Saturday, November 5, 2022

Meer Nash Kembali Dengan Single Terbaru Berjudul KAJIMA

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mendapat jolokan Oppa Malay pada program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) 2020, penyanyi Meer Nash berjaya membuktikan pembabitannya dalam industri muzik tanah air berbaloi. Apatah lagi selepas dia turut berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu berjudul ‘Saranghae’ berkonsep K-pop yang dilancarkan tahun lalu. Kini beliau kembali dengan single terbarunya berjudul Kajima. Ikuti butirannya !


KAJIMA hasil ciptaannya bersama Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong dan Asyraf Nasir. Lagu ini ditujukan kepada bekas kekasihnya yang membuatkan dirinya susah nak ‘move on’ selama dua tahun. Tercetusnya idea menghasilkan lagu KAJIMA muncul ketika dia tidur petang. Idea ini dibawa kepada MFMF dan lagu ini siap dalam masa beberapa jam saja.


Bagi penghasilan video muzik, Meer Nas bekerjasama  buat pertama kali dengan WP Production dan beliau cukup kagum dengan alat yang mereka miliki seperti kren dalam industri muzik Korea. Semua orang sangat efisyen dan pengurusan masa yang baik sekaligus membuatkan proses rakaman muzik video lagu ini sangat lancar. Menukar lima pasang persalinan baju dan mengambil masa selama 18 jam.



Cabaran sewaktu buat MV pula, baju banyak berlakunya ‘wardrobe malfunction’ dan jurugaya kena jahit ketika itu juga seperti aksesori yang tercabut dan baju yang ketat sehingga memberi had kepada Meer Nash untuk melakukan setengah pergerakan ketika penggambaran MV Kajima.


Single KAJIMA boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music. Boleh tonton muzik video KAJIMA di bawah :

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...