Sunday, October 30, 2022

Lagu SWIPE Dinyanyikan oleh ALYPH Menjadi Satu Fenomena di Tiktok Sejak Dilancarkan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Lagu yang tengah tular di laman Tiktok ketika ini iaitu lagu "Swipe" yang dinyanyikan oleh penyanyi berbakat kelahiran Singapore, Alyph, menjadi satu trend anak muda dan juga selebriti-selebriti terkenal tanah air untuk dijadikan postingan mereka. Lagunya yang cukup catchy dan cukup berkait dengan peredaran masa kini.


Alyph cukup terkenal di Singapura sebagai seorang penyanyi hip hop bahkan nama beliau sering diperkatakan dan dikaitkan dengan ramai nama besar dalam hip hop Asia Tenggara. Terbukti baru-baru ini setelah memenangi anugerah Young Songwriter of The Year anjuran Composers and Authors Society of Singapore (Compass) baru-baru ini.


Lagu Swipe terbarunya ini mengisahkan era percintaan menerusi aplikasi di mana kita perlu tampil yakin dan mempunyai harga diri apabila cuba mencari sesebuah cinta di aplikasi. Melodinya yang catchy pasti akan terus menangkap halwa telinga pendengar. Lagu ini juga menampilkan gandingannya bersama usahawan terkenal tanah air yang cukup versatil iaitu Dato Seri Vida.



Penampilan DSV dalam muzik video atau lagu ini menambahkan lagi aura lagu ini. Ditanyakan mengapa memilih DSV untuk turut digandingkan, kata Alyph beliau cukup tabik dengan keyakinan DSV dan DSV sentiasa menjadi dirinya sendiri  biar apa jua komen dan kata-kata yang dilontarkan kepadanya. Ketidakhirauan beliau akan semua kata-kata itu menunjukkan beliau sangat berkeyakinan dan amat sesuai dengan mood lagu Swipe ini.


Muzik video yang mendapat sentuhan Shahrin Bahar untuk lagu Swipe ini merupakan inspirasi Alyph melalui visi dan pesona dirinya sendiri. Boelh saksikan video muzik tersebut di bawah ini. Enjoy !

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...