Tuesday, October 18, 2022

Kedai Repair Phone Murah Shah Alam - GILA GADGETS

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie aku nak kongsi lokasi baiki phone dan kedai aksesori telefon dan gadget murah di kawasan Shah Alam. Bila kita berpindah rumah nie, banyak benda kita tak tahu. Nak dijadikan cerita, phone aku ada masalah sedikit. Entah kenapa tiba-tiba meragam. Walaupun kerosakan minor tapi agak annoying jugalah. Nak tak nak memang kena betulkan juga. Oleh kerana aku masih baru dekat kawasan nie, makanya aku masih tak tahu apa yang ada dekat kawasan rumah aku. Google punya google, aku dipertemukan dengan Gila Gadgets nie. Dekat je lokasi nie dengan kawasan rumah aku. Ikuti butirannya !


Lokasi kedai Gila Gadgets nie sangat berhampiran dengan MSU dan AEON Mall Shah Alam. Satu lokasi yang cukup strategik. Rupanya, cawangan Gila Gadgets di Shah Alam nie masih lagi baru. Besar kedainya, macam-macam ada dijual dalam nie. Ya, aku cakap cawangan sebabnya Gila Gadgets nie agak popular juga kerana sudah memiliki 5 buah cawangan dan cawangan Shah Alam merupakan cawangan terbaru mereka.


Apa yang aku suka mengenai kedai Gila Gadgets nie ialah dari segi servis baiki phonenya. Handphone aku nie memang dah biasa sangat rosak, jadinya aku dah pernah pergi ke beberapa kedai membaiki telefon dan kedai baiki telefon Gila Gadgets nie bagi aku sangat tiptop. Tiptop dari segi servis dan juga kualiti barang. Oleh kerana aku sangat berpuas hati dengan servis mereka, sejak dari itu aku akan hantar ke kedai Gila Gadgets bila telefon aku rosak. Bahkan kalau kawan-kawan aku tanya pasal kedai baiki phone, aku akan sangat sarankan untuk datang ke Gila Gadgets.



Kenapa aku rasa kedai baiki telefon Gila Gadgets nie tiptop ialah servisnya yang pantas. Dalam masa 30 minit pon boleh siap. Tapi bergantung jugalah pada kerosakan peranti korang tu. Kedua, pembaikian dilakukan secara berhadapan. Kita dapat saksikan dengan mata sendiri cara mereka bekerja dan ketelusan dalam membaiki peranti kita tu. Seterusnya ialah, alat ganti yang digunakan adalah original dan berkualiti. Bukan betulkan harinie, besok dah rosak balik. No no no.




Staff Gila Gadgets juga cukup mahir dan berpengalaman dalam bidang baik pulih telefon nie. Sebab tu hasil kerja mereka sangat bagus. Dan paling yang aku suka ialah, harga pembaikian sangatlah murah kalau nak dibandingkan dengan kedai-kedai baik pulih telefon sebelum ini. Itu yang paling best ! Aku percaya, bilamana telefon kita rosak, terutama sekali sekiranya peranti anda ialah sebuah peranti Apple, perkara yang ditakutkan adalah harga untuk membaik pulih telefon tersebut. 


Ouh ya, Gila Gadgets Cawangan Shah Alam nie cukup besar dan menjual pelbagai aksesori telefon. Pasti rambang mata bila masuk ke kedai nie. Di samping untuk membaiki telefon, aku juga sedang mencari lens untuk kamera telefon aku. Maklumlah, sejak pakai peranti bermata tiga nie, sangat risau ya kalau tidak lindungi mata lensa pjone ku itu. Cari punya cari, barulah berjumpa apa yang aku cari.



Gila Gadgets ini juga tidak terbatas cuma ada aksesori telefon sahaja, aksesori laptop, aksesori ipad dan aksesori peranti lain banyak boleh dapatkan di sini. Harganya yang berpatutan, bermacam jenis dan juga berkualiti.

GILA GADGETS SHAH ALAM
22A, Jalan Boling Padang F 13/F,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Tel : 019 - 982 0531


Waktu operasi : Isnin - Ahad (10 AM - 10 PM)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...