Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie aku nak share dengan pembaca Jejakakaula akan satu restoran makanan laut yang best dekat Kuala Lumpur nie. Susahnya nak jumpa makanan laut yang sedap, segar dan harga yang tak cekik darah zaman sekarang nie. Nak-nak pula dekat kawasan Kuala Lumpur. Susah derr nak jumpa.
Restoran yang aku jumpa pada minggu lalu sewaktu gathering makan-makan dengan kawan-kawan ialah Restoran Seafood Zaman Ku yang terletak dekat Galaxy Ampang Mall, Kuala Lumpur. Siapa sangka dekat sebuah mall yang ibaratnya seperti segan hidup mati tak mahu ini, terdapatnya sebuah restoran makanan laut yang sedap, segar dan berpatutan. Sebabtu jangan pandang dari luaran sahaja, kena explore dalaman juga.
Restoran Seafood Zaman Ku ini merupakan sebuah restoran makanan laut yang dimasak dengan cara masyarakat Cina. Bekalan makanan laut di sini amatlah segar kerana ia dibawa dari Sabah dan Indonesia setiap hari. Malah, ketam nipah mereka semuanya masih hidup sebelum ia dimasak. Bukan ketam sejuk beku okay.
Deep Fried Fish With Signature Nyonya Sauce |
Deep Fried Sotong in Salted Egg |
Deep Fried Tiger Prawn With Superior Soy Sauced |
Banyaklah menu yang kami order malam tu. lebih kurang 8 menu kesemuanya. Kesemua 8 menu ini sedap belaka. Tak jumpa tang mana yang tak sedap. Serius bukan nak kipas ke apa, tapi memang semuanya sedap-sedap.
Kam Heong Style Lala |
Signature Lamb Flap in Claypot |
Four Season Vege |
Thai Style Homemade Beancurd |
Yang aku tak puas hati sekarang ialah harga dia weyhh ! Murah sangat tak terkata. Kalau korang perhatikan dekat laman sosial mereka, promosi 3 ketam nipah saiz L berharga cuma RM48 sahaja !! Memang gila lah. Aku pernah makan ketam nipah saiz begitu paling-paling dekat RM150 tau. Tapi dekat Restoran Seafood Zaman Ku nie, cuma RM48 sahaja untuk 3 ketul ketam nipah bersaiz L.
Signature Crab In Chilli Style |
Hidangan ketam nipah nie merupakan hidangan signature dekat sini iaitu Crab in Chilli Style. Wajib order menu nie. Tak order, ibarat tak datanglah restoran nie. Cicahlah pula Mantao Bun dengan sos dia, ya Allah sedap gila ! Tak lupa juga hidangan-hidangan lain yang kami order pada malam tu. Lala masak Kam Heong tu sedap juga, ikan masak bersama Nyonya Sauce tu pon sedap.
Restaurant Seafood Zaman Ku
Galaxy Ampang Shopping Centre, LG-J1,
Mall, Jalan Dagang 5, Taman Dagang Jaya,
68000 Ampang Jaya, Selangor
Laman sesawang : https://feedme.cc/naxienian
Tel: 018 - 234 1010 atau 018 - 216 0000
No comments:
Post a Comment