Wednesday, November 2, 2022

Ilham Seni Tarikan Baharu Kampar Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Satu lagi lokasi menarik di Kampar yang boleh dikunjungi iaitu Ilham Seni. Ia baru sahaja dilancarkan pada 23 September yang lalu oleh Dato' Mohamed Radzi, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan. Ikuti butirannya !


Idea untuk mencantikkan kawasan lorong belakang bangunan di Daerah Kampar ini tercetus apabila melihat potensinya untuk dijadikan kawasan tarikan pelancong. Maka dengan itu, dengan kehebatan pelukis-pelukis tempatan daripada Persatuan Pelukis Perak, terhasilah karya indah yang tersergam indah di dinding-dinding yang dahulunya buruk dan tidak dipandang. 



Lukisan mural yang terdapat di dindidng bangunan ini merupakan perkara-perkara yang cukup sinonim dengan bumi Kampar. Setiap lukisan tersebut menceritakan apa yang ada atau apa yang menarik ada di Kampar. Ia diceritakan melalui lukisan mural. Jadi sedikit sebanyak, pengunjung boleh mengetahui keunikan dan tarikan yang ada di Daerah Kampar ini.




Dua lorong bangunan telah dijadikan tapak pertama untuk Ilham Seni ini. Mendengar khabar, mural dinding ini akan ditambah dari masa ke masa untuk lorong-lorong blok lain yang terpilih. Ini merupakan satu usaha yang cukup baik dalam memperkenalkan bumi Kampar kepada pengunjung melalui lukisan mural dan sekaligus dapat mengetengahkan bakat pelukis-pelukis tempatan negara kita untuk projek seperti ini.




Antara lukisan mural yang terdapat di Ilham Seni ini ialah Heritage House Gopeng, Lompat Getah, Tarik Upeh, Durian, Itik, Kelamai, Disney Avenue Agacia Land, Air Terjun Batu Berangkai, Berakit di Jeram Sungai Kampar, Ladang Teh Gaharu, Kapal Korek, Air Terjun Sungai Salu, Peta Kampar, Gua Tempurung, Rafflesia, Burung Heron, West Lake of Kampar Ikan Raja, Bunga Cassia Biflora, Mendulang, Waterfall Abseiling dan Paip Besar, Gopeng.


Beberapa lukisan mural yang ada di Ilham Seni ini, telah menjadi aktiviti dan lokasi penerokaan kami sepanjang bercuti ke bumi Kampar selama 3 hari 2 malam pada bulan lalu. Nanti aku bawakan korang ke lokasi-lokasi menarik dan aktiviti-aktiviti yang kami lakukan sepanjang 3H2M berada di Kampar.



Entri ini bersempena familiarisation trip be-You-tiful@Kampar selama 3H2M di daerah Kampar, Perak
yang dikelolai oleh Majlis Daerah Kampar Perak.

Official Photographer : Abeden

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...