Tuesday, November 22, 2022

Neymar Jr Duta Baharu Mister Potato

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersempena Piala Dunia 2022 yang sedang hangat ditontonkan, Mister Potato telah memeterai perjanjian dengan NR Sports untuk melantik Neymar da Silva Santos JĂșnior sebagai duta baru Mister Potato. Ikuti butirannya !


Neymar Jr merupakan seorang pemain bola sepak berbakat dalam generasinya. Beliau berasal daripada negara Brazil dan telah merangkul gelaran sebagai Pemain Bola Sepak Amerika Selatan Terbaik sebanyak dua kali. Pasukannya sahaja telah menjulang 13 kejuaraan sejak ke Paris Saint-German pada 2017. 4 kali di Liga Perancis dan 3 kali di Piala Perancis. Oleh sebab itu, NR Sports memilih Neymar Jr sebagai duta baharu Mister Potato. NR Sports merupakan syarikat yang menguruskan imej bintang bola sepak.


Kerjasama Mister Potato x NR Sports menandakan fasa seterusnya dalam sambutan ulang tahun Mister Potato yang ke-30 dan juga kerjasama jenama kegemaran ramai ini dengan selebriti terkenal. Fasa pertama telah bermula pada awal tahun ini. Kempen ini dilancarkan dengan tema “The Ridiculous Kick” (Penangan Rasa Gila-Gila) selama setahun dengan Neymar Jr sebagai tumpuan utama. Mister Potato juga akan melancarkan dua perisa edisi terhad (BBQ Kebab dan Hot Salsa), perisa inspirasi daripada kelazatan makanan Brazil.


Para peminat bola sepak berpeluang untuk memenangi percutian ke Qatar, produk PUMA dan hadiah wang tunai bernilai lebih daripada RM138,000. “Peraduan Snek & Menang” berlangsung dari 1 Oktober sehingga 27 November 2022.



Untuk melayakkan diri untuk menyertai peraduan ini, pengguna perlu membeli produk Mister Potato yang bernilai sekurang-kurangnya RM10. Isikan nama dan nombor kad pengenalan pada resit pembelian dan hantar menerusi WhatsApp ke +601156881139.


1 hadiah utama : Diterbangkan ke Qatar untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak yang ditaja sepenuhnya.
20 Pemenang saguhati : Menerima wang tunai RM2,000 dan produk PUMA x Neymar Jr
200 pemenang hadiah mingguan : Menerima wang tunai RM250 setiap seorang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...