak Ell bersama kakitangannya pada malam itu. Cukup terhibur dengan persembahan hebat dari Amir Masdi dan gelagat stokis-stokisnya sepanjang makan malam tersebut berlangsung.
Semoga terus sukses buat Kak Ell dan team !
No comments:
Post a Comment