Sunday, October 30, 2022

KILOSHOP - Kedai Bundle yang Berkonsepkan Pembelian Timbang Kilo

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Siapa dekat sini peminat pakaian bundle ? Kalau anda adalah orangnya, meyhh sini nak bagi tahu ada satu kedai bundle yang baru sahaja dibuka di Setia Eco Hill Mall, Semenyih. Kedai bundle tersebut diberi nama KILOSHOP. Ikuti butirannya !


Kedai bundle KILOSHOP merupakan sebuah kedai pakaian terpakai yang menggunakan konsep timbang kilo. Jangan ingat produk muka je ada timbang kilo, jual baju pon ada konsep timbang kilo juga tau. Satu konsep yang cukup berbeza daripada kedai-kedai bundle yang aku pernah pergi sebelum ini. 


Perasmian kedai KILOSHOP pada minggu lalu telah disempurnakan oleh pengasasnya sendiri Muhammad Abdul Mifzal Bin Mukris dan pengasas bersama, Nurul Izah Binti Nasarudin, Muhammad Ariff Husna Bin Jamaluddin.





Slogan KILOSHOP iaitu Pilih, Timbang dan Bayar. KILOSHOP menawarkan pembelian pakaian bundle dan pre-loved yang lebih berbaloi. Terdapat beberapa kadar/kilo berbeza yang ditetapkan oleh tag warna yang berlainan pada setiap pakaian. Pakaian disusun dengan cukup teratur. Yang penting, suasana di dalam kedai KILOSHOP tidak seperti berada dalam sebuah kedai bundle. Rasa macam sedang membeli-belah di butik-butik pakaian berjenama. Sangat cantik dan eksklusif !



Kesimpulannya, konsep KILOSHOP ini berasaskan sepenuhnya pada kitar semula pakaian bundle dan pre-loved yang mencari kehidupan baru. Pakaian yang dikategorikan bundle dan pre-loved akan memberi makna baru kepada pemiliknya. Pembelian secara kilo memberikan pengalaman yang menyeronokkan, unik serta praktikal buat setiap pelanggan di KILOSHOP. Apa tunggu lagi ? Ayuh kita serbu kedai bundle KILOSHOP ini.


Butiran lanjut boleh layari laman sesawang mereka di :

Facebook : KILOSHOP
Instagram : KILOSHOP

KILOSHOP
A-03-02, Pusat Komersial Dataran Ecohill, Jln Ecohill 1/2, 43500 Semenyih, Selangor

No comments:

Post a Comment